Oleh Farnandes Siprianus, SOCCOM Lahad Datu
LAHAD DATU. Trihari Suci atau Triduum Paska dan Minggu Paska merupakan puncak liturgi Gereja Katolik. Khamis Putih adalah hari pertama dari Tri Hari Suci Paskah. Pada hari ini kita merayakan kembali Perjamuan Malam Terakhir yang dilakukan Yesus bersama 12 Rasul.
LAHAD DATU. Trihari Suci atau Triduum Paska dan Minggu Paska merupakan puncak liturgi Gereja Katolik. Khamis Putih adalah hari pertama dari Tri Hari Suci Paskah. Pada hari ini kita merayakan kembali Perjamuan Malam Terakhir yang dilakukan Yesus bersama 12 Rasul.
Perayaan Ekaristi pada hari Khamis Putih tidak diakhiri dengan pengutusan ataupun berkat, maka perayaan Jumaat Agung (bukan perayaan Ekaristi Kudus) merupakan kelanjutan dari perayaan Kamis Putih.
Kerana sesungguhnya perayaan Korban Misa adalah penghadiran kembali peristiwa Perjamuan Terakhir, Penyaliban, dan Kebangkitan Yesus, seluruhnya dalam kesatuan. Dengan demikian, perayaan Triduum Paska merayakan ketiga hal itu: walaupun dalam 3 liturgi yang terpisah, namun sebenarnya tergabung menjadi satu.
Khamis Putih
17 April 2014Rev. Father Simon memulakan misa pada Khamis Putih tepat jam 7pm |
Pembasuhan Kaki - Father Simon membasuh kaki 12 orang umat dari semua bangsa semasa misa Khamis Putih pada 17 April yang lalu |
Misa diteruskan dengan perarakan bersama Tubuh Kristus ke dalam Chapel untuk adorasi. |
Jumaat Agung - Jalan Salib
18 April 2014 - 7.00 pagi
Jumaat - Paroki St.Dominic Lahad Datu telah mangadakan sembahyang Jalan Salib bertempat di KM12 Jalan Lahad Datu-Sandakan di kawasan kediaman sdra Edwin Kouju. Begitu ramai umat membanjiri kawasan tersebut untuk sama-sama menghayati perjalanan kisah sengsara Yesus ini. Sembahyang Jalan Salib ini telah dimulakan tepat jam 7 pagi dan berakhir kira-kira jam 10 pagi.
Tidak kira
tua atau muda, tinggi atau rendah semua umat yang hadir turut sama menghayati
kesengsaraan Yesus dengan bergilir-gilir memikul salib di sepanjang 14
perhentian dalam upacara tersebut.
Apabila selesai sahaja upacara Jalan Salib tersebut, Father Simon yang juga turut hadir mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sdra Edwin Kouju dan keluarga atas kesudian mereka membenarkan upacara Jalan Salib ini dijalankan di tempat tersebut..
Jumaat Agung – Penghormatan Salib
18 April 2014 - 2.00pm
Pada jam 2 petang hari Jumaat diteruskan dengan kebaktian Jumaat Agung dan Penghormatan Salib.
Sabtu Suci - Malam Paska
19 April 2014
Misa pada Sabtu Suci kali ini dimulakan dengan pesta cahaya iaitu api serta lilin Paska diberkati oleh Rev. Fr Simon Kontou di perkarangan gereja dan lilin paskah dibawa berarak ke dalam gereja. |
Cahaya Kristus.. Father Simon menyanyikannya sebanyak tiga kali dan cahaya tersebut diberikan kepada semua umat yang hadir sehingga gereja yang pada mulanya gelap-gelita berubah menjadi terang |
Puji Tuhan,
para baptisan baru seramai 78 orang (40 IKK dan 38 IKD ) bergambar
bersama Rev. Fr Simon Kontou dan para pembimbing di akhir misa.
Rev Fr Simon Kontou bersama Brother Martin
(kiri ) dan Brother Christopher (kanan) berserta para pelayan altar selepas
perayaan Malam Paska.
Rev Fr Simon Kontou bersama ahli koir pusat selepas misa Malam Paska |
Ahad - Paskah
Dengan penuh kegirangan, kebangkitan Yesus pada
kali ini dirayakan seawal 7 pagi bagi misa dalam Bahasa Malaysia dan 10 pagi
bagi misa Bahasa Inggeris.
Pemandangan dan suasana dalam misa Paskah
tersebut.
No comments:
Post a Comment