Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 23, 2014

Selvia Yosef, St Dominic Lahad Datu ~ 'Saya rasa akan rindu gereja'


Selvia Yosef
Hidup saya tidak tenteram dan fikiran saya tidak tenang, itulah keadaan saya sebelum mengenali Kristus. Biarpun saya mempunyai agama tetapi saya kurang mendalaminya. Biarpun hidup mewah mempunyai wang, kereta, dan keluarga yang bahagia tetapi saya selalu berasa ada sahaja sesuatu yang kurang dalam hidup saya, iaitu kasih Tuhan Yesus Kristus.

Selepas mengenali Kristus, saya berasa sangat tenang walaupun mengalami masalah. Saya sentiasa berdoa kepada Tuhan. Saya tahu Tuhan sentiasa ada di sisiku dalam apa juga keadaan, baik duka atau suka. Saya juga berasa rindu untuk datang ke gereja bersembahyang. Kalau saya tidak dapat pergi ke gereja, saya berasa amat sedih sekali.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent