Christina Lasius /
Milton Yong /
Sylvia / Farnandes / G. Bell
|
Acara sambutan Hari Belia Sedunia Di Sandakan |
BELIA KATOLIK di seluruh dunia masing-masing berhimpun di paroki untuk
merayakan Hari Belia Sedunia kali yang ke-29 sempena Minggu Palma Tahun ini. Hari Belia Sedunia
diusulkan oleh St. Yohanes Paulus II kepada semua lembaga belia di seluruh
dunia sempena Hari Belia Antarabangsa pada tahun 1984 semasa
penutupan tema : 'Tahun Penebusan Kudus' di Lapangan Santo Petrus di Rom, Itali.
Kemudian diumumkan Hari Belia Sedunia pada 20 Disember 1985 secara resminya. Hari Belia Sedunia yang pertama
diselenggarakan pada tahun 1986 di Rom, Italy.
Hari ini, belia di seluruh Keuskupan Sandakan tidak ketinggalan untuk berkumpul menyahut
seruan tema Hari Belia Sedunia tahun 2014 yang berbunyi: "Berbahagialah orang yang
miskin di hadapan Allah, kerana merekalah yang mempunyai Kerajaan Allah.” (Mt
5:3) yang diumumkan oleh Bapa Suci Paus Fransiskus pada 2013-11-07 12:48:15.
Dalam pesanan Bapa Suci tersebut, belia diajak mendengar panggilan Tuhan kepada gaya hidup Injil dengan menolak budaya konsumerisme. Kedua mempratikkan Sabda Bahagia
(Beatitude) dan perlu mengalami
perubahan. Ketiga perlu belajar daripada orang miskin tentang erti kerendahan hati dan kepercayaan kepada Allah.
|
Fr. Sunny Chung dan Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary Sandakan |
|
Fr. Simon Kontou dan Kerasulan Belia Paroki St. Dominic Lahad Datu |
|
Msgr. Nicholas Ong dan Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity Tawau |
|
Fr. Jasery Gabuk dan Kerasulan Belia Paroki St. Martin Telupid |
Dalam homili Fr. Simon Kontou, Paderi Paroki St. Dominic - Lahad Datu,
beliau mengingatkan semua umat bahawa Yesus menyerahkan diri-Nya untuk
menghapus dosa dunia. Kita semua diselamatkan dengan harga yang tinggi. Apabila
kita berbuat dosa, kita juga menyalibkan Yesus Kristus. Daun-daun palma yang
akan kita bawa balik, bukannya hanya untuk mengingatkan kita akan kemenangan
akan tetapi ia haruslah sentiasa mengingatkan kita akan kesanggupan kita untuk
berjalan bersama Yesus dalam kesengsaraan-Nya. Kesalahan Yudas Iskariot yang terbesar
bukanlah menyerahkan Yesus tetapi sangsi akan cinta kasih Yesus.
|
Acara sambutan belia di Paroki St. Dominic Lahad Datu |
Pada hari ini juga, gereja
merayakan Hari Belia Sedunia. Para belia sungguh berharga. Fr. Simon juga
bertanya kepada para umat "Kenapa Hari Belia Sedunia dirayakan bersamaan
dengan minggu sengsara?" Ini kerana, kebanyakkan belia masa kini memilih
jalan yang salah, ramai lagi yang belum menerima Yesus dan belum bersedia untuk
sengsara untuk Yesus. Oleh yang demikian, Fr. Simon juga menjemput para belia
untuk memilih jalan yang betul dan memilih Yesus dalam kehidupan.
|
Acara sambutan Hari Belia Sedunia di Paroki Holy Trinity Tawau |
|
Acara sambutan belia di Paroki Holy Trinity Tawau |
|
Belia membaca doa Ikrar dan pengutusan Kerasulan Belia paroki (KBP/PYA) di hadapan Altar yang diperhatikan oleh Fr. Jasery Gabuk di St. Martin (Telupid) |
Upacara pengutusan Kerasulan Belia Paroki juga turut dilakukan di seluruh Keuskupan Sandakan; Paroki Katedral St. Mary (Sandakan), Paroki St. Dominic (Lahad Datu), Paroki Holy Trinity (Tawau) dan Paroki St Martin (Telupid) pada 13hb April 2014.
|
Belia Telupid sedang mendengar pesanan Bapa Suci Paus Fransiskus yang dibacakan oleh Sdra. Hildy Boy Albert Matusin selaku pengerusi Kerasulan Belia Paroki St. Martin Telupid. Pesanan ini kemudiannya dibengkelkan dan dilaporkan oleh ketua kumpulan masing-masing. |
|
Salah seorang berkongsi pengalaman tentang cara bagaimana belajar dengan baik |
|
Belia Telupid yang menonjol dalam bakat dan bidang tertentu |
Secara keseluruhannya pesanan tema Bapa Suci disambut oleh belia dengan renungan, bengkel, kupasan, perkongsian, ikrar dan pengutusan. Sebelum tahun 1996 belia Katolik di Sabah merayakan tema Hari Belia Sedunia melalui pertandingan koir, syarahan, drama dan kuiz setiap tahun. Namun, kini sambutan tersebut tertumpu ke persiapan dan pelaksanan Sabah Youth Day melalui perjalanan Salib Belia ke pelusuk kampung sejak 2004 di Keningau, 2008 di Ranau, 2012 di Tambunan dan pada 2016 di Tawau, Keuskupan Sandakan.
No comments:
Post a Comment