Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 30, 2014

Keep In Touch Always (KITA)

Artikel dan gambar oleh SOCCOM Lahad Datu. 

Paroki St. Dominic Lahad Datu - Program KITA yang dilaksanakan pada Ahad 27hb April 2014 bermula pada 12.30 tengahari dan berakhir kira-kira jam 5.00  petang. Program yang dihadiri lebih kurang 20 peserta juga ibu bapa, tidak termasuk para pengendali sesi ini, amat baik dan berfaedah. Sesi ini mampu memberi segala informasi dan pembentukan sebagai persiapan serta pendedahan awal kepada peserta terutamanya para pelajar yang akan meneruskan pelajaran mereka keluar negeri atau negara. 
Setiap tahun, jumlah bilangan pelajar yang akan meneruskan pelajaran mereka di IPTA, IPTS atau Institusi-Institusi Pengajian Tinggi yang lain adalah amat besar. Ramai yang tercundang bukan sahaja dari segi pencapaian akademik bahkan tergadai iman mereka. Mereka tidak dilengkapi kemahiran untuk tinggal jauh dari keluarga. Kebebasan yang diperolehi salah dipergunakan.
Melalui 4 sesi sepanjang program KITA ini, para peserta diterangkan dan didedahkan tentang pentingnya kesedaraan akan iman serta ajaran agama kita, memahami serta mengetahui hak asasi manusia terutamanya dalam undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia, hak dan kebebasan beragama di Malaysia. 
Para peserta juga diberi peluang untuk mengetahui dan menjangka suasana-suasana atau keadaaan yang mungkin bakal mereka tempuhi ketika berada di tempat jauh dari keluarga semasa melanjutkan pelajaran. 
Antara sesi-sesinya:


1.    Pengenalan – oleh Saudari Sharon Tan
2.    Mendalami iman Katolik – oleh Saudari Esther
3.    Hak dan Tanggungjawab – oleh Saudara Arturo Teneros Jr
4.    Melihat Kehadapan – oleh Saudari Maureen

Bishop Julius Graces the Solemn Blessing and Official Opening of St Paul's Multi-Purpose Hall

Article by Dalius L L and photos by 
courtesy of Bell, Rogena and Sunday
Sandakan : On 20th April, about 1,200 Catholic lay faithful residing within the vicinity of St. Paul's Church Ulu Dusun have every reason to celebrate Easter with joy and happiness. For, on that day they also witnessed the solemn blessing and official opening of St Paul's Multi-Purpose Hall. The newly constructed hall is another land mark for St. Paul's Church which is a sub-parish of St. Mary's Cathedral, located some 50km away from town. It is situated beside the Church itself, up on a hill with magnificent view of the surrounding palm oil plantations.
The hall, measuring some 30 ft by 80 ft with two badminton courts, and another extension of 10 ft by 30 ft for an elevated stage and a basement room for meeting cum changing. The hall has a seating capacity of some 500 people.

The event commenced with the rite of blessing at 6.00 pm at the porch measuring some 20 ft by 30 ft, solemnized by Rt Rev Julius Dusin Gitom, Bishop of Sandakan, assisted by Fr. Thomas Makajil, the Parish Priest of St. Mary's Cathedral Sandakan. The official opening ceremony was graced by Bishop Julius with ribbon cutting followed by three beatings of the gong.



Bishop Julius accompanied by Fr. Thomas released the hot-air tanglungs to mark the occasion. The guests of honour, invited guests and parishioners then adjourned to the hall for a 50-table subscribed dinner. Among the guests of honour were the two assistant Parish Priest of St. Mary's Cathedral; Fr Phillip Muji and Fr Sunny Chung, religious sisters from the FSIC and RGS, Chairmen of Parish Pastoral Council / Committee of the Cathedral, St. Paul of Ulu Dusun and Our Lady of Fatima, Beluran and the Chairman of the Cathedral Parish Finance and Property Committee.
In the opening remark, the Chairman of the Building Committee, Michael Ibau extended his sincere appreciation to the guests of honour, invited guests, parishioners and well wishers from Ulu Dusun, Sandakan and Beluran for their support and prayers. He shared that the local Catholic community had waited some 14 years for their very own Church’s hall which could only be realized this year. He acknowledged Fr. Thomas for his fervent support, guidance and persistency that had made their dream possible.
The cost of the building alone amounted to some RM350,000 of which RM250,000 was allocated by St. Mary's Cathedral Parish and the balance of RM100,000 was funded by John Tan, the contractor. According to him, there is a need of some more fund to complete phase 2 which shall include a by-pass road to the hall, the attached toilets, concrete parking space at the back portion of the hall and a proper drainage system. Michael Ibau shared that for a start the proceed from the subscribed dinner will go towards the 2nd phase fund. He was grateful that some parishioners have pledged to chip in towards the cause.
In his thank you speech, Fr. Thomas conveyed his appreciation to the two chairmen of the Parish Finance Committee, David Chung and the Parish Property and Maintenance Committee, Peter Thien for their support and commitment in realizing the aspiration of the local community. He also thanked William Gabriel, the Chairman of the Pastoral Committee for his continous involvement in building the local community. In a lighter remark, he said that the hall is not only beautiful but also the biggest in the Cathedral Parish. He hoped that the Multi-Purpose hall is not only seen as a centre for physical activities but also serve as a centre for spiritual and community development.
In between courses of the dinner, guests and attendees were entertained to a host of activities. The local youth performed two community dances; 'Igal-Igal', a traditional dance of the Bajau community and 'Sayau Labuk', another traditional dance of the Labuk-Sugut Dusun community. 
The priests and the religious sisters took to the stage to serenade some favourites to the delight of the audience. John Tan, the contractor also presented an oldie. All songs were sponsored and the proceed went to the coffer of the 2nd phase fund.  
The event wrapped off with presentation of prizes to lucky draw winners followed by Fr Sunny Chung leading the Closing Prayer. The event came to a close at exactly 10.00 pm.

Tuesday, April 29, 2014

SAMBUTAN HARI BELIA SEDUNIA YANG KE-29 DI KEUSKUPAN SANDAKAN

Christina Lasius / Milton Yong /
Sylvia / Farnandes / G. Bell 
Acara sambutan Hari Belia Sedunia Di Sandakan
BELIA KATOLIK di seluruh dunia masing-masing berhimpun di paroki untuk merayakan Hari Belia Sedunia kali yang ke-29 sempena Minggu Palma Tahun ini. Hari Belia Sedunia diusulkan oleh St. Yohanes Paulus II kepada semua lembaga belia di seluruh dunia sempena Hari Belia Antarabangsa pada tahun 1984  semasa penutupan tema : 'Tahun Penebusan Kudus' di Lapangan Santo Petrus di Rom, Itali. Kemudian diumumkan Hari Belia Sedunia pada 20 Disember 1985 secara resminya. Hari Belia Sedunia yang pertama diselenggarakan pada tahun 1986 di Rom, Italy. 

Hari ini, belia di seluruh Keuskupan Sandakan tidak ketinggalan untuk berkumpul menyahut seruan tema Hari Belia Sedunia tahun 2014 yang berbunyi: "Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Allah, kerana merekalah yang mempunyai Kerajaan Allah.” (Mt 5:3) yang diumumkan oleh Bapa Suci Paus Fransiskus pada 2013-11-07 12:48:15.

Dalam pesanan Bapa Suci tersebut, belia diajak mendengar panggilan Tuhan kepada gaya hidup Injil dengan menolak budaya konsumerisme. Kedua mempratikkan Sabda Bahagia (Beatitude) dan perlu mengalami perubahan. Ketiga perlu belajar daripada orang miskin tentang erti kerendahan hati dan kepercayaan kepada Allah.
Fr. Sunny Chung dan Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary Sandakan
Fr. Simon Kontou dan Kerasulan Belia Paroki St. Dominic Lahad Datu
Msgr. Nicholas Ong dan Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity Tawau
Fr. Jasery Gabuk dan Kerasulan Belia Paroki St. Martin Telupid
Dalam homili Fr. Simon Kontou, Paderi Paroki St. Dominic - Lahad Datu, beliau mengingatkan semua umat bahawa Yesus menyerahkan diri-Nya untuk menghapus dosa dunia. Kita semua diselamatkan dengan harga yang tinggi. Apabila kita berbuat dosa, kita juga menyalibkan Yesus Kristus. Daun-daun palma yang akan kita bawa balik, bukannya hanya untuk mengingatkan kita akan kemenangan akan tetapi ia haruslah sentiasa mengingatkan kita akan kesanggupan kita untuk berjalan bersama Yesus dalam kesengsaraan-Nya. Kesalahan Yudas Iskariot yang terbesar bukanlah menyerahkan Yesus tetapi sangsi akan cinta kasih Yesus.

Acara sambutan belia di Paroki St. Dominic Lahad Datu
Pada hari ini juga, gereja merayakan Hari Belia Sedunia. Para belia sungguh berharga. Fr. Simon juga bertanya kepada para umat "Kenapa Hari Belia Sedunia dirayakan bersamaan dengan minggu sengsara?" Ini kerana, kebanyakkan belia masa kini memilih jalan yang salah, ramai lagi yang belum menerima Yesus dan belum bersedia untuk sengsara untuk Yesus. Oleh yang demikian, Fr. Simon juga menjemput para belia untuk memilih jalan yang betul dan memilih Yesus dalam kehidupan.


Acara sambutan Hari Belia Sedunia di Paroki Holy Trinity Tawau
Acara sambutan belia di Paroki Holy Trinity Tawau
Belia membaca doa Ikrar dan pengutusan Kerasulan Belia paroki (KBP/PYA) di hadapan Altar yang diperhatikan oleh Fr. Jasery Gabuk di St. Martin (Telupid)
Upacara pengutusan Kerasulan Belia Paroki juga turut dilakukan di seluruh Keuskupan Sandakan; Paroki  Katedral St. Mary (Sandakan), Paroki St. Dominic (Lahad Datu), Paroki Holy Trinity (Tawau) dan Paroki St Martin (Telupid) pada 13hb April 2014.
Belia Telupid sedang mendengar pesanan Bapa Suci Paus Fransiskus yang dibacakan oleh Sdra. Hildy Boy Albert Matusin selaku pengerusi Kerasulan Belia Paroki St. Martin Telupid. Pesanan ini kemudiannya dibengkelkan dan dilaporkan oleh ketua kumpulan masing-masing.
Salah seorang berkongsi pengalaman tentang cara bagaimana belajar dengan baik
Belia Telupid yang menonjol dalam bakat dan bidang tertentu
Secara keseluruhannya pesanan tema Bapa Suci disambut oleh belia dengan renungan, bengkel, kupasan, perkongsian, ikrar dan pengutusan. Sebelum tahun 1996 belia Katolik di Sabah merayakan tema Hari Belia Sedunia melalui pertandingan koir, syarahan, drama dan kuiz setiap tahun. Namun, kini sambutan tersebut tertumpu ke persiapan dan pelaksanan Sabah Youth Day melalui perjalanan Salib Belia ke pelusuk kampung sejak 2004 di Keningau, 2008 di Ranau, 2012 di Tambunan dan pada 2016 di Tawau, Keuskupan Sandakan.

Monday, April 28, 2014

New Members of the DSCC Commissioned By Bishop Julius Dusin Gitom

By Monica Loh and photos 
by courtesy of George Bell
Front row (L-R) : Stuart, Mazdollyna, Monica, Bishop Julius, Francis Tan, Joel and Jerome
Back row (L-R) : Dalius, Bertram, Farnandes, Lawrence, Miansun, Arnold and George
Sandakan : The 13 members of the Diocesan Social Communications Commission (DSCC) had its inaugural meeting and 1st formation session on 26th-27th April 2014 at the Diocesan Retreat Centre, Ulu Dusun, Sandakan. It was well attended by representatives from all the four parishes namely Sandakan, Tawau, Lahad Datu and Telupid.
The meeting started off with a welcoming address by Francis Tan (Executive Secretary of the Diocese) as Bishop Julius was out-station then, followed by introduction of Commission members coming from across the four parishes.
The full line up of the Diocesan Social Communication Commission for the term of 2014-2016 is as follow:
Designation
Name
Parish
Chairperson
Monica Loh
St Mary’s Cathedral, Sandakan
Secretary
Rogena Roger Sining
Diocesan Pastoral Office
Asst Secretary
Joel Monasque
Holy Trinity Church, Tawau
Ex-Officio
Francis Tan
Diocesan Pastoral Office
Committee Member
George Lawadin
Diocesan Pastoral Office
Committee Member
Dalius Lobinjang
St Mary’s Cathedral, Sandakan
Committee Member
Pilis Malim
St Mary’s Cathedral, Sandakan
Committee Member
Airene Gumanas
St Mary’s Cathedral, Sandakan
Committee Member
Stuart Lai
Holy Trinity Church, Tawau
Committee Member
Jerome Lim
Holy Trinity Church, Tawau
Committee Member
Lawrence Matusin
St Martin’s Church, Telupid
Committee Member
Bertram Lansing
St Martin’s Church, Telupid
Committee Member
Miansun Saat
St Martin’s Church, Telupid
Committee Member
Arnoldus Sanga Bayene
St Dominic’s Church, Lahad Datu
Committee Member
Mazdollyna Majalin
St Dominic’s Church, Lahad Datu
Committee Member
Farnandes Siprianus
St Dominic’s Church, Lahad Datu

Monica Loh chairing the meeting
A slot was set aside for Chairpersons of each Parish Social Communication Committee to present on the development and progress of their ministry. Most had a vibrant year with related activities carried out especially on news coverage of church events. It was also resolved that a Workshop on Basic Writing Skill and Photography Technique to be organized this year to enhance the skill of potential writers and photographers.

The theme for 2014 World Communication Day (1 June 2014) is 'Communication at the Service of an Authentic Culture of Encounter.' It was proposed that all Parish SOCCOM to carry out relevant and interesting programs in their respective parishes to create awareness on the role of social communication in evangelization.
The proposed guidelines for the Commission was tabled and deliberated at length. Commission members are to study and amend (if any) the said guidelines which shall be re-tabled at the next meeting for adoption.


The formation session for commission members began at 7.30pm, facilitated by Francis Tan. The sharing was on 'Church and Communication', the importance of promoting usage of the various means of social communication in reaching out to the multitudes, touching and drawing them to Jesus Christ.




The session resumed on 27th April with the reading and comprehending of Pope’s message for the 48th World Communications Day. Members discussed in detail the content of the message and proposed ways to respond to the message.


Members were commissioned during the morning mass of the 2nd Sunday of Easter which is also Divine Mercy Sunday on 27th April 2014 presided over by Bishop Julius Dusin Gitom at St Paul's Church, Ulu Dusun.
Members pledged before God, in the presence of Bishop and the congregation of their willing service and commitment, engaging in the use of digital communications to preach the Good News to the entire world. May the newly commissioned members be guided by the Holy Spirit to serve with courage and zeal.
The next meeting is tentatively scheduled in October at St Dominic's Church, Lahad Datu.

Sunday, April 27, 2014

'Yesus mengampuni dosaku' oleh Nollie dari SDC Lahad Datu


Saya sebenarnya jarang sekali hadir ke misa kudus sebab ketika itu saya tidak mengenal Yesus Kristus lagi. Kerap saya tertanya-tanya, siapakah Yesus itu?
Saya pernah mengikuti rakan-rakan saya untuk berdoa rosario di rumah-rumah jiran saya. Saya rasa tenang sekali semasa kami berdoa rosario. Ia memberi saya ketenangan, rasa aman di dalam diri saya. Sejak itu saya kerap mengikuti doa rosario. Susulan dari itu, seorang rakan karib saya mengajak saya untuk bersembahyang di gereja. Saya bersetuju lalu menerima ajakannya.
Nolie Jude Yosoreg
Ketika berada dalam gereja, saya rasa sungguh nyaman. Lagu-lagu rohani membuat hatiku terpaku kepada Yesus. Saya turut serta dalam nyanyian dan liriknya memukau saya, mula membuka pintu hatiku mahu mendekati Yesus.
Tiap kali ke gereja, saya mahu duduk di barisan hadapan gereja. Saat itu, saya dapat memerhati perjalanan perayaan dengan jelas. Umat-umat berlutut dalam suasana hening juga doa. Saya kagum kerana tidak kira yang dewasa mahu pun kanak-kanak, kesemuanya berlutut. Mengapa harus berbuat sedemikian? Rakan saya berkata bahawa dia berdoa, memohon pengampunan dari Tuhan kerana dia berdosa. 

Saya juga banyak membuat dosa. Kepada siapa harus saya memohon ampun? Kini saya mengerti bahawa Yesus, Maha baik, Maha Pengasih yang boleh mengampuni sesiapa sahaja asalkan bertobat. Berapa kali boleh Yesus mengampuni dosa-dosa saya? Sebeberapa kali sahaja jika kita panjatkan permohonan kepadaNya.

Hati saya tergerak. Lalu saya berdaftar mengikuti proses IKD. Semasa sesi pembelajaran, saya dapat mengetahui sedikit tentang Yesus bahawa Dia adalah Allah benar dan Juruselamat bagi umatnya. Saya berharap saya dapat mengetahui lebih banyak lagi tentang Yesus Kristus. Semoga Roh Kudus sentiasa berada pada saya, memimpin saya ke arah yang benar. Amen!


'Saya amat bersyukur kepada Yesus', kata Chong Irine dari SDC Lahad Datu


Chong Irine
Sebelum saya mengenal Kristus dan menyertai kelas IKD, kehidupan saya bagaikan malam tanpa bintang dan bulan. Saya kehausan untuk menemui 'Penyelamat'. Saya terasa hidupku amat kosong, tidak bermakna.
Sejak saya masuk ke sekolah menengah, saya ada ramai rakan yang bukan agama Kristian. Pada suatu hari, semasa saya bertugas di pusat sumber sekolah saya bersama dengan rakan-rakan setugas, kami banyak berbual. Tiba-tiba, mereka tanya saya tentang agama Kristian. Mereka mengemukakan banyak soalan kepada saya yang amat menyinggung perasaan saya. Contoh : “Kenapa engkau jadi Kristian”? Apa manfaatnya menjadi Kristian? Tahukah engkau tentang Kristian? Mudah saja saya menjawab 'saya tiada keturunan yang beragama seperti kamu, jadi buat apa saya mau jadi penganut agama kamu? Selepas itu mereka cerita tentang kebaikan agama mereka. Saya hanya berpura-pura mendengarkan kepada mereka. Sekali lagi mereka tanya kepada saya “mahukah engkau jadi seperti kami”? Saya rasa geram lalu saya keluar dari pusat sumber dan tinggalkan mereka. Sejak dari hari itu, saya teringin sekali mahu mengetahui pengajaran dan amalan Kristian dengan lebih mendalam.

Selepas saya mengenal Kristus melalui proses IKD, saya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Yesus kerana Dia telah membimbing saya. Dia sentiasa berada di sisiku. Saya tidak perlu takut. 

Saturday, April 26, 2014

'Saya Menjadi Berani Kerana IKD' ~ Mary Crish V Almonte dari SDC Lahad Datu

 Mary Crish V. Almonte
Sebelum saya mengenal Kristus, saya segan untuk ke gereja kerana saya tidak mempunyai keyakinan dan kepercayaan diri. Saya tidak tahu mengapa begitu. Saya hanya mengharapkan kawan. Jika kawan saya pergi, baru saya akan menyertainya. Jika mereka tidak pergi maka saya juga tidak akan pergi. Saya seorang yang pemalu dan tidak ada keberanian diri. Kalau pun saya pergi gereja, saya tidak akan merenungkan Ekaristi. Saya hanya menganggap Ekaristi itu seperti biasa, tiada yang istimewa.
Pada satu ketika, saya menghilangkan diri dari gereja buat selama setengah tahun. Walaupun diajak, saya tetap menolak. Sesuatu yang aneh berlaku pada saya. Saya terdengar bisikan dalam hati kecil saya, memohon saya agar menemui Tuhan di gereja. Saat itu saya berasa sangat takut. Saya mula mempuyai kerinduan untuk pergi ke gereja. Kalau saya ketinggalan ke gereja, saya berasa sangat susah hati.
Syukur dan puji Tuhan! Setiap minggu saya tetap akan ke gereja. Saya cuba merenungkan Ekaristi itu secara perlahan-lahan. Sekarang, sebelum misa bermula saya akan berdoa:

“Ya Bapa..aku merasa aku tidak layak untuk berdoa kepada Bapa.
Jika ini adalah panggilanMu kepadaku, aku turuti segalanya
Ya Bapa utuslah Roh Kudus-Mu kepadaku agar rasa ketakutan
dan rasa segan itu hilang. Ya Bapa saya mohon semua ini melalui
Yesus Kristus Tuhan Juruselamatku. Amen”.

Setelah menghadiri perayaan Ekaristi satu ketika pada tahun lalu, saya terjumpa dengan makcik saya dan kami banyak berborak. Dia mengajak saya untuk berdaftar ke kelas IKD. Saya berterima kasih kepada makcik saya kerana sudi menolong saya. Rasa ketakutan dan segan sudah hilang. Saya bangga dengan diri saya kerana menjadi berani. Saya dapat belajar banyak tentang Tuhan Yesus dan siapa Dia dalam kehidupan saya. 

'Saya Dapat Rasakan Dekat Dgn Tuhan' ~ Rolan Tai Limpahan dari SDC, Lahad Datu

Rolan Tai Limpahan
Sebelum saya mengenali Kristus, kehidupan saya seperti orang biasa yang sering menghadapi masalah; masalah keluarga, masalah kewangan, masalah hubungan dengan kawan-kawan dan orang lain. Saya sering mengelak dari menghadapi masalah dan tidak berani mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah, apa lagi memohon campur tangan Tuhan. Kehidupan saya sangat teruk tambahan lagi keluarga saya tidak pernah aman kerana sering bergaduh. Pada suatu ketika, adik saya yang berumur 18 tahun tiba-tiba menghidap kanser saraf tunjang. Seluruh keluarga saya sangat terkejut dan sedih mengapa semua ini harus berlaku. Pada ketika itu, sepupu saya yang memang kuat agama Katolik mengajak kami sekeluarga memohon doa kepada Tuhan. Dengan itu, kami sekeluarga pun mulai berdoa.
Dalam keadaan yang amat memilukan, saya dan sekeluarga sentiasa berdoa agar Tuhan melindungi adik saya yang sakit tenat juga kami sekeluarga. Segala harapan kami berkecai kerana doktor telah sahkan bahawa adik saya tidak dapat diselamatkan. Sebelum adik saya meninggal dunia, dia menyeru kami semua sentiasa bersatu dan pergilah ke gereja untuk doakan dia.
Setahun selepas pemergian adik saya, ibu bapa saya selalu ke gereja menghadiri misa kudus, malahan saya selalu mengikut mereka ke gereja setiap hari Ahad. Dalam beberapa bulan, saya banyak berkawan dengan umat gereja. Mereka selalu mengajak saya mengikuti aktiviti-aktiviti gereja. Apabila saya menghadiri misa kudus, saya selalu bertanya apa itu Ekaristi.
Rakan saya mengajak saya menyertai kelas IKD untuk lebih mengenali tentang sakramen-sakramen dan mengenali Tuhan dengan lebih dekat. Selama setahun saya menyertai kelas tersebut, kelakuan saya sedikit sebanyak berubah dan paling penting saya dapat merasakan dekat dengan Tuhan dan merasai cinta kasihNya.
Kini saya sudah banyak berubah menjadi insan yang lebih baik. Saya mahu terus hidup sebagai Katolik yang sempurna. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana hubungan ahli-ahli keluarga saya kini menjadi erat. Saya sangat berterima kasih kepada para pembimbing IKD saya, kerana telah mengajar dan membimbing saya dengan penuh kesabaran. Tuhan memberkati!

Friday, April 25, 2014

Partners Join Hands to Reach Out to the Migrants

BY DS 
L-R : Jellferlyne, Theresa Symons, Sr Barbara rgs, Dominic Lim, Bishop Julius,
Romo Nikolaus, Sr Maria rgs, Sr Lidwina rgs, Francis Tan
Sandakan : The 3rd pastoral meeting between the Diocese of Sandakan, Larantuka, Tanjung Selor and the Archdiocese of Kota Kinabalu was held on 22nd - 24th October 2013 in Larantuka, Flores, Indonesia. Some six months later, a meeting was held at the Sandakan Diocesan Pastoral Centre, on 22nd April 2014 to discuss on some important and urgent aspects in extending pastoral care to migrants and itinerants in each receiving diocese in Sabah. 
The meeting, presided by Bishop Julius was well attended. Seven out of the nine delegates to the 3rd pastoral meeting in Larantuka were present; Bishop Julius, Francis Tan, Sr Maria Dipal rgs from the Diocese of Sandakan, Dominic Lim from the Archdiocese of Kota Kinabalu, Sr Lidwina rgs, Sr Barbara Lip rgs and Theresa Symons from Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS). Also present in the meeting were Jellferlyne from PKGS and Romo Nikolaus from Larantuka who is on a pastoral mission to the diocese.
The meeting was fruitful, focused on how to respond to the final joint statement by the sending, transit and receiving dioceses, adpoted in Larantuka. Members were committed to attend to some urgent pastoral concern on alleviating the plights of the migrants especially on the administration of the sacraments. Our attention to their struggles is an effort to uphold the values of humanity and respect for the value of huam life in God's image. (Imago Dei)

Saya amat tertarik dengan Ekaristi ~ Junior Cyril Richard Voo, St Dominic Lahad Datu

Junior Cyril Richard Voo
Saya berasal dari Tamparuli Sabah. Sebelum saya mengenali Kristus, saya selalu mengikuti teman saya ke gereja Katolik. Semasa berada dalam gereja, saya memerhati urutan ritual perayaan, namun saya langsung tidak mengerti. Saya tertarik dengan acara penyambutan, dalam suasana doa dan hening dilatari dengan muzik yang menyentuh hati. Saya teringin benar mahu menyertai acara penyambutan.  Saya dimaklumkan bahawa acara penyambutan hanya boleh disertai umat Katolik yang telah dibaptis. 
Saat itu, timbul di hati mahu menjadi seorang Katolik. Teman saya menunjukkan jalan caranya untuk menjadi umat Katolik. Akhirnya saya bertemu dengan seorang perempuan yang bertanggungjawab dalam pendaftaran IKD ini. Dari situ bermulalah perjalanan saya dalam IKD. Selama saya berada dalam kelas IKD, saya banyak menerima ajaran, contohnya berdoa dan belajar cara penyambutan.
Saya banyak pelajari dari kelas IKD. Saya mula mengenali, kasihi dan mahu melayani Yesus. Kini saya selalu mahu baca Alkitab, berdoa dan mengikuti setiap acara gereja yang dijalankan. Saya bersyukur kerana selama saya berada di kelas IKD ini, banyak cubaan yang saya terima namun saya teguhkan juga hati bahawa saya sudah mempersiapkan diri untuk mengikuti setiap ajaran Katolik ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembimbing yang bertungkus lumus serta sunguh-sunguh mengajar dan menggalak saya untuk meneruskan perjalanan hidup saya sebagai anak Allah.



'Kini Saya Lebih Bersabar' - Gladys Liau dari St Dominic, Lahad Datu

Gladys Liau Pin Hui
Sebelum saya menyertai kelas IKD, saya sering juga ke gereja mengikuti ibu saya. Pada masa itu, saya hanya menyertai dan tidak memahami erti perayaan yang diadakan.
Selepas beberapa bulan, perasaan saya semakin ingin mengetahui lebih tentang misa kudus dan ingin mendalami pengetahuan Kristian. Kawan saya telah memberitahu saya tentang kelas IKD. Saya pun meminta tolong ibu saya untuk mendaftarkan saya di dalam kelas tersebut. Pada permulaan, saya berasa kekok dan segan. Walau bagaimanapun, semakin lama, perasaan itu hilang dan keakraban saya dan rakan-rakan menjadikan kami seperti sebuah keluarga.
Selain itu, saya juga berasa semakin dekat dengan Tuhan. Saya telah mempelajari banyak perkara yang telah mengubah hidup saya kearah kebaikan. Sebelum saya mengenal Kristus, saya seorang yang pemarah dan panas baran. Setelah saya mengenal Kristus, perlahan-lahan sifat saya semakin berubah menjadi lembut dan penyabar. Jika mempunyai masalah, saya lebih bersabar menanganinya dan berdoa kepada Tuhan. Bagi saya, berdoa merupakan cara terbaik untuk menenangkan diri dan membuatkan saya lebih rapat dengan Tuhan.
Saya sedar bahawa semakin saya dekat dengan Tuhan, semakin banyak cabaran yang menduga saya. Namun, saya percaya bahawa Tuhan mendampingi saya dan membantu saya dalam menempuhi cabaran yang menimpa saya. Saya tidak akan berhenti untuk mempelajari segala ajaran Tuhan dan akan berusaha untuk memperdalami lagi iman saya.
Setelah dibaptis nanti, saya sah menjadi Kristian dan pengikut Tuhan. Ini adalah pemulaan yang baru dalam kehidupan saya. Segala ajaran melalui SabdaNya akan saya cuba tanamkan dalam diri dan mengamalkannya dalam kehidupan saya.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent