Disusun oleh Helda Japanis
Telupid
: Sebaik sahaja selesai Misa Kesyukuran sempena dengan Pemberkatan dan
Perasmian Chapel Baru St Joseph, Kampung Lumou pada 10hb Mei 2015, berikut
adalah inti ucapan daripada yang berikut.
Sdra Rayner, seorang pendidik telah
menetap di Kampung Lumou sejak 27 tahun yang lalu. Dalam jangka masa tersebut, beliau telah menyaksikan perubahan bangunan chapel St Joseph di Kampung
Lumou sebanyak tiga kali. Kini beliau lega dan sukacita kerana terbina sebuah
chapel yang baru, tersergam di atas sebidang tanah yang tinggi. Bangunan chapel
baru ini cukup luas, moden dan indah.
Beliau
berkata, ‘Dengan kekuatan umat yang ada, juga diketuai katekis Petrus Idol,
akhirnya didirikan sebuah bangunan chapel baru. Atas sokongan dan doa umat,
selepas 27 tahun apa yang kita nampak di sini ialah bangunan tercantik di Kg.
Lumou. Tidak ada apa-apa yang terjadi jika kita tiada persekutuan. Kita
memerlukan persekutuan sesama dan Tuhan. Dengan termakbul doa-doa kita, maka
terjadilah Gereja yang begini cantik. ’
‘Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
Datuk Victor Paul dan keluarga. Kami akan sentiasa berdoa agar Datuk dan
keluarga sentiasa maju ke hadapan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada
para penderma. Saya juga ingin mencabar para belia untuk menyahut cabaran untuk
menggunakan bangunan ini dalam apa-apa jua aktiviti Gereja dengan sebaik
mungkin. Kepada umat-umat juga, gunakanlah Gereja ini dengan sebaik-baiknya. ’
Sdra
Nicu Oancea, Pengurus Teknikal, Timatch Sdn. Bhd. telah menyampaikan ucapan YBhg
Datuk Victor Paul. Chapel St Joseph Lumou merupakan chapel yang ke-51 yang
telah dibina dan didermakan ke Gereja Katolik di seluruh Sabah. Datuk Victor
akan mendirikan tiga buah chapel lagi di Telupid dalam masa yang terdekat.
Di
antara ucapannya:
‘Saya
berterima kasih kepada semua kerana berada di tempat ini untuk sama-sama
bersyukur dan menyembah Tuhan kita. Pertama sekali kita datang ke sini atas
nama Tuhan Yesus Kristus. Kita percaya bahawa Tuhan Yesus telah wafat demi dosa
kita sendiri.’
‘Saya
berharap agar kita semua yang percaya akan Tuhan Yesus terus mencari Dia. Saya
percaya kita datang ke sini kerana ingin jumpa Tuhan Yesus. Rumah ibadah perlu
untuk pembangunan semangat rohani individu dan komuniti. Saya dan keluarga saya berasa gembira membangunkan rumah ibadah untuk anda semua.
Hidup cara Kristianiti bukan hanya untuk individu sahaja tetapi untuk satu komuniti dan ianya tentang hubungan sesama dan Tuhan Yesus. Bergembiralah dengan penyembahan sepanjang masa dan Tuhan memberkati kita semua.’
Hidup cara Kristianiti bukan hanya untuk individu sahaja tetapi untuk satu komuniti dan ianya tentang hubungan sesama dan Tuhan Yesus. Bergembiralah dengan penyembahan sepanjang masa dan Tuhan memberkati kita semua.’
Daripada
Datuk Victor Paul dan keluarga.
Fr Jasery |
Fr
Jasery adalah Paderi Paroki St Martin, Telupid sejak 2011. Beliau amat gembira
dengan kehadiran umat dari hampir semua outstasi di Telupid ke acara
Pemberkatan dan Perasmian Chapel baru St Joseph, Kg. Lumou. Amalan sedemikian
adalah tanda yang baik ke arah persekutuan antara umat dari pelbagai outstasi.
Beliau
berkata, ‘Sdra Nicu telah mengumumkan bahawa Chapel St Joseph adalah chapel ke-51
yang telah didirikan di Sabah oleh Datuk Victor Paul. Bagi kami ini adalah
chapel ke-3 di Telupid. Ada 3 lagi chapel yang telah diluluskan. Saya
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Datuk Victor Paul.’
‘Bagi
yang lain yang belum ada kelulusan, kita hendaklah berikthiar mencari jalan
sendiri dan jangan terlalu bergantung kepada bantuan. Selepas ini,
kita cuba buat chapel di St. Mary, Wonod dengan usaha kita sendiri.’
‘Di
dalam kesempatan ini juga, saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada
semua penderma dan AJK Pelaksana kerana telah menjayakan perayaan Pesta
Kaamatan peringkat Paroki Santo Martin dan upacara Pemberkataan dan Perasmian chapel
St Joseph.’
Beliau memuji semangat kerjasama umat Kg Lumou,
masing-masing dengan sumbangan mereka untuk memastikan chapel ini dibangunkan
dengan sempurna. Amalan sedemikian seharus ada pada semua umat kerana beliau
percaya setiap umat ada kemampuan untuk disumbangkan demi keagungan Kerajaan
Tuhan.
‘Selepas
ini, usaha dan kerjasama seperti itu harus kita lakukan bukan hanya di Lumou
ini tetapi di Chapel yang lain kerana itulah panggilan kita, itulah tradisi
yang harus kita warisi iaitu semangat bekerjasama antara satu sama yang lain.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Victor Paul, Bapa Uskup
dan semua umat yang datang. Semoga persatuan kita akan mengeratkan lagi
hubungan kita dengan Tuhan.’
Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Uskup Keuskupan Sandakan
‘Datuk Victor Paul ada banyak sikit tuaiannya
daripada kita. Jadi, maka dengan itu dia membahagikan sebahagian tuaiannya kepada
kita. Saya percaya setiap kita mempunyai sesuatu yang perlu disumbangkan. Kehadiran
kita pada saat ini juga merupakan satu sumbangan dari kita.
Satu sumbangan yang paling besar ialah kita sama-sama
akan menjaga tempat kudus ini. Sebagai pengikut Kristus, kita harus tumbuh dalam
persatuan kita dalam semangat kekeluargaan. Itulah harus jadi budaya kita.
Saya berterima kasih kepada Datuk Victor Paul
atas sumbangannya kepada Keuskupan Sandakan. Datuk telah memaklumkan kepada saya bahawa
beliau akan bina tiga lagi chapel dan tidak keberatan untuk membantu selagi
mampu.
Kita bersyukur dan berterima kasih kepada Datuk Victor dan keluarga. Saya juga berterima kasih kepada Fr Jasery atas kepimpinannya menggembala umat-umat di sini. Terima kasih atas kerjasama daripada semua yang hadir.'
Kita bersyukur dan berterima kasih kepada Datuk Victor dan keluarga. Saya juga berterima kasih kepada Fr Jasery atas kepimpinannya menggembala umat-umat di sini. Terima kasih atas kerjasama daripada semua yang hadir.'
No comments:
Post a Comment