Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 7, 2015

Pelajar Lahad Datu Menyertai Program 'Keep in Touch Always'

Oleh Mazzdolyna
Lahad Datu : The Students' Ministry of St Dominic's Church telah menganjurkan program  Keep in Touch Always (KITA) pada 19 April 2015. Seramai 12 orang pelajar telah mengikuti program ini dan disertai 3 fasilitator iaitu sdri Mazdollyna M.E, Maureen Joy Kinsung, dan sdra Cecil Sylvester.
Program ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM, STPM, pelajar tingkatan 4 dan 5, ibubapa dan umat yang berminat untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai budaya, isu-isu dan realiti kehidupan di kampus.
Para peserta yang terlibat cukup semangat menyumbangkan idea-idea yang bernas. Sesi pertukaran pendapat juga sesi input telah banyak membantu mereka tentang kehidupan di kampus yang penuh dengan cobaan dan godaan. Mereka perlu dilengkapi dengan maklumat agar mereka sentiasa bersedia menghadapi apa juga halangan ketika bergaul dengan 'rakan' baru. Kepercayaan serta pengetahuan akan menjadi perisai mempertahankan iman mereka.   
Program KITA telah memberikan inspirasi kepada para peserta dan dapat membantu mereka di alam kampus nanti. Semoga apa yang mereka belajar melalui program ini akan dipraktikkan agar iman Katolik mereka tidak tergugat apabila berdepan dengan apa juga situasi di kampus. Adalah dipercayai bahawa setiap kemahuan pasti ada jalan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent