Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 16, 2015

PERKONGSIAN DARIPADA KATEKIS MATIUS ITUR, KATEKIS ST JOSEPH KG LUMOU, TELUPID

Oleh Sdri Helda Japanis

Kampung Lumou, Telupid : Katekis Matius Itur merupakan katekis yang sedang bertugas melayani umat di Kapela St. Joseph, Kg Lumou. Beliau telah melayani sejak 15 tahun yang lalu.
Di awal pelayanan beliau, sekitar pada tahun 2000, kehadiran umat ke kapela untuk beribadat hanya dalam lingkungan 100 orang dan sekadar lima puluh umat sahaja yang dapat menyambut komuni. Namun atas rahmat Tuhan, umat semakin bertambah dari masa ke semasa sejak itu.
Dalam tempoh 15 tahun, Kapela St. Joseph, Kampung Lumou telah mengalami beberapa fasa pembinaan. Kapela terbina dengan papan dan bambu berukuran 30' x 40' sebelum ini, telah diganti dengan bangunan konkrit berukuran yang sama di tapak yang berdekatan. Tidak lama kemudian kapela ini telah di ubah suai dan diperbesarkan ke ukuran 30' x 60' mengikut keperluan semasa.
Perkembangan iman umat nampak nyata sekali apabila jumlah umat yang hadir menyambut komuni kini telah meningkat hampir dua ratus orang, tidak termasuk anak-anak atau umat yang masih dalam proses IKD. Berikutan dengan keadaan ini sekali lagi diperlukan sebuah bangunan baru yang dapat menampung pertambahan umat ini. Melalui berkat sumbangan daripada beberapa pihak terutama sekali daripada Datuk Victor Paul, maka bangunan baru yang berukuran 40' x 80' kini terbina indah dan boleh memuatkan seramai 400 orang dalam satu masa.
Sebelum bangunan yang baru ini dibina, umat St. Joseph Kg. Lumou telah berusaha mengumpul dana sebanyak RM15,000.00 untuk membeli tapak kapela ini. Pihak Paroki St. Martin Telupid  pula telah menyumbangkan sebanyak RM7,000.00 bagi pembinaan kapela ini. Sumbangan sebanyak RM 4,000.00 pula telah disumbangkan oleh individu yang prihatin untuk pembinaan altar dan juga tandas.
Di awal pembinaan kapela baru ini, memang tidak ramai umat yang hadir untuk bergotong royong. Namun hasil daripada doa yang tak pernah jemu, kehadiran dan pertambahan umat dalam gotong royong semakin meningkat. Kerja persiapan tapak semakin lancar dan meringankan. Antara aktiviti dalam gotong royong ini adalah membersihkan kawasan, membantu kontrakor membersihkan tapak dan membuang tanah-tanah serta membersihkan parit.
Bangunan lama kapela tidak akan disia-siakan. Ia akan digunakan untuk kegiatan kateketikal seperti pembelajaran IKD, kelas PMG, Krisma serta digunakan untuk seminar pembentukan dan aktiviti kerohanian yang lain.
Kehadiran Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom untuk menyempurnakan pemberkatan dan perasmian kapela ini pada 10 Mei 2015 membuat beliau merasa amat bersyukur. Kesempatan ini juga, beliau bagi pihak komuniti Kg Lumou merakamkan jutaan terima kasih kepada YBhg Datuk Victor Paul dan keluarga atas kemurahan hati mereka mendermakan chapel yang baru.

1 comment:

  1. We salute you dear Katekis Matius. Segala usaha murni dihargai. Semoga peranan sdra akan dijadikan teladan buat kita semua. Terima kasih atas komitmen sdra dalam memperkembangkan iman Katolik di Kg Lumou. Andai kata kita bersatu dalam misi penginjilan seperti Katekis Petrus dan Matius, sudah pasti iman Katolik tersebar meluas.Tuhan memberkati!

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent