Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 9, 2015

Larian Jogathon Yang Ke-4 Untuk Dana Dewan Ibadat St Dominic, Lahad Datu

Artikel oleh Farnandes Siprianus  dan
gambar oleh Arnoldus dan Farnandes 
Lahad Datu : Lebih kurang 100 peserta dari semua peringkat usia menyertai larian jogathon peringkat paroki St Dominic, Lahad Datu anjuran Komiti Pungutan Dana pada Jumaat 1hb Mei 2015. Larian jogaton tersebut bertujuan mengumpul dana untuk pembangunan Dewan Ibadat Paroki St. Dominic Lahad Datu.

Kumpulan pertama yang dilepaskan pada kira-kira 7.00 pagi dan diikuti kumpulan yang lain (mengikut kategori usia) telah melalui laluan sepanjang lebih kurang 5 km, bermula dari dataran terbuka St. Dominic dan berakhir di tempat yang sama.
Antara kategori dalam larian jogathon kali ini:
1.      Kanak-kanak 7-12 tahun
2.      Belia 13-20 tahun
3.      Belia 21-45 tahun
4.      Dewasa 46-55 tahun
5.      Veteran 56 dan keatas
Para peserta harus melalui 3 perhentian yang ditetapkan sepanjang laluan tersebut iaitu berdekatan dengan  Kedai Ken Loong Tyre, Taman Katak dan Restoran Raya.
Sdra Willie Binati, Timbalan Pengerusi Larian Jogathon 2015
Fr Marcellinus menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Untuk menyertai larian jogathon kali ini, setiap peserta harus mengutip derma mengunakan Kad Pungutan Derma yang disediakan oleh penganjur. Hanya peserta yang berjaya mengutip jumlah yang ditetapkan mengikut kategori usia akan layak untuk menyertai larian jogathon ini. 
Fr Simon Kontou, Paderi Paroki menyampaikan 
hadiah kepada salah seorang pemenang
Pungutan minima bagi kanak-kanak 7-12 tahun ialah RM50 sementara bagi semua kategori yang lain ialah RM200. Semua hasil kutipan derma ini disumbangkan kepada Komiti Pembangunan untuk dana pembangunan Dewan Ibadat Paroki St. Dominic Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent