Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 28, 2015

Hidup Berkomuniti Adalah Hidup Inklusif Dan Dalam Berkongsi Sukacita Kristus!

Oleh Rogena Roger Sining

Berikut adalah perkongsian daripada umat St Angeline, Madai. Temubual dibuat sebaik sahaja selesai upacara Pemberkatan dan Perasmian Chapel St Angeline, Madai pada 24hb Mei 2015.

Sdra Alex Yabi berhijrah dari Kota Kinabalu ke Madai pada tahun 1989 dalam usia 21 tahun. Pada mulanya, beliau datang ke Madai atas urusan kerja. 'Tempat pertama yang saya cari ialah Chapel, kerana di situ akan saya perolehi ketenangan dan akan diterima sebagai anggota keluarga besar Tuhan.' Pada tahun 1990, beliau telah berkahwin dengan Rose Mujis, anak perempuan kepada Puan Angeline Bangad, penderma tapak Chapel St Angeline, Madai.

Perkahwinan Alex Yabi merupakan pemberkatan perkahwinan pertama yang dirayakan di Chapel St. Angeline. Beliau telah dianugerahkan tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Selepas menjadi penduduk tetap dan melayani di St. Angeline Madai ini, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi KPUK St Angeline selama dua penggal pada tahun 1991-1993 dan 2012-2014.

'Saya bersyukur pada Tuhan kerana Upacara Pemberkatan dan Perasmian Chapel St Angeline diadakan pada hari ini bersempena dengan Hari Raya Pentaskota, iaitu hari lahir Gereja. Dengan itu kita hendaklah berperanan seperti anak-anak Yesus untuk menyampaikan warta baik kepada semua bangsa.' 

Kisah Para Rasul 2:3, "dan tampaklah kepada mereka lidah-lidah seperti nyala api....maka penuhlah mereka dengan Roh Kudus" ternyata Gereja diberikan kehidupan baru secara rohani. 

Beliau menambah, "Kehidupan umat Kg Madai secara berkomuniti melalui tiga Komuniti Kristian Dasar yang sedia ada memperlihatkan umat mengambil berat antara satu sama lain. Ini adalah nafas baru buat kita di Madai. Inilah kekuatan kita. Semoga hidup berkomuniti akan diperluaskan ." 

Beliau memanjatkan puji dan syukur kepada Tuhan kerana perasmian dapat disempurnakan dengan baik. Beliau menambah, ini hanyalah satu tanda permulaan kerja keras demi membangunkan iman dan agar dapat diperluaskan di kalangan komuniti setempat. 

Sdra Yoseph Sogen berasal dari Larantuka, Flores, Indonesia. Beliau berhijrah ke Sabah pada tahun 1983. Selama itu beliau sudah menetap di Kunak dan Madai selama 32 tahun. Beliau berkahwin dengan Frana Joseph dan dikaruniakan dengan tiga orang putera. Beliau bekerja di sebuah estet di Kunak. Setiap minggu beliau dan keluarga akan menghadiri misa di St. Angeline, Madai.


Beliau bersyukur kepada Tuhan, kerana anak sulongnya diberi peluang untuk mengikuti latihan kemahiran di Montfort Training Centre (MTC) KK sehingga tamat kursusnya. Kini, dia bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Anak keduanya juga dalam proses memohon untuk menyertai kursus kemahiran di MTC. Semoga dia berjaya.

Pelayanan beliau di Chapel St. Angeline ini sebagai pewarta dan kadang-kadang sebagai warden. Beliau mengatakan Roh Kudus sering digambarkan sebagai api sebab ia berfungsi untuk menyucikan dan menguduskan kita. 

Oleh kerana itu, tanda orang yang mempunyai Roh Kudus atau dipenuhi Roh Kudus adalah adanya perubahan hidup ke arah yang positif. Roh Kudus turun dan beri kuasa-Nya bagi hidup kita dalam Gereja, bergantung dari persatuan kita dengan Yesus Kristus dalam doa
.
Beliau mengucapkan syukur kepada Tuhan atas terbinanya Chapel baru ini. Beliau berasa sangat tenang dan gembira untuk beribadah di Chapel St. Angeline ini. Harapan beliau semoga umat-umat St. Angeline, Madai akan terus hidup berharmoni dalam komuniti. Sikap keterbukaan umat setempat khususnya suka berinteraksi dan melibatkan golongan migran amat dibanggakan. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent