Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Friday, May 22, 2015

CFM MENENTANG PENGECUTAN RUANG BAGI AMALAN AGAMA DAN PENGEMBANGAN PENINDASAN AGAMA

PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA 
CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA

26 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Telefon / Faks : + 60 3 7957 1457 
Emel: cfmsia@yahoo.co.uk
22hb Mei 2015
KENYATAAN MEDIA CFM

CFM MENENTANG PENGECUTAN RUANG BAGI AMALAN 

AGAMA DAN PENGEMBANGAN PENINDASAN AGAMA

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) memandang berat dengan penuh kerisauan terhadap pengecutan ruang bagi amalan agama di Malaysia. CFM juga menyedari bahawa aliran pembendungan terhadap kebebasan amalan agama sebelum mengadakan perundingan dengan pihak-pihak berkenaan semakin membimbangkan. Keadaan keseluruhan atas penerimaan dan persefahaman sesama agama kian merosot apabila negara kita diheret oleh kejadian-kejadian yang berlaku disebabkan sikap tidak bertoleransi.
Pertikaian baru-baru ini yang dicetuskan oleh sekumpulan orang Islam yang menuntut penurunan lambang salib sebuah gereja di Taman Medan, Selangor merupakan satu contoh tidak bertoleransi. Simbol utama kami, salib, merupakan simbol kasih dan pengorbanan Allah bagi manusia, tetapi kini diperlihatkan atau dianggap sebagai ancaman oleh sesetengah pihak.
Tindakan sebegini disenaraikan sebagai amalan-amalan tidak bertoleransi yang lain, termasuk pelarangan penggunaan perkataan-perkataan agama dalam Bahasa Melayu yang telah digunakan secara umumnya sebelum kelahiran negara kita. Ketakutan dan kebimbangan bahawa istilah umum ini mampu membawa pengaruh, penyebaran dan permurtadan telah menyebabkan ketegangan dan justerunya, mengakibatkan banyak kejadian pada tahun-tahun kebelakangan ini di mana salinan Al-Kitab, buku suci kita ditahan atau terus dirampas, dan hanya dikembalikan selepas dicacatkan dengan kata-kata larangan.
Malahan, ia kini dicadangkan bahawa pengimportan Al-Kitab adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur pentadbiran yang baru diumumkan di Sabah dan Sarawak, walaupun ia masih dalam bentuk draf untuk perbincangan. Edisi terbaru mengenai syarat pentadbiran ini mengandungi larangan secara langsung terhadap pengimportan Al-Kitab ke Semenanjung Malaysia, kecuali untuk kegunaan peribadi, di mana ia telah melanggari Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan untuk melindungi kebebasan beragama.
Kita sewajarnya membina masyarakat yang berkeyakinan dengan agama sendiri dan saling menghormati di negara yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan agama. Namun, lapisan ketakutan, ketegangan dan syak wasangka pula terus mengembang.
Negara kita amat memerlukan pemupukan untuk perbincangan yang saling menghormati dan dialog bagi mempromosikan persefahaman sesama kita dan bagi meluaskan sudut pandangan masing-masing.


CFM menentang pengecutan ruang awam bagi amalan agama dan pengembangan penindasan agama. Oleh itu, CFM memanggil agar perkara-perkara berikut dapat dilaksanakan dengan segera:
A.  Semua pihak berkuasa yang berkenaan, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan mesti menjalankan tugas dan aktiviti-aktiviti mereka dengan baik dan segera tanpa prasangka atau berat sebelah, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan bahawa masyarakat minoriti dapat menikmati kebebasan beragama dan tanda hormat yang sama rata supaya kejadian seperti penurunan simbol salib dan rampasan dan/atau sekatan penggunaan Al-Kitab serta bahan-bahan agama lain tidak berulang.
B.  Ahli-ahli perkhidmatan awam, terutamanya mereka yang berhadapan dengan orang awam di barisan hadapan mesti diberi pendidikan yang secukupnya supaya mereka mempunyai dasar nilai kesopanan dan kepekaan yang diperlukan dalam menangani perkara-perkara antara agama dan memberi tanda hormat yang sewajarnya kepada semua agama tanpa berat sebelah atau pilih kasih, walaupun mereka mempunyai kepercayaan agama mereka sendiri.
C.  Kabinet Persekutuan mesti mendukung penyelesaian 10-perkara yang berkaitan dengan Al-Kitab dan berhenti mengenakan sebarang sekatan lanjut terhadap penggunaan, penerbitan dan pengimportan Al-Kitab di seluruh Malaysia. Kerajaan harus memastikan pematuhan dan pelaksanaan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 8 April 2011 mengenai pengimportan Al-Kitab dalam Bahasa Malaysia / Indonesia. Kabinet Persekutuan mesti berhenti berpura-pura bahawa penyelesaian 10-perkara hanya dapat berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak, atau bahawa mereka tidak berkuasa dalam undang-undang negeri yang berkenaan sejak Barisan Nasional memegang pemerintahan kuasa politik di 10 daripada 13 negeri kita, dan mengawal semua Wilayah-Wilayah Persekutuan. Khususnya, cadangan prosedur operasi piawai (S.O.P) terkini yang diumumkan baru-baru ini kepada pemimpin-pemimpin gereja di Kuching dan Kota Kinabalu perlu ditarik balik kerana ia melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Pengimportan Al-Kitab adalah sebahagian daripada kebebasan beragama dan tidak tertakluk di bawah ruang lingkupan negeri-negeri untuk mengawal selia agama Islam. Syarat khusus bagi agama-agama bukan Islam untuk mendapatkan kelulusan daripada agensi-agensi Islam Kerajaan Persekutuan untuk mengimport bahan agama jelas melanggari peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan semangat penyelesaian 10-perkara.
Berdasarkan sebab-sebab ini, CFM menolak usul S.O.P. mengenai penerbitan dan pengedaran Al-Kitab kerana S.O.P menolak dasar kebebasan beragama dan hak untuk mengurus hal ehwal agama itu sendiri.
D. Semua penggubal undang-undang Persekutuan dan negeri yang berkaitan mesti mengambil kira dan memberi pernyataan terhadap sentimen-sentimen dan kebimbangan orang bukan Islam dalam hal cadangan pelaksanaan undang-undang Hudud. Walaupun terdapat kenyataan yang mengatakan bahawa undang-undang ini hanya akan dilaksanakan ke atas mereka yang menganut agama Islam, CFM dan ahli-ahli Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao telah menyatakan kebimbangan bahawa ini akan mengelirukan sistem perundangan kita dan membawa konflik undang-undang yang tidak dapat diselesaikan akibat sistem dwi ini, terutamanya bagi kes-kes yang melibatkan kedua-dua pihak Islam dan bukan Islam. Sistem dwi jenayah undang-undang khasnya di mana yang meliputi undang-undang Hudud, bukan sahaja akan menyebabkan kekeliruan undang-undang dan kesulitan perlembagaan, ketidakadilan bagi satu atau kedua-dua pihak turut tidak dapat dielakkan.

Ditandatangani oleh,








Rev. Dr. Eu Hong Seng
Pengerusi dan Jawatankuasa Eksekutif
Persekutuan Kristian Malaysia

























No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent