Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 5, 2015

MINGGU PANGGILAN DI KATEDRAL ST MARY SANDAKAN

Berita dan gambar oleh Helen John
SANDAKAN – Lebih daripada 2,000 umat hadir dalam Misa Kudus sempena Minggu Panggilan pada Ahad 26hb April yang diselebrankan oleh Rev. Fr Sunny Chung. Dalam homilinya beliau berkata, Yesus, Gembala Baik sentiasa mencari domba-domba yang tersesat sehingga sanggup memberikan nyawanya demi untuk keselamatan domba-dombanya. Persoalannya adakah kita mendengarkan suara Gembala Baik ataupun kita mendengarkan suara duniawi yang mengelirukan?
Begitu kita, mengikuti Yesus memang terlalu banyak tentangan, cobaan serta cabaran yang dihadapi namun jika kita menumpukan perhatian, pendengaran dan kehidupan serta sanggup memikul salib pasti kita mendapat keselamatan daripada Gembala Baik iaitu Yesus Kristus di dalam kehidupan syurgawi.
Minggu ini, kita juga diingatkan bahawa kita dipanggil untuk menjadi gembala kepada kawanan-kawanan domba yang dipercayakan pada kita sama ada dalam keluarga, komuniti gereja, pekerjaan dan mereka yang berada di sekeliling. Marilah kita renungkan bersama adakah selama ini kita sudah menjadi gembala baik pada semua domba-domba yang dipercayakan pada kita?

Pada akhir homilinya, Fr Sunny mengajak umat untuk berdoa khasnya kepada muda mudi agar lebih banyak lagi yang sanggup menyahut panggilan menjadi gembala di ladang Tuhan.
Selesai misa pada tengahari, umat khusussnya para belia dan ibu bapa meninjau pameran promosi panggilan disediakan oleh para Seminarian, Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC) , Sister-sister Gembala Baik (RGS) dan Brother St. Gabriel (SG).
Brother Joseph Philip sg
Sr Appollonia Gumpu fsic
Sr Maria Dipal rgs
Seminarian Stanley
Acara dimulakan dengan doa pembukaan oleh Brother Joseph (SG). Seterusnya sesi perkongsian mengenai panggilan dan sejarah kongregasi masing-masing yang disediakan oleh Brother dan Sister. Seramai 70 orang belia dan ibu bapa yang turut serta menjayakan program ini. Pada akhir sesi, mereka dijemput untuk menikmati makanan dan minuman ringan. 
Program 'Minggu Panggilan' berakhir pada pukul 2 petang dengan doa penutup dipimpin oleh Rev. Fr. Sunny Chung.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent