Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 15, 2015

BAPA USKUP JULIUS MELANCARKAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT PAROKI ST MARTIN, TELUPID

Artikel oleh Helda Japanis dan
gambar oleh Helda dan Lawrence
Telupid : Setelah selesai upacara Pemberkatan dan Perasmian Chapel baru St Joseph, Kampung Lumou serta Misa Kesyukuran 10hb Mei, umat beredar ke Dewan Kampung Lumou untuk turut serta dalam acara Pesta Kaamatan Peringkat Paroki St Martin.

Bapa Uskup Julius dalam homilinya semasa Misa Kesyukuran ada menyentuh tentang perayaan Tadau Kaamatan. 

Beliau berkata, 'Secara kebetulan Perasmian chapel ini jatuh pada Bulan Mei yang sudah tentu ia berada dalam rencana dan rahmat Tuhan. Selain, ianya adalah Bulan Bonda Maria, Bulan Mei juga mengingatkan kita akan perayaan Tadau Kaamatan yang turut dirayakan bersama di peringkat Paroki St. Martin Telupid pada hari ini.'
 

Hal ini juga suatu cara untuk menguatkan di antara satu sama yang lain, memupuk bukan sahaja persahabatan di antara umat tetapi memupuk semangat kekeluargaan sebagai Gereja. Inilah yang ingin dicapai pada perayaan kali ini dan itulah juga sebabnya seluruh Paroki di St. Martin Telupid berkumpul pada hari tersebut. 

Maka Bulan Mei ini mengingatkan akan tugas kita sebab dalam Bulan Mei ini kita bersyukur kepada Tuhan atas segala buah-buah rahmat di atas segala kerja yang telah kita lakukan sepanjang tahun lalu. Ini mengingatkan juga supaya kita sentiasa bersyukur akan apa yang kita ada; mengingatkan kita pula supaya kita bermurah hati, memberi dan berkorban.

Beliau mengajak umat agar senantiasa bermurah hati dan mengamalkan semangat kepedulian demi membangun umat bersama ke arah komuniti yang kukuh. 
Acara menumbuk padi, amalan dan tradisi budaya orang asal Sabah oleh Bapa Uskup Julius, Fr Jasery dan Sdra Rayner menandakan  Tadau Kaamatan Paroki St Martin Telupid dilancarkan dengan rasminya..
Beberapa persembahan dari zon-zon Paroki St Martin serta cabutan tiket bertuah telah pun menyerikan lagi suasana Tadau Kaamatan di Dewan Kampung Lumou.
Acara kemuncak ialah penyampaian sijil penghargaan kepada Katekis Petrus Idol, katekis pertama di Kampug Lumou. Beliau mula bertugas sebagai katekis pada tahun 1973 dan memperolehi latihan di Pusat Latihan Katekis di Keningau. Katekis Petrus diiktiraf sebagai tokoh dalam misi penginjilan di Kampung Lumou.                 

1 comment:

  1. Tahniah kepada Petrus Idol katekis pertama kg. Lumou. Roh Kudus menyertai pekerjaan mu dan skrg kita melihat buah-buahnya.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent