Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 13, 2015

Pertandingan Mencipta Lagu-Lagu Rohani Peringkat Paroki St. Dominic, Lahad Datu


Artikel oleh Farnandes dan
gambar oleh Farnandes dan Arnoldus

Lahad Datu : Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Mencipta Lagu-Lagu Rohani peringkat paroki St Dominic, Lahad Datu  yang dipengerusikan oleh sdra Marthin Steven telah berjaya menganjurkan acara pertandingan mencipta lagu-lagu rohani pada 2hb Mei 2015 di Dewan Sri Perdana Lahad Datu.
Sdra Marthin Stevens
Hampir 600 umat hadir bersama untuk menyaksikan acara tersebut melalui satu majlis makan amal. Hasil dana akan disumbangkan kepada tabung Pembangunan Rumah Ibadat, St Dominic.
Sebanyak 10 penyertaan lagu-lagu rohani dari seluruh paroki St. Dominic termasuk luarstasi yang berbentuk kumpulan telah menyertai pertandingan ini. 
The Worshippers
Kumpulan HOPE
No.
Tajuk Lagu
Kategori
Peserta/Kumpulan
Komposer
1
Terima Kasih
Lagu Kesyukuran
Belia St.Gabriel Tungku
Wilson Kock
2
Persembahan Abadi
Lagu Persembahan
The Worshippers
Caverna Galihun
3
Lord Accept Our Offering
Lagu Persembahan
HOPE
Mariewill Hamid
4
Kuduskan
Lagu Komuni / Pembukaan
KPUK Felda
Joyce Antonius
5
O.. Yesus
Lagu Kesyukuran
KKD St. Barnabas, Kg Burung Unta
Selpianus Mitang
6
Percayalah
Lagu Pembukaan
KKD St.John, Madai
Sherlyn Alan
7
Jalan Pintu Syurga
Lagu Kesyukuran
KKD St.John, Madai
Carlyne Robert Mekules
8
Kami Bawakan
Lagu Persembahan
KKD Maria Ratu Damai, Kg Langsat
Elton Susanto
9
Dalam Ekaristi
Lagu Komuni
KKD Maria Ratu Damai, Kg Langsat
Elton Susanto
10
Sumber Kehidupan
Lagu Komuni
Tukad
Evaleena Viona
Pertandingan Mencipta Lagu ini telah diadili oleh sdra Neil Mah yang berpengalaman dari Kota Kinabalu dan dibantu oleh Sr Evelyn Tivit fsic yang juga penasihat rohani AJP penganjur. 
Fr Simon Kontou, Paderi Paroki St Dominic dalam ucapannya berkata, “Talenta datang dari Tuhan dan kita kembalikanya kepada Tuhan. Acara sebegini amatlah baik kerana melalui proses penciptaan lagu ini, ia dapat memperkayakan pemahaman kita terhadap sabda Tuhan dan doa-doa dalam bentuk lagu dapat diperbanyakkan.”
Beliau bertambah, “Lagu-lagu rohani ini dapat memperkaya penghayatan upacara suci terutama upacara Ekaristi, dan ia juga dapat memupuk kesatuan rohaniah, kesatuan diantara umat dan dengan upacara yang dirayakan. Namun menyanyi sahaja tidak mencukupi. Ia haruslah dilengkapi dengan persiapan rohaniah, penghayatan dan pemahaman kita terhadap lagu yang dinyanyikan.”
Acara ini juga bertujuan untuk menambah koleksi lagu-lagu di dalam misa dan mencungkil bakat yang sedia ada agar kita menggunakan talenta yang dianugerahkan Tuhan demi KerajaanNya.
 
Johan : KKD St. John, Madai
Naib Johan : KKD Maria Ratu Damai
Tempat Ketiga : KPUK Felda
Pertandingan kali ini telah dijuarai oleh KKD St. John, Madai dengan lagu mereka “Percayalah,” tempat kedua telah disandang oleh KKD Maria Ratu Damai dengan lagu “Kami Bawakan” dan tempat ketiga telah dimenangi oleh KPUK Felda dengan lagu mereka “Kuduskan.” 
Majlis berakhir  dengan penyampaian hadiah pada 11.00 malam. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent