Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 6, 2015

PERKONGSIAN DARIPADA SR. MARIA DIPAL KONGREGASI GEMBALA BAIK SEMPENA MINGGU PANGGILAN

Dikumpul dan disusun oleh Helen John
Saya merupakan anak ke-11 daripada 13 orang adik-beradik dari Kg. Kepayan Lama, Apin-Apin , Keningau. Saya terdorong melayani dalam Kongregasi Gembala Baik kerana Misi Rekonsiliasi dengan motonya “satu peribadi yang jauh lebih berharga daripada seluruh dunia.” Ini menyentuh saya kerana kita sangat berharga di mata Tuhan.
Sepanjang melayani sebagai biarawati saya merasa sangat bersyukur dan tersentuh  apabila dapat menjangkau  dalam situasi mencabar terutama wanita, belia/remaja, keluarga, komuniti migran dan sebagainya. Meski pun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran dalam kehidupan namun dengan iman pada Yesus dan percaya bahawa Dia sentiasa berserta kita, saya tetap dan akan meneruskan perjuangan demi Dia.
Setiap insan mempunyai misi dalam hidup masing-masing oleh sebab itu kita harus mencari dan menghidupi panggilan itu agar ia lebih bermakna bukan sahaja pada kita tetapi juga bagi orang lain . IBR 3:15 “pada hari ini, jika kamu mendengarkan suaranya, janganlah keraskan hatimu.”
Harapan saya kepada semua belia, “carilah dan hidupilah panggilan-mu kerana ia merupakan satu kurnia daripada Tuhan yang sangat berharga.”

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent