Dikumpul dan disusun oleh Helen John
Saya sudah melayani sebagai sister dalam Kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC) selama 40 tahun. Sepanjang perjalanan melayani memang tidak dinafikan banyak cobaan dan godaan terutama pada masa globalisasi kini. Namun disebalik semua ini Yesus sentiasa menyertai saya dalam suka dan duka hidup melayani sebagai seorang biarawati.
Perkara yang menyentuh hati saya sepanjang melayani
apabila saya melihat kesungguhan dan daya usaha para pembimbing yang
bekerjasama dengan saya dalam membantu mereka yang belum mengenali Kristus
melalui pelayanan sama ada dalam kelas Inisiasi Kristian Dewasa (IKD),
Pertemuan Minggu Gembira (PMG) serta pelayanan yang lain. Begitu juga apabila
saya melihat peserta yang kelihatan bersungguh-sungguh menyahut panggilan untuk
mengikuti Yesus dan setelah menerima
sakramen terus mengikuti aktiviti yang diadakan di gereja seperti kumpulan koir, belia, warden dan sebagainya. Ini merupakan suatu perkara yang benar-benar
menggembirakan dan menyentuh hati saya.
Harapan kepada semua belia agar dapat berfikir dan berdoa bersungguh-sunguh
untuk menyahut panggilan masing-masing sama ada hidup berkeluarga, membujang
atau pun menjadi seorang religius. Apabila sudah membuat pilihan yang sesuai, buatlah yang terbaik kerana walau apa pun panggilan itu merupakan kehendak
Tuhan seperti dalam 2 Petrus 1:10, 'Karena itu, saudara-saudaraku, berusahalah
sungguh-sungguh, supaya panggilan dan pilihanmu makin teguh. Sebab jikalau
kamu melakukannya, kamu tidak akan pernah tersadung.'
No comments:
Post a Comment