Oleh Helda Japanis
Temubual bersama Seminarian Stephen Esguerra sempena dengan upacara Pemberkatan dan Perasmian Chapel Baru St Angeline, Madai pada 24hb Mei 2015.
Seminarian Stephen Esguerra, sebenarnya telah membesar dan menamatkan alam persekolahannya di Tawau malah berpeluang menyambung pelajarannya ke Semananjung Malaysia. Walaubagaimana pun dia telah mengikuti keluarganya berpindah ke Kg. Madai, Kunak, Lahad Datu sekitar Tahun 2009 setelah peristiwa kebakaran yang memusnahkan rumah kediaman mereka di Tawau, tambahan mereka sudah sedia mempunyai rumah dan tanah kebun di Kampung tersebut.
Setelah berpindah
ke Kg. Madai, dia masih bekerja dalam bidang perkapalan laut sebagai seorang
pegawai. Kerjayanya ini membawanya belayar sehingga berbulan-bulan. Selama lima tahun bekhidmat dengan syarikat
perkapalan ini iaitu bermula dari Tahun 2004 hingga 2009 dia pun mengambil
keputusan untuk berhenti kerana sudah tiba masanya dia ingin bekerja di tempat dan
syarikat yang lain pula iaitu di Labuan. Lantas itu dia telah pun mengemukakan permohonannya namun tidak memperolehi jawapan dari pihak
syarikat berkenaan.
Sementara menanti permohonannya diluluskan, dia berpeluang menyertai rombongan dari Tawau untuk
mengikuti seminar panggilan di Bundu Tuhan pada bulan September Tahun 2009
hanya sekadar untuk tinjauan sahaja. Setelah itu, Fr.
Bonaventure Unting telah memberi peluang kepada Seminarian Stephen untuk
berfikir semasak-masaknya kerana dia mempunyai dua hal yang perlu diberi
perhatian sama ada terus menunggu
dipanggil untuk bekerja di Labuan atau menyahut panggilan Yesus. Fr.
Bonaventure telah membuka minda dan hatinya dengan mengatakan
kepadanya, "jika kamu tidak cuba manalah kamu tahu. Cuba-cuba dululah, kalau rasa bukan panggilan, kamu masih boleh tarik diri." Dengan
kata-kata dorongan itu, Seminarian Steven berani mengatakan "Ya" dan dari itu mula mengolah langkah dengan
mengikuti pembentukan tersebut. Tambahan pula dia mendapat sokongan padu dari kedua
ibubapanya.
Dia tidak pernah
menjangka bahawa perjalanannya menimba ilmu di Seminari sudah menjangkau
tempoh lima tahun dan kini berada di Tahun
Pertama Teologi. Dia dapat merasakan Tuhan sentiasa mendorongnya untuk terus
berada pada tahap sekarang apalagi melihat keadaan Keuskupan Sandakan
khususnya begitu memerlukan penambahan pelayanan Paderi. Dia begitu
tersentuh dengan kerinduan umat akan kunjungan pastoral
paderi terutama di stasi luar. Belia di Kg. Madai sendiri
merasakan alangkah baik jika ada paderi yang
dapat melayani selalu di kapela tersebut dan pastinya persoalan itu hanya akan
terjawap bila ada yang berani tampil berjuang dengan rendah hati untuk dibentuk dan seterusnya ditahbiskan
menjadi paderi.
Seminarian Stephen yang sentiasa bersama dengan
belia di St. Angeline Kg. Madai ini ketika bercuti, pernah melayani sebagai
pelayan altar dan aktif mengikuti Kelompok Doa di Tawau. Dia amat mengharapkan
agar ada belia-belia lain yang mengikuti jejak mereka untuk menyahut seruan
Kristus. Semasa perayaan tiga dalam satu di Kapela St. Angeline pada 24 Mei 2015
yang lalu iaitu upacara pemberkatan dan perasmian Kapela St. Angeline,
Madai serta Pesta Kaamatan dia turut
melayani membantu yang Mulia Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom dalam
perjalanan Liturgi pada hari tersebut
bersama dengan Seminarian Alfonsus George.
No comments:
Post a Comment