Tim Dokumentasi YPL
TAWAU : Program YouthPREPLink (YPL) sesi 5 diteruskan dengan fasa kedua di St. Stephen, Tass yang terletak lebih kurang 320 km dari bandar Sandakan. Fasa kedua bertujuan untuk memberi dan membuka peluang kepada peserta berlatih untuk berdikari dan menjalankan program YPL sendiri.
Mereka berpeluang menjadi AJK Pelaksana agar mereka lebih yakin terhadap diri sendiri. Kepimpinan masing-masing dapat ditonjolkan melalui pelaksanaan tugasan. Selain itu, pada fasa ini, peserta akan "kembali kepada asas"; dimana mereka akan memasak menggunakan kayu api dan tidur di dalam khemah. Para peserta akan menjangkau belia-belia dan kanak-kanak di stasi luar St. Agnes, Ladang Andrassy dan St. James, Batu 12.

Pada 3 Mei 2015,
rombongan YPL bertolak ke St. Stephen, Tass dari Sandakan pada jam 7.45 pagi. Setibanya, mereka disambut dengan penuh sukacita oleh umat setempat. Pada
sebelah malam, program diteruskan dengan penubuhan Majlis YPL di mana peserta akan
membina organisasi mereka sendiri. Wilfred Friddrick telah dilantik secara
undian oleh peserta, sebagai pengerusi YPL Batch 5. Manakala Lydiana Kantiu
telah dilantik sebagai naib pengerusi. Selepas pembentukan Majlis YPL
disempurnakan, ia diakhiri dengan doa malam.
Pada hari kedua, 4hb Mei, ia dimulakan dengan doa Lectio Divina. Pada pagi itu, sesi “Plan Our Plan
(POP)” dijalankan agar para peserta membincangkan bersama apa
yang perlu dilakukan pada hari penjangkauan. Mereka dibahagikan kepada dua
kumpulan dimana satu kumpulan akan mengadakan sesi dengan para belia dan satu
lagi dengan kanak-kanak dari kawasan penjangkauan itu.
Pada sebelah malam, sesi “Realiti Sosial Dan Ajaran Sosial Gereja” disampaikan oleh Anna Teresa. Saudari Anna mengingatkan semua untuk tidak menghakimi dan sentiasa melihat orang disekeliling sama seperti Yesus melihat diri kita. Beliau juga mengongsikan tujuh tema Ajaran Sosial Gereja yang meliputi;

1)Martabat
Manusia
2)Keluarga dan
Penglibatan
3)Hak dan Tanggungjawab
4)Perhatian
Kepada yang Miskin dan Lemah
5)Solidariti
6)Hak dan Maruah
Pekerja
7)Pemeliharaan
Ciptaan Manusia
Selepas itu,
mesyuarat bagi penjangkauan bermula dan semua peserta terlibat dalam persiapan
penjangkauan tersebut. Saudara Wilfred Friddrik memimpin doa penutup buat sesi malam tersebut.
Pada hari ketiga, 5hb Mei, saudara Herry Francis Kamuntah telah menyampaikan sesi “Hak Asasi dan Hak
Perlembagaan.” Beliau mengingatkan bahawa semua orang patut tahu akan hak mereka
sebagai seorang manusia demi kesejahteraan diri sendiri. Selepas sesi itu, para
peserta diberi masa untuk menjalankan latihan sesi Bahasa Inggeris untuk
penjangkauan di St. Agnes dan St. James.
Pada sebelah malam, para peserta diberi kesempatan untuk membuat pembentangan di depan panel fasilitator. Pada masa itu, para fasilitator akan memberikan komen dan mereka akan membaiki cara pembentangan mereka agar ia akan berjalan dengan lancar dan akan meninggalkan kesan yang positif kepada orang-orang yang akan mereka layani semasa penjangkauan.

Pada hari
keempat, 6hb Mei, sesi yang pertama adalah “Pemerdagangan Manusia – Penghambaan Moden”
yang disampaikan oleh Saudara Alen Lim. Pemerdagangan
manusia adalah perpindahan manusia secara haram atau tidak sah dari satu tempat
ke tempat yang lain untuk kepentingan satu pihak. Pemerdagangan manusia boleh
berlaku di mana-mana sahaja dan boleh berlaku kepada sesiapa. Beliau juga
memberitahu bahawa, orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini akan menjual
organ-organ manusia untuk kepentingan mereka sendiri. Sesi ini telah membuka
mata kami semua dan seterusnya lebih berhati-hati ketika berada di luar.
Pada
sebelah petang, aktiviti luar diadakan, “Row, Row your Boat”. Aktiviti ini bertujuan
untuk melihat sejauh mana kerjasama mereka sebagai satu tim. “Bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh.”
Pada hari
kelima, 7hb Mei, sesi “Iman Yang Kukuh” telah disampaikan oleh Puan Esther Albert. Dalam
sesi ini, beliau mendedahkan realiti yang
berlaku di Malaysia khususnya di Sabah. Sesi ini telah membuka mata para
peserta dan telah membantu mereka untuk mengetahui dan menyedari keadaan
sebenar pada masa kini.
Seterusnya, sesi “The Prayer” disampaikan oleh Seminarian Walter Milter. Beliau menerangkan bahawa doa adalah perbualan atau perhubungan antara manusia dengan Tuhan. Pada sebelah malam, para peserta sekali lagi diberi peluang berlatih untuk sesi Bahasa Inggeris mereka untuk penjangkauan pada keesokkan harinya.

Pada hari keenam, 8hb Mei, para peserta bertolak ke St. Agnes, Ladang Andrassy pada 2.00 petang dan mengambil masa setengah jam untuk tiba ke tempat itu. Dalam aktiviti
penjangkaun ini, para hadirin telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu ibu
bapa, belia dan kanak kanak. Dalam bahagian ibu bapa sesi telah disampaikan
oleh Puan Julita Kantod dan beliau menerangkan bahawa untuk membangunkan
sesebuah rumahtangga yang lebih baik dan lebih berpusatkan kepada Yesus adalah
hormat-menghormati di antara pasangan tersebut.
Bahagian belia pula, mengfokuskan kepada Bahasa Inggeris. Ini kerana, bahasa yang biasa digunakan di bandar besar adalah Bahasa Inggeris dan ia juga bertujuan untuk memberi keyakinan kepada belia untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan menggelakkan daripada mereka ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Bagi saya,
belajar Bahasa Inggeris adalah sangat berfaedah walaupun agak susah
untuk saya menyebut perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris. ~ Nancy, belia St.
Agnes Andrassy, Tawau.
Antara aktiviti
yang dijalankan dalam bahagian kanak-kanak pula adalah sesi nyanyi bersama,
mewarna, belajar ABC dan bercerita. Selesai sahaja program dari ketiga-tiga
bahagian tersebut, program diakhiri dengan merayakan kesyukuran.
Aktiviti yang
sama juga berlangsung pada keesokan harinya, 9hb Mei apabila berada di St. James, Batu
12.
Pada hari terakhir, 10hb Mei, doa pagi dimulakan dengan Body Prayer yang dipimpin oleh Saudari Anna dan diikuti
dengan Ibadat Sabda pada jam 11.30 pagi yang dipimpin oleh Katekis Cristopher Jikuil.
Diakhir ibadat sabda tersebut, saudari Anna merakamkan penghargaan kepada
semua yang telah menjayakan Program YPL sesi 5. Selepas itu, Katekis Cristopher
menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta YPL. Acara terakhir sebelum
menamatkan YPL sesi 5 ini, saudari Anna menjemput para peserta dan fasilitator
berkumpul untuk renungan peribadi dan evaluasi. Para peserta dan fasilitator diminta
untuk merenung kembali apa yang telah berlaku pada diri mereka dalam masa 2
minggu. Ia adalah suatu masa yang sangat indah kepada semua kerana secara tidak
disedari, hubungan sesama semakin akrab dan bagi sesetengah, ini adalah
keluarga kedua bagi mereka. Pada sebelah malam adalah makan malam kesyukuran
bersama umat St. Stephen. Pada malam itu juga, keluarga YPL telah membuat
persembahan sebagai tanda terima kasih kepada umat setempat.
"Sahabat setiawan merupakan perlindungan yang kokoh, barang siapa menemukan orang serupa itu sungguh mendapat harta." - Sirakh 6:14