Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 3, 2013

YouthPrepLink Level 1, Batch 3 ~ Hari Pertama

Tim Dokumentasi YPL Level 1
SANDAKAN : Tim Pelayanan Pelajar Kampus (PPK) bersama dengan graduan-graduan YouthPrepLink kumpulan 1 dan 2 telah bekerjasama menjalankan program YouthPREPLink Level 1 untuk kumpulan ke-3. Program ini dijadualkan berlangsung  pada 01hb-07hb  April 2013 di Katedral St.Mary Sandakan.
Sesi pendaftaran telah dibuka pada 1hb April 2013 dari 2.00 hingga 5.00 petang. Seramai 33 peserta lepasan SPM dan STPM yang datang dari Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Telupid telah berdaftar diri untuk menyertai program ini. 
Makan malam bermula pada pukul 6.30 petang dan doa makan dipimpin oleh Arjohn Morera, salah seorang peserta YPL. Makanan dan minuman yang sungguh enak telah disediakan oleh Kerasulan Wanita Katolik Paroki. 
Pada pukul 7.20 malam, sesi diteruskan dengan sesi puji-pujian. Wilfred Frederick dan Claire Andrew memimpin sesi "Do's and Dont's" di mana peserta  mencadangkan peraturan-peraturan dan  dipersetujui oleh semua peserta YPL. Seterusnya, peserta mengikuti sesi "Kerjasama Berpasukan." Sesi ini bukan sahaja untuk bersuka-ria, tetapi ia juga membawa peserta lebih dekat dengan kawan-kawan baru yang ada disekeliling mereka.
Pada pukul 9.30 malam, Sharon meneruskan sesi yang bertajuk "Semakan Ekspektasi Diri Sendiri dan Penyerahan Harapan." Para peserta dikehendaki membuat sampul menggunakan kreativiti sendiri dan merenung tujuan mereka berada di sini, apa buah yang mereka mahu dan komitmen mereka untuk mencapai buah yang mereka mahu perolehi dari kem ini. Mereka diminta untuk menulis surat untuk diri sendiri dan kemudian mereka akan saling mendoakan. "Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu." - Yohanes 15:16
Sesi terakhir adalah doa Taize yang dipimpin oleh Sr.Lilian Unsoh FSIC.
  




"What touched me most was the Taize prayer. It was awesome! I can really feel the presence of Jesus in me. I find my inner peace. It is truly a gateway moment for me from the hectic life this past few days" - Mark Lai

1 comment:

  1. Olli Rehn warned Belgium, paphos car hire and touring.
    They should also be tailored in a way that minimum damage takes place.


    my web-site ... www.djbarryblends.com

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent