Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Sunday, April 28, 2013

Selamat ulang tahun kami ucapkan ~ Selamat panjang umur kita doakan ~ Selamat sejahtera sehat sentosa

Oleh: SOCCOM SMC

TELUPID – Umat serta KKD Pekan telah mengadakan majlis kesyukuran ulang tahun untuk seminarian Stanley William pada 23 April, baru-baru ini.
Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, sdra. Herman Soibun berkata sambutan sedemikian akan menyemarakkan lagi semangat pastoral untuk terus menjalankan penuaian di ladang Tuhan. Sambil berterima kasih dengan kehadiran KKD dan ahli MPPT sebagai tanda sokongan, penyediaan makanan secara  ‘pot-luck’ mencerminkan kerjasama di kalangan umat setempat.
Seminarian Stanley dalam ucapan ringkasnya sangat terharu dengan sambutan yang beliau sifatkan sebagai satu keluarga besar di Paroki ini.

“Saya tidak menjangka sambutan diadakan secara spontan namun memberi banyak makna”, jelasnya yang memasuki tahun ketiga pengajian teologi di Kolej St.Peter, Kuching. Seminarian Stanley menjalankan kerja pastoral awal Januari tahun ini dan akan menyambung pengajian pada Mei hadapan. Selama berada di Paroki ini, beliau telah banyak membantu Rektor Paroki dalam kerja pastoral mahupun tadbir urus gereja dan juga kegiatan belia turut bergiat aktif.

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent