Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 9, 2013

Hari Ketiga ~ YouthPrepLink di Katedral St. Mary

Tim Dokumentasi
SANDAKAN : Pada 3 April 2013 program dimulakan dengan Lectio Divina pada pukul 7.00 pagi dan peserta dibahagikan kepada 4 orang dalam setiap kumpulan. Ia merupkan satu pagi yang indah kerana selain dapat berdoa, kami juga dapat merapatkan hubungan persahabatan dalam perkongsian ayat yang menyentuh kami di dalam bacaan hari tersebut.
Seterusnya, sesi yang pertama; 'Peralihan' telah disampaikan oleh Sr. Marysia Malanting FSIC. Dalam sesi tersebut, Sr. Marysia menerangkan bahawa dalam tempoh peralihan tersebut, ia penuh dengan cabaran. Ia terpulang kepada kita untuk pandai membuat keputusan. Di akhir perkongsian Sr. Marysia, kami telah diberi beberapa soalan untuk direnungi dan kemudiannya dikongsikan kepada ahli kumpulan kami.
Sesi seterusnya yang bertajuk, 'Penghijrahan belia dan kehidupan di bandar' telah disampaikan oleh Anna. Beliau telah mengongsikan pengalamannya belajar di Semenanjug dan realiti-realiti yang ada di luar sana. Ia adalah satu perkongsian yang sangat berguna kepada kami kerana ia dapat membantu kami bersedia apabila kami akan melanjutkan pelajaran di bandar-bandar yang besar.
Pada sebelah petang, kami mengikuti sesi English Conversation 1 dan 2 yang disampaikan oleh Constantine dan Gabriel, graduan YPL Batch 1.
Pada sebelah malam, sesi yang bertajuk Globalisasi dan Literasi Media telah disampaikan oleh George Bellyok. Tujuan sesi ini diberikan kepada kami adalah untuk membimbing para belia dalam membuat pilihan yang bertanggungjawab semasa hidup di tengah-tengah dunia global kerana kita sekarang hidup di dalam budaya media dimana ia mempunyai pengaruh besar.
Kemudian, peserta diajak untuk melihat masa yang digunakan untuk media dan menilai penggunaan gadget dan kemudiannya dilukiskan pada lukisan orang. Program pada hari tersebut diakhiri dengan doa malam yang dipimpin oleh Sr. Lilian Unsoh FSIC.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent