Tim Dokumentasi
Tepat pukul 8.30 pagi, program diteruskan dengan aktiviti puji-pujian yang dipimpin oleh Angelbeth dan selepas itu, para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu; Love, Hope, Faith dan Justice. Para peserta seterusnya diminta untuk menghasilkan "Thank You Card" untuk penyampai ceramah.
Sesi pertama telah di sampaikan oleh Sr. Marysia Malanting FSIC yang melayani di St. Dominic, Lahad Datu. Sesi yang bertajuk "Siapakah ko ini?" yang bermula pada pukul 9.00 pagi - 10.00 pagi adalah betujuan untuk menolong para peserta untuk mengenali, memahami diri mereka sendiri dan ia lebih berpusatkan kepada Kristus.
Program diteruskan dengan sesi ceramah yang kedua iaitu Peringkat Kehidupan Seorang Manusia yang disampaikan oleh Sr.Maria Dipal, RGS pada pukul 10.20 pagi. Beliau telah mengajar kami satu permainan yang bertajuk "Tahap Perkembangan" yang bermula dari Benih, Pokok, Gorila sehingga menjadi Manusia. Selepas itu, para peserta mempelajari bagaimana perkembangan manusia dari janin hingga ke alam kematian secara fizikal, pemikiran, sosial/personaliti dan teori. Selain itu, beliau juga menyelitkan "Tahap Perkembangan Iman kepada Yesus Kristus iaitu Experienced Faith, Affiliated Faith,Searching Faith dan Owned Faith. Setelah itu, peserta dikehendaki menjawab soalan bagi mengenali tahap Iman mereka masing-masing.
Berakhirnya sesi ini, program diteruskan dengan proses dan sintesis yang disampaikan oleh Sharon. Para peserta dikehendaki membuat ‘Peta Kehidupan Saya’. Mereka diminta untuk melukis garis masa pada saat duka dan gembira yang bermula dari lahir sehingga pada umur mereka pada masa ini. Sesi ini adalah berkaitan dengan sesi pertama dan kedua, dimana ia telah membantu para peserta untuk lebih memahami apa yang telah disampaikan oleh Sr. Marysia dan Sr. Maria.
Pada pukul 2.00 petang, Claire Andrew dan Wilfred Frederick telah membawa para peserta untuk bermain permainan yang dipanggil "Human Knot." Dalam permainan ini, para peserta telah mengikat tangan masing-masing dengan kawan-kawan mereka dalam satu kumpulan. Dalam permainan ini, ia mengajar mereka untuk lebih bekerjasama dan berkomunikasi.
Pada pukul 3.15 petang, program diteruskan dengan sesi Dots and Stars yang dipimpin oleh Anna Teresa. Dalam sesi ini, para peserta diberikan Dots dan Stars lalu merenungkan perjalanan hidup mereka. Mereka telah dijemput untuk melabelkan diri mereka dengan Dots sekiranya ada dalam perjalanan hidup mereka itu menyedihkan mereka dan labelkan Stars bagi pencapaian, pujian dan kegembiraan. Para peserta turut diberi soalan renungan "Dimanakah Tuhan dalam perjalanan hidup saya ini?" Setelah itu, peserta dikehendaki mengeksperesikan perjalanan hidup mereka dengan melengkapkan puisi “I Am"
Sesi ketiga pada 7.15 malam, Anna menayangkan sebuah filem pendek yang bertajuk "You Are Special" dipetik dari buku tulisan Max Lucado. Label-label 'Dots and Stars' yang masih terlekat di badan, buat mereka renung kembali perjalanan hidup mereka.
Pada pukul 9.10 malam, para peserta dikehendaki melihat kembali puisi ‘I Am’ dan merenungkannya. Setelah itu, peserta menanggalkan Dots and Stars dari badan mereka dan berdoa kesyukuran kepada Tuhan lalu membebaskan diri dari cengkaman dunia.
Pada pukul 9.10 malam, para peserta dikehendaki melihat kembali puisi ‘I Am’ dan merenungkannya. Setelah itu, peserta menanggalkan Dots and Stars dari badan mereka dan berdoa kesyukuran kepada Tuhan lalu membebaskan diri dari cengkaman dunia.
No comments:
Post a Comment