Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 29, 2013

Proses Pemilihan AJK Keluarga Besar Katolik Indonesia ~ KBKI

Pilis Malim, SOCCOM St Mary


ST. MARYS CATHEDRAL, 14hb April, 2013. Komuniti Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI) telah mengadakan pemilihan anggota jawatankuasa untuk menerajui KBKI untuk selama 3 tahun bagi penggal 2013 hingga 2015. Satu perhimpunan khas telah diadakan di Gereja St. Mark, Batu 12 Jalan Labuk, Sandakan. Seramai 16 pencalonan telah tersenarai dalam pemilihan tersebut. Bagaimanapun 2 calon tidak dapat menghadiri pada hari pemilihan, maka dengan itu pencalonan mereka telah ditolak. Maka dengan itu hanya 14 calon sahaja yang layak untuk mengikuti proses pemilihan bagi memilih 10 orang anggota jawatankuasa tertinggi KBKI. Calon-calon yang layak bertanding adalah calon-calon wakil dari 8 basis yang terdiri dari Basis Maria Ratu Damai, Basis Maria Rehna Rosari, Basis Santo Gabriel, Basis Maria Dolorosa, Basis Maria Bintang Timur, Basis Kristus Raja, Basis Maria Imakulata dan Basis Maria Bintang Laut seperti berikut:-

Petrus Beam
Adam Jordan
Nischetuis Carvalo
Margaretha Bulu
John Widin
Conelus
Margaretha Francis
Agnes Oren Daton
Markus Sanga
Mateas Sanga
Vinsen Doren
Dionisius Doni
Emiliana Lejab
Klemen Duli Kawaren

Sr Lidwina RGS
Proses pemilihan telah dipimpin oleh Sr Maria Dipal RGS dan dibantu oleh Sr Lidwina RGS. Turut hadir dalam proses pemilihan tersebut ialah wakil Majlis Pastoral Paroki Katedral St. Mary, Sdra Pilis Malim
Proses pemilihan yang dijalankan sama dengan cara yang diamalkan untuk pemilihan Majlis Pastoral Paroki. Seterusnya, Sr Maria RGS menekankan peranan dan tanggungjawab yang akan dipikul oleh mereka yang terpilih kelak yang harus menitikberatkan tanggungjawab membimbing komuniti KBKI secara menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada kumpulan tertentu.
Mereka juga harus mempunyai visi sebagai halatuju untuk dicapai oleh komuniti KBKI. Sr Maria RGS juga menjemput semua calon untuk merenung secara mendalam pembacaan dari Injil Yohanes di mana Kristus menyeru kepada Petrus sebanyak 3 kali, 'Gembalakanlah anak-anak domba-Ku'. Seruan ini mempunyai erti yang amat mendalam dan sebagai pemimpin, harus difahami maksudnya agar kepimpinan itu betul-betul selari dengan kehendak ajaran Kristus, kata Sr Maria RGS. 
Bagaimanapun, pada 24hb Mac, 2013, iaitu lebihkurang 2 minggu sebelum proses pemilihan, satu seminar diadakan bagi persediaan kepada semua bakal calon. Seminar tersebut juga dianjurkan oleh Sr Maria Dipal. Dalam seminar tersebut, calon-calon telah diberi pendedahan mengenai ciri-ciri kepimpinan dalam gereja meliputi 5 ciri; iaitu iman, keperibadian, gaya hidup, hubungan dan kerendahan hati. Di samping itu mereka juga diberi taklimat mengenai kepimpinan dalam paroki secara umumnya.
Dalam proses pemilihan tersebut semua calon diberi peluang untuk meluahkan hasrat mereka sebagai pemimpin sekiranya dipilih. Rata-rata calon mempunyai pendirian yang serupa iaitu ingin melayani sesama dalam komuniti KBKI juga komuniti setempat dengan yang terbaik terutama dalam pembentukan iman.
Sr Maria RGS

Proses pemilihan dijalankan dalam suasana jalinan muhibah yang menunjukkan kematangan semua yang hadir. Setelah pemilihan selesai calon-calon yang terpilih untuk menerajui KBKI bagi penggal 2013-2015 adalah seperti berikut:
Petrus Beam
Margaretha Bulu
Dionisius Doni
Mateas Sanga
Emiliana Lejab
Adam Jordan
John Widin
Nischetuis Carvalo
Vinsen Doren
Klemen Duli Kawaren

Mereka yang terpilih ini akan mengadakan mesyuarat untuk memilih Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan pengagihan portfolio kepada ahli-ahli yang lain. Sebelum doa penutupan, upacara penyerahan kewangan oleh Bendahari lama kepada Bendahari baru sementara, seperti dalam gambar di bawah.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent