Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 16, 2013

Suara - Suara Graduan YouthPREPLink Level 1 (1hb - 7hb April 2013)


Syukur dan puji Tuhan! Tidak sia-sia saya mengikuti YPL. Saya bukan sahaja dapat pengetahuan, tetapi juga dapat membebaskan diri saya dari belenggu dosa. Sebelum ini, hati saya selalu tidak tenteram. Setelah berkongsi cerita dan meluangkan masa bersama, saya berasa sangat tenang. I am special!

Saya paling suka sesi "Letter to my future daughter". Semasa saya membaca surat tersebut saya begitu tersentuh mengingat akan kesalahan-kesalahan yang telah saya lakukan. Saya begitu sakit hati dengan diri sendiri. Tapi lama kelamaan, hati saya mula rasa tenang apabila saya berdoa memohon pengampunan dan bimbingan Tuhan.
Vianny Alice Alexius, St. Jospeh Nangoh





Saya berasa amat gembira dan seronok dengan mengikuti kem ini. Banyak aktiviti-aktiviti yang dapat membantu saya mendalami iman rohani saya.

Sesi yang paling menyentuh saya ialah sesi "Seks sebelum berkahwin" kerana terlalu banyak kesan yang tidak baik jika melakukan gejala seks bebas. Saya rasa kesian dan tersentuh dengan slide Uncle Francis; bayi yang dibuang sana-sini, aborsi, penyakit kelamin, HIV / AIDS serta perempuan bunuh diri akibat ditinggalkan si lelaki selepas perempuan itu mengandung.

John D. Degullacion, Katedral St. Mary Sandakan





Saya dapat membangunkan iman dan memantapkan pengetahuan. Pengalaman paling penting sepanjang program ini adalah semasa sesi seksualiti, I Am Special dan Penghijrahan ke Bandar. Saya juga dapat belajar bertutur dalam Bahasa Inggeris semasa sesi English Conversation dan saya dapat merasakan cinta kasih Tuhan antara rakan-rakan.

ArJohn Morera, St. Mark Sandakan




The sessions were so meaningful. So useful as they set forth to further their education away from home.  It is so inspiring to see the young people gathering as a community. Hopefully this program could be implemented in Tawau and I would like to volunteer to assist. The youth who attended this camp, I feel are all potential leaders by observing their responses during games, writing, reflection, sharing and etc. I wish I have joined this from the beginning. Even though I joined half way, I felt so happy and have learned a lot. All I want to do is to continue to discover myself and to be consistent in my prayer and serve God.
Esther Albert (Berbaju hijau), Holy Trinity Church Tawau


Perkongsian secara umum daripada graduan-graduan YPL yang lain:


Mereka mendapati bahawa YPL peringkat 1 ini mampu menyediakan mereka apabila melanjutkan pelajaran  di luar Diosis, jauh dari keluarga. Dengan pengetahuan yang disampaikan sepanjang program, ia telah memperlengkapi para peserta untuk menghadapi pelbagai cabaran serta realiti di institusi pengajian tinggi kelak. Topik-topik; Self-Discovery, Stages of Life, Transition, Youth Migration and City Living, Globalization and Media Literacy, Sexuality, Pre-Marital Sex : A Generation at Risk, Healthy Boys and Girls Relationship, Consumerism and Environment and Psycho - Spiritual Aspect telah banyak memberi maklumat yang amat berguna bagi para peserta.
Belajar untuk tenang ketika berdoa dan belajar untuk tidak menggunakan telefon bimbit selalu. Belajar tentang kesan-kesan seks sebelum kahwin dan belajar menghargai setiap detik yang berlalu sepanjang program ini.
Realiti kehidupan yang kita alami sebenarnya hanya bergantung kepada keputusan diri sendiri. Semoga belia-belia yang di luar dan di dalam gereja Katolik dapat menyahut panggilan Tuhan dan terus berakar dan dibangun dalam Yesus Kristus, teguh dalam iman. Amen.
Walaupun bagi saya, saya sudah tidak sesuai mengikuti program ini, namun saya dapati saya silap kerana ia memberi banyak info yang saya perlukan walaupun pada mulanya saya merasa saya sudah mengetahui segalanya.
Pertama sekali, saya ingin memanjatkan syukur, terima kasih dan puji Tuhan atas kesempatan saya mengikuti program ini. Walaupun pada mulanya saya tidak merasakan apa-apa istimewa dalam program ini, saya akhirnya mendapat begitu banyak info dan pengajaran dalam setiap sesi yang dijalankan. Selepas program ini, saya mempunyai keyakinan yang tinggi untuk terus melanjutkan pelajaran kerana YouthPrep Center pasti selalu berhubung dengan kami. Saya yakin dan percaya bahawa betapa kerasnya hati kita, jika disertakan dengan Tuhan. tiada perkara mustahil. 
Secara keseluruhannya, YPL1 ini memuaskan. Namum ada sesi yang boleh dipertingkatkan lagi kaedah pendekatan agar ia lebih berkesan dan menarik. Ia bergantung kepada penceramah masing-masing. Saya rasa seronok di sini. Ditegur secara berhemah, tidak disindir atau dipaksa. Terima kasih kepada penganjur juga semua penceramah atas usaha yang dicurahkan demi kebaikan kami semua.
Apa yang telah saya pelajari sepanjang kem ini adalah, kita harus buat persiapan sebelum berhijrah untuk melanjutkan pelajaran. No sex before marriage. Kita haruslah berhati-hati dalam memilih teman lelaki agar tidak menyesal dan membeli barangan yang diperlukan sahaja dan juga haruslah kuatkan iman walaupun kita jauh dari gereja dan keluarga.
Sesi yang menyentuh saya adalah semasa sesi "Happiness in Silence" sebab saat itulah di mana saya betul-betul dapat bercerita dengan Yesus. Semasa di chapel, saya dapat merasakan kehadiran Roh Kudus. 
Saya tersentuh dengan sesi "You Are Special" kerana saya selalu berfikir diri saya tidak sempurna. Saya kini sedar bahawa saya seorang yang istimewa di mata yang mencipta saya. Saya juga sangat gembira dan hati saya sudah terbuka sedikit demi sedikit untuk Tuhan. Saya selalu hidup dengan penuh godaan syaitan, tetapi program ini menyedarkan tentang adanya Tuhan dalam diri kita untuk melawan godaan-godaan syaitan. Saya sangat sedih program ini berlangsung tujuh hari sahaja. Program ini amat baik sekali untuk remaja yang memerlukannya.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent