Laporan dan gambar: Sam Edesius
Sandakan - Kem Belia St Mark Peter telah dianjurkan buat kali kedua oleh para belia St Mark Peter. Kem Belia ini telah berjaya diadakan pada tarikh 19 sehingga 21 April 2013 yang lalu bertempat dewan Gereja St Mark, Sandakan.
Pada penganjuran Kem Belia yang lalu, penyertaan adalah dikalangan belia-belia St Mark Peter sahaja. Namun pada tahun ini penyertaan telah dibuka untuk semua belia di Paroki St Mary, Sandakan. Seramai 66 belia termasuk Tim Penganjur.
IMAN MENGALAHKAN DUNIA yang dipetik dari 1 Yohanes 5:4 merupakan tema bagi Kem Belia tahun ini. Tema ini diambil sempena dengan Tahun Iman dan sesi-sesi yang disediakan menfokus kepada pembinaan iman. Objektif Kem Belia tahun ini adalah meneguhkan iman para belia, berkongsi pendapat dan pengalaman iman bersama, memupuk keinginan setiap belia untuk terus melayani, dan merayakan hari belia sedunia (WYD).
Sesi - sesi dalam kem ini dibahagikan kepada tiga topik utama yang berdasarkan kepada tema, Sesi pertama iaitu PERCAYA telah disampaikan oleh Uncle Francis Tan. Sesungguhnya setiap orang perlu percaya akan iman yang mereka miliki. Agar iman itu boleh dihidupkan. Namun setakat percaya itu tidak mencukupi. Belia perlu melakukan apa yang mereka percayai. Iman harus kelihatan dalam bentuk perbuatan kebajikan sesama manusia.
Sesi kedua iaitu LAKUKAN telah dikongsikan oleh Saudara George Bellyok atau lebih dikenali sebagai Bro. Bell di kalangan belia-belia Paroki Sandakan. Apabila iman itu sudah difahami, dimiliki dan dipercayai, maka iman itu sentiasa dalam devosi dan buah-buah Roh Kudus yang timbul merupakan perbuatan diperkongsikan kepada orang lain.
Selain itu, Bro. Bell juga mengajak para belia melalui 'tanda-tanda orang beriman' melalui 'jawaban doa' adalah merupakan 'karunia iman'. Iman timbul dari pendengaran akan Sabda, itulah sebabnya belia diajak kerap melakukan renungan Injil. Kuasa doa terbit kerana iman dan percaya serta berani melakukan permohonan meminta tolong dari Tuhan dalam Nama Yesus (Yoh 16: 23-24). 'Dunia itu' adalah 'diri sendiri' yang sukar ditakluk atau disangkal jika tanpa iman penyerahan diri kepada Tuhan, pengetahuan fakta dan hikmat Roh Kudus.
Selain itu, Bro. Bell juga mengajak para belia melalui 'tanda-tanda orang beriman' melalui 'jawaban doa' adalah merupakan 'karunia iman'. Iman timbul dari pendengaran akan Sabda, itulah sebabnya belia diajak kerap melakukan renungan Injil. Kuasa doa terbit kerana iman dan percaya serta berani melakukan permohonan meminta tolong dari Tuhan dalam Nama Yesus (Yoh 16: 23-24). 'Dunia itu' adalah 'diri sendiri' yang sukar ditakluk atau disangkal jika tanpa iman penyerahan diri kepada Tuhan, pengetahuan fakta dan hikmat Roh Kudus.
Sesi ketiga adalah KEMENANGAN. Sesi ini telah dikongsikan oleh Kakak Anna. Kemenangan boleh dicapai apabila ianya didorong oleh keinginan dan kesungguhan. Namun kemenangan sebenarnya adalah apabila orang yang beriman melakukan satu tindakan yang sesuai dengan apa yang diimaninya. Surat Yakobus 2 : 14 - 17 menyatakannya dengan begitu jelas sekali - IMAN TANPA PERBUATAN ADALAH MATI.
Diwaktu petang para peserta disajikan dengan aktiviti - aktiviti luar. Dalam aktiviti ini, para peserta diajakkan untuk mengaplikasikan tiga perkara yang disampaikan - PERCAYA, LAKUKAN dan KEMENANGAN.
Di sebelah malam, program seharian kem telah diakhiri dengan Doa Taize yang dipimpin oleh Sr. Lilian Unsoh dan diikuti dengan unggun api.
Wajah - Wajah Kemenangan |
Dalam Kem Belia ini tim penganjur mengambil kesempatan untuk merayakan hari jadi para belia yang lahir pada bulan April dengan cara yang istimewa. Jumpa lagi di Kem Belia St Mark Peter tahun hadapan!
No comments:
Post a Comment