Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 12, 2013

ULANG TAHUN KKD MERAK YANG KE - 6 dan PELANCARAN NAMA SANTO BENEDICT BAGI KKD MERAK

Sam Edisius


Sandakan - Pada 5hb April 2013 bersamaan hari jumaat, KKD Taman Merak telah merayakan ulang tahun ke-6 dan pelancaran nama Santo Benedict bagi KKD Taman Merak (induk). Acara berlangsung di kediaman keluarga Puan Dorothy Nieh di Taman Merpati pada jam 7.00 malam.
Perayaan Ekaristi KKD Taman Merak sempena ulang tahun yang ke-6 sekaligus pelancaran nama Santo induk KKD Taman Merak (KKD St Benedict Taman Merak) telah diselebrankan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil, Paderi Paroki Katedral St Mary Sandakan. Upacara pengutusan AJK KKD St Benedict juga diadakan dan disusuli dengan pemberkatan kediaman Puan Dorothy Nieh.
Kami bersyukur dan berterima kasih kepada Yesus kerana memberi kami kesempatan berkumpul bersama dalam satu keluarga yang besar untuk menyambut ulang tahun KKD Taman Merak sekaligus pelancaran nama Santo bagi KKD kami. Nama Santo Benedict ini diambil sempena memperingati Bapa Suci Benedict XVI
KKD Merak telah ditubuhkan pada 25 April 2007 bertempat di kediaman Puan Rosalind Hee dan telah dirasmikan oleh Rev. Fr. Simon Kontou. KKD Merak terbahagi kepada empat Taman iaitu Taman Merpati, Rajawali, Kenari dan Nuri dengan keahlian lebih kurang 45 buah keluarga. Tujuan penubuhan Komuniti Kristian Dasar ( KKD ) ini adalah untuk menyahut teras pastoral Diosis, di mana umat Allah diseru berjalan bersama sebagai satu komuniti di dalam iman, pengharapan dan cinta kasih.
Selain itu, KKD Merak juga telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi tujuan pembangunan iman di kalangan ahli-ahli KKD dan umat awam yang tinggal dalam kawasan taman tersebut. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh ahli-ahli KKD ini adalah mengadakan lawatan doa rosari di kalangan keluarga kristian, perkongsian alkitab, terlibat secara langsung dalam pelayanan liturgi dan terdapat juga beberapa ahli KKD ini termasuk belia terlibat dalam aktiviti katekatikal seperti pembimbing PMG di Gereja St Mark.
KKD ini juga telah menyediakan program sosial seperti gorong-royong, lawatan rohani dan mengadakan perayaan tahunan seperti perayaan Krismas, Pesta Kaamatan dan Hari Keluarga KKD Paroki untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli KKD yang lain. Semua aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar atas kerjasama ahli-ahli KKD yang di pengerusikan oleh Sdra. Robert Anun (2009-2011), Sdra. Matheus Sodomon (2009-2011), Sdra Anderis Majangkin (2011- September, 2012) dan Sdra. Arbah Louban mengambil ahli sebagai pemangku pengerusi sehingga kini kerana Sdra. Anderis telah berpindah ke Kota Kinabalu.
Kini, atas nasihat Rev. Fr. Philip Muji, Pembantu Rektor Paroki St Mary Sandakan (kini beliau berpindah ke Diosis Keningau), KKD Merak dibahagikan kepada lapan (8) zon. Ini di sebabkan keahlian KKD pada masa itu sangat ramai dan pembahagian kepada zon ini dapat memudahkan ahli-ahli mengadakan pertemuan mengikut kejiranan masing-masing. Setiap zon sekurang-kurangnya mempunyai 5 hingga 8 buah keluarga. Maka dengan ini lapan zon tersebut disatukan dalam satu KKD induk iaitu KKD St. Benedict Taman Merak. Kami berharap setelah AJK KKD ini diutus, kami dapat berjalan bersama dalam satu keluarga yang besar untuk menjadi pengikut Yesus yang setia dan melayani sesama untuk memantapkan lagi iman kami di mana saja kami melayani.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent