TAWAU (7 April 2013) – Pertemuan Dialog II yang telah dianjurkan oleh tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) Holy Trinity Tawau secara tahunan ini disokong penuh oleh para pemimpin gereja. Pertemuan singkat yang amat bermakna ini berlansung di Bilik Konferens Paroki Holy Trinity Tawau. Dialog ini merupakan dialog yang ke-2 pernah diadakan. Dialog yang pertama berlangsung pada tahun 2012. Misi utamanya masih kekal sama iaitu membantu tim KBP untuk berjalan bersama dengan barisan pemimpin gereja di paroki ini sebagai satu keluarga yang penuh dengan cintakasih Kristus di dalam pelayanan gereja.
Seramai 37 orang wakil menghadiri Dialog II tersebut. 16 orang daripadanya adalah pemimpin dari Majlis Pastoral Paroki (MPP), ministri dan kumpulan yang terdiri daripada Komiti Stasi Luar, Katekatikal, Ministri Kehidupan Keluarga Katolik (CFLM), Kerasulan Wanita Katolik (CWA), Legion of Mary (LOM), Komiti Pembaharuan Karismatik-Bahasa Melayu (CCR-BM), Komiti Liturgi, Tinimungan Umat KadazanDusun (TUKAD), Komunti Pastoral Indonesia (KPI), Komunti Pastoral Filipino (FPC), Komuniti Pastoral Cina (CPC), Komunikasi Sosial (SOCCOM) dan kehadiran Msgr. Nicholas Ong (Rektor Paroki), Fr. David A. Garaman (Pembantu Rektor), Sr. Rusiah FSIC, Sr. Liza FSIC, Seminarian Christopher Ireneus dan juga Sdra. Mario Domingo selaku Pengerusi Majlis Pastoral Paroki. Manakala yang selebihnya adalah tim KBP sebagai wakil pemimpin belia dari pelbagai kumpulan pelayanan.

Sesi dialog terbuka dijalankan sejurus selepas pembentangan perancangan pastoral KBP yang mengambil masa selama 1 jam 40 minit. Selesai sahaja dialog terbuka tersebut, maka Fr. David Garaman menjemput semua perwakilan untuk berdoa, Doa Kerasulan Belia Diosis Sandakan sebagai doa penutup dan diikuti sesi bergambar bersama.
Congratulation to Holy Trinity, Tawau and St Dominic, Lahad Datu PYA (KBP) Team. Thank you for the effort to journey in service with the whole church. I hope such dialogue can also be practice in St MArtin, Telupid and St Mary, Sandakan. Good Job!
ReplyDelete