Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Friday, April 19, 2013

YLC CLUB DI PAROKI KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN

Teks / Gambar oleh Airene A. Gumanas
Sandakan – Katedral St. Mary, Sandakan menjadi destinasi pertama siri lawatan Kerasulan Belia Keuskupan yang berlangsung pada 17 April 2013. Acara ini yang diadakan di Dewan Paroki telah berjaya menarik penyertaan seramai lebih kurang 25 orang ahli Kerasulan Belia Paroki.
Lawatan kali ini merupakan susulan dari Youth Leader’s Camp II yang telah diadakan di Paroki Tawau pada 23 hingga 27 Januari yang lalu. Sesi-sesi yang dijalankan oleh Anna Teresa Peter Amandus, Koordinator Kerasulan Belia Keuskupan sedikit sebanyak membantu para peserta khususnya mereka yang telah menyertai YLC II di Tawau mengimbas kembali pengalaman mereka. Ia juga bertujuan menyemarakkan kembali ‘api’ Roh Kudus setiap peserta demi meneruskan pelayanan di gereja, keluarga dan masyarakat.
Sesi pertemuan didahului dengan slot ‘Break the-Ice’ yang mampu membuat peserta lebih berkomunikatif lantas menjadi mesra. Acara seperti suai-kenal melalui tarian dan nyanyian serta fellowship secara potluck menampakkan kerjasama dan kesatuan dalam menjayakan YLC CLUB kali ini. Soalan-soalan renungan peribadi dan pelayanan banyak membantu para belia KBP Sandakan untuk merenung dan melihat keperluan serta memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada dalam pelayanan.
Peserta terdiri daripada Tim Rakan Belia Remaja, Belia-belia yang terlibat dalam Koir seperti Star of Yahweh Covenant Community, Taman Rimba Youth Choir, Junior Catholic Choir, Belia-belia KKD Taman Indah dan St. Benedict, Taman Merak, Belia-belia dari stasiluar, St. Paul, Ulu Dusun dan akhir sekali ahli-ahli Tim Kerasulan Belia Paroki. KBP Sandakan berharap dengan kehadiran para belia ia dapat meningkatkan semangat pelayanan di Paroki juga mengenal pasti keperluan para belia setempat. Semoga di masa hadapan melalui kerjasama daripada semua pihak, dapat melayani para belia seperti Yesus yang “datang untuk melayani dan bukan untuk dilayani.”
Sebelum bersurai, sesi ditutup dengan mendoakan Doa Kerasulan Belia Keuskupan dan akhirnya bergambar beramai-ramai. Semoga Tuhan terus memberkati Anna Teresa dan Sharon Tan yang melayani sepenuh masa di Pejabat Belia Keuskupan. Amen!

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent