Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 10, 2013

Hari Keempat ~ YouthPrepLink di Katedral St. Mary

Tim Dokumentasi
SANDAKAN : Pada hari keempat, 4 April 2013, peserta telah menghadiri misa harian yang dirayakan oleh Fr. Thomas Makajil pada pukul 6.30 pagi agar mereka mendapat sumber kekuatan rohani melalui Tubuh Kristus dan diikuti dengan sarapan pagi di Kantin St. Mary.
Kumpulan yang bertugas telah menyediakan recap, di mana mereka dapat mengimbas kembali  perkara yang mereka telah pelajari atau lalui di hari sebelumnya. Sesi yang pertama telah disampaikan oleh Seminarian Marthin Steven bertajuk "Seksualiti". Dalam sesi ini, Seminarian Marthin telah meminta semua peserta bersikap terbuka dan berfikiran positif. Seksualiti adalah aspek yang normal dalam proses perkembangan setiap remaja. Beliau juga menerangkan bahawa ia bukan sekadar seks tetapi ia meliputi perasaan, emosi, pemikiran dan tingkah laku sebagai seorang wanita atau lelaki.
Selepas makan tengahari, sesi "Let's Open Up" telah dikendalikan oleh Sr. Maria Dipal RGS. Dalam sesi ini, Sr. Maria telah menerangkan dengan lebih mendalam maksud Seksualiti. Sesi ini telah membantu para peserta lebih memahami maksud seksualiti. 
Selapas itu, sesi "Seks Sebelum Kahwin - Generasi Kini Dalam Risiko" telah disampaikan oleh Uncle Francis Tan.  Dalam sesi ini, ia juga menyentuh tentang kesan-kesan seks sebelum kahwin; aborsi, pembuangan bayi, penyakit kelamin, HIV/AIDS dan sebagainya. Semasa sesi ini dijalankan, beliau telah menayangkan beberapa klip video yang menarik dan pada masa yang sama ia telah memberi impak yang mendalam kepada semua peserta.  
Sesi diteruskan pada jam 7.30 malam, disampaikan oleh Shirley Joseph yang bertajuk "Hubungan Sihat Lelaki dan Perempuan". Dalam sesi ini, beliau menerangkan tentang peringkat-peringkat dalam sesebuah hubungan; Intelek, Etika, Fizikal, Sosial dan Emosi.
Selepas itu, para peserta telah dibawa untuk melalui satu proses dimana mereka diminta untuk menulis surat kepada anak-anak mereka di masa hadapan. Hari keempat ini, merupakan hari yang sangat bermakna buat semua peserta kerana di sini, mereka telah diberi kesedaran akan pentingnya untuk menghormati kawan yang berlainan jantina kerana semua mempunyai keunikan masing-masing. 

"Never compare your love story to those you watch in movies. They're written by scriptwriters,  yours is written by God" - Efren Penaflorida

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent