Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 26, 2013

YLC CLUB DI PAROKI ST MARTIN, TELUPID

Dokumentasi oleh: Javy James dan Mizy Mizearly Malek

ST. MARTIN TELUPID- Youth Leader's Camp II yang berlangsung pada 23 hingga 27 Januari 2013 di Gereja Holy Trinity, Tawau tidak berakhir pada waktu itu. YLC Club merupakan program susulan selepas YLC-II. Para pemimpin belia YLC II akan berkumpul bersama, merenung dan mengimbas semula perjalanan iman dan pelayanan mereka, tiga bulan selepas YLC II.
Seramai 32 peserta menyertai program ini di Gereja St. Martin Telupid yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin belia, pelayan altar, dan para belia yang baru berjinak - jinak dalam pelayanan. YLC Club ini telah dijalankan pada 21 April 2013 dan dikendalikan oleh saudari Anna Teresa dari Pejabat Belia Keuskupan sebagai fasilitator ditemani oleh saudara Gabriel D. Kiandee peserta YLC II dari Gereja Our Lady of Fatima, Beluran.
Acara dimulai dengan 'Time of Life' yang dipimpin oleh Kerasulan Belia Paroki Telupid (KBPT) diikuti sesi 'Ice Breaking' dan 'Fellowship'.
Sempena minggu Gembala Baik (Minggu Panggilan), Seminarian Stanley mengambil peluang untuk memberikan input dan perkongsian mengenai 'Panggilan' beliau sebagai seorang seminarian dan sekali gus mempromosikan panggilan sebagai paderi dan religius. Adalah menjadi harapan gereja agar belia  setempat dapat mendengar bisikan Tuhan dalam diri mereka dan menyahut panggilan itu dengan lebih terbuka dan berani.
Sesi kemudiannya diteruskan oleh saudari Anna. Dalam sesi ini, para pemimpin belia dibawa untuk mengimbas semula aktiviti sepanjang program YLC-II pada 23 - 27 Januari 2013 dalam bentuk video clip 'I Was Here'. Selepas itu belia di beri tugasan menyenaraikan semula apa yang berlaku sepanjang 3 bulan ini selepas YLC-II dalam sesi 'My Heartbeat'. Setengah jam selepas itu, para belia membuat perkongsian di antara sesama.
Tujuan sesi ini adalah untuk melihat kembali perjalanan iman dan pelayanan mereka melalui soalan - soalan renungan. Mereka diajak untuk merasai dan membuat kesimpulan dengan apa yang telah berkembang dan tidak berkembang dari segi kerohanian, perhubungan, pelayanan dan peribadi. Selain itu para belia juga diajak untuk melihat sepanjang 3 bulan itu apakah berkat - berkat yang diperolehi dan apa yang disyukuri serta apa yang perlu diperbaiki dalam diri mereka sebagai pemimpin belia.
Sesi ini amat sesuai kerana ia mampu mengeratkan lagi hubungan sesama belia sebagai satu keluarga tidak kira lama atau baru dan ini juga mampu menarik mereka untuk mengaktifkan diri dalam pelayanan belia. Selepas rehat selama 15 minit, sesi seterusnya di teruskan dengan 'Our Heartbeat' (Pastoral Planning). Dalam sesi ini, para pemimpin belia membuat perkongsian bersama dalam kumpulan berkaitan hubungan dengan ahli belia yang lain, kesan setiap program yang dianjurkan buat mereka secara peribadi dan tim, serta ekspresi para belia secara individu.
Di dalam sesi Kerohanian dan Perayaan, pemimpin belia diberi renungan semula secara peribadi. Antara renungan tersebut adalah, (1) Adakah program susulan YLC Club ini membantu pemimpin belia secara peribadi dan tim?, (2) Apa yang kami sebagai belia perlukan dari Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan? Secara keseluruhannya program susulan ini banyak membantu terutama sekali memberi ruangan untuk berkongsi pengalaman iman dan pelayanan secara mendalam antara satu dengan yang lain.
Sesi diakhiri dengan doa Belia Diosis, tarian 'Blessed Dance' dan kemudian makan istimewa bersama.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent