Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 11, 2013

Hari Kelima ~ YouthPREPLink di Katedral St. Mary, Sandakan

Tim Dokumentasi 
SANDAKAN : Pada hari kelima, 5hb April 2013, para peserta telah menghadiri misa pagi yang dirayakan oleh Fr. Thomas Makajil. Dalam homilinya, Fr. Thomas berkata bahawa ia telah menjadi satu tanda kepada umat Katolik untuk sentiasa mengabdikan dan mengamalkan firman Tuhan. Dalam kem ini, beliau beharap para peserta bukan sahaja dapat menemui Yesus dalam diri mereka tetapi merayakan cinta kasihnya kepada kita dalam Ekaristi. Yesus membantu kita dalam perjalanan hidup kita dan Dia sentiasa berada di sisi kita sepanjang masa. Beliau juga mengajak para peserta untuk berdoa agar kem ini mampu menjadi dorongan kepada mereka sebelum melanjutkan pelajaran di luar kawasan Diosis Sandakan.
Selepas misa dan sarapan pagi, para peserta telah dibahagikan kepada kumpulan lelaki dan perempuan. Pada masa ini, para peserta telah diberi peluang untuk meluahkan apa sahaja yang ada dalam hati mereka. Pada masa yang sama, para peserta telah diingatkan untuk menghormati setiap perkongsian yang dikongsikan bersama.
Sesi ketiga dan keempat adalah kelas Bahasa Inggeris. Kenapa kelas Bahasa Inggeris dijalankan? Remaja masa kini kurang fasih berbahasa Inggeris dan menyebabkan mereka hanya mahu mendekatkan diri kepada mereka yang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Pada masa yang sama, ia juga membantu mereka meningkatkan keyakinan diri. 
Pada sebelah petang, para peserta telah dibawa untuk bermain di luar kawasan dewan. Mereka telah dibahagikan kepada kumpulan Love, Hope, Faith dan Justice. Dalam permainan ini, tim penganjur telah menyediakan lapan stesen dan mereka harus melintasi semua halangan yang disediakan.
Pada sebelah malam, kelas Bahasa Inggeris sesi yang kelima dan keenam telah dijalankan dan diikuti dengan doa malam yang di pimpin oleh Sr. Lilian Unsoh FSIC. Selepas doa malam, satu kejutan buat sambutan hari jadi kakak Anna telah dibuat. Ia merupakan hari yang sangat indah buat semua tim penganjur dan semua peserta. Happy Birthday to you Kak Anna!!!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent