Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 12, 2013

Hari Keenam ~ YouthPREPLink di Katedral St. Mary's Sandakan

Tim Dokumentasi


SANDAKAN : Pada 6hb April 2013, hari keenam YPL3, sesi dimulakan dengan doa pagi. Selepas itu acara diikuti dengan sarapan pagi yang telah disediakan oleh Kerasulan Wanita Katolik, Katedral St Mary.
Sesi yang pertama, Kepenggunaan dan Alam Sekitar telah disampaikan oleh Spincer Nyahen. Beliau memulakan sesinya dengan persoalan ditujukan kepada para peserta ~ apa yang mereka mahu dalam hidup ini. Lalu, beliau telah menerangkan maksud "mahu" dan "perlu". Ia juga telah membantu para peserta untuk memahami lebih dalam dan lebih menghargai benda-benda yang mereka ada sekarang. Selepas itu, peserta telah dibawa untuk menjalani satu proses di mana mereka diminta mengira jumlah perbelanjaan yang dilaburkan oleh ibu-bapa buat mereka sejak mereka kecil. "Saya tidak dapat kira, terlalu banyak," kata seorang peserta. Ia juga telah memberi kesedaran kepada mereka akan lebih berjimat cermat dan hanya membeli apa yang perlu.
Pada sebelah tengahari, peserta telah menjalani satu retret. Mereka diminta untuk senyap agar ia dapat membantu mereka dalam merenung apa yang telah mereka pelajari selama 6 hari di dalam kem ini. Retret ini berlangsung selama tiga jam. Proses ini memberi satu impak yang besar kepada mereka. Pada masa inilah mereka boleh mengasingkan diri dari kebisingan dan kesibukan dunia.
Sesi pada sebelah malam, "Psycho-Aspek Kerohanian dan Pengislaman" yang telah disampaikan oleh Saudara Sixtus Amit. Beliau adalah seorang guru yang berasal dari Lahad Datu dan sedang mengajar di Beluran. Dalam sesi ini, Sixtus telah menerangkan bagaimana untuk terus teguh dalam iman ketika kita jauh dari keluarga atau komuniti kita.
Marieanna Michael dari St. Paul, Ulu Dusun
John Degullacion dari Katedral St. Mary
Selepas itu, peserta telah dibawa untuk mengimbas kembali hari-hari sebelum itu dan meluahkan segala perasaan yang terpendam di dalam mereka. Mereka telah diminta untuk meluahkan segala isi hati mereka kepada Tuhan melalui surat yang mereka karang. Sebelum mengakhiri malam tersebut, para peserta telah diberi kad keahlian YouthPREPLink.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent