Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 13, 2013

Hari Ketujuh ~ YouthPrepLink di Katedral St. Mary, Sandakan

Tim Dokumentasi


SANDAKAN : Program YPL peringkat 1 pada hari terakhir, 7hb April 2013 telah dimulakan dengan Centering Prayer pada pukul 7.30 pagi yang dikendalikan oleh Sr.Lilian Unsoh FSIC. Doa ini bertujuan untuk mengucap syukur atas rahmat pada hari-hari yang telah berlalu dan merenung kembali kebaikan Yesus Kristus sepanjang program tersebut.
Pada pukul 8.10am, para peserta mengambil sarapan pagi sebagai sumber kekuatan fizikal mereka pada hari tersebut. Pada masa yang selebihnya para peserta dapat mengisi masa mereka dengan membuat persiapan rohani sebelum menghadiri perjamuan Ekaristi pada 9.15 pagi. Masa yang terluang sebelum minum pagi telah diisi dengan Time of Life yang singkat yang dikendalikan oleh Anna Teresa. Ia disusuli dengan penerangan tentang Sistem Rangkaian/Sokongan yang boleh digunakan oleh para graduan YPL1. Sesi Evaluasi turut dijalankan bagi mengimbas apa kelebihan dan kekurangan program YPL1.
Sementara menunggu masa makan tengahari, para peserta dijemput untuk memberi perkongsian berkenaan dengan pengalaman mereka. Mereka yang membuat sharing adalah Mary Lyn Johanis, Constantine Benedict, Ar John Morela dan Gretchene Quirina Salipa. Sesi diteruskan dengan taklimat tentang YPL peringkat 2. Sesi ini telah mengenal pasti peserta yang akan mengikuti YPL2. Kumpulan yang telah dibahagikan iaitu Love, Faith, Justice dan Hope telah berbincang mengenai barang-barang yang diperlukan semasa Kem YPL2. Para peserta perlu mandiri semasa YPL2 sesuai dan selari dengan apa yang telah mereka pelajari semasa YPL1.
Joenatahn, peserta dari OLOF, Beluran.
Jell, wakil dari Pusat Kebajikan Good Shepherd 
menyampaikan sijil kepada Lilian Lee.
Daniel Zullian, peserta dari Sukang, Paitan.
Acara penyampaian sijil kepada para graduan YPL1 sebagai bukti mereka telah menghadiri sesi-sesi penting sepanjang Program YPL1 telah disempurnakan oleh Sr Lilian Unsoh FSIC dan Jell selaku wakil dari Pusat Kebajikan Good Shepherd. Sebelum bersurai, para peserta mengambil gambar beramai-ramai dan membersihkan ruang dewan juga tempat penginapan mereka.
 
Para peserta program YPL1 ini telah bertumbuh dan berbuah dalam Yesus Kristus dan kehadiran Yesus Kristus telah dapat dirasai oleh semua yang terlibat. YPL2 akan diadakan pada 6 - 12 May 2013 di St. Paul, Ulu Dusun. Akan tetapi, kem ini hanya dihadkan kepada graduan-graduan dari YPL1. Sehingga kita bertemu di YPL2!  Semoga Tuhan memberkati dan memelihara kita.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent