Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 15, 2013

Dialog II Belia Disokong Penuh Pemimpin Gereja

Oleh Roland Henry  
TAWAU (7 April 2013) – Pertemuan Dialog II yang telah dianjurkan oleh tim Kerasulan Belia Paroki (KBP) Holy Trinity Tawau secara tahunan ini disokong penuh oleh para pemimpin gereja. Pertemuan singkat yang amat bermakna ini berlansung di Bilik Konferens Paroki Holy Trinity Tawau. Dialog ini merupakan dialog yang ke-2 pernah diadakan. Dialog yang pertama berlangsung pada tahun 2012. Misi utamanya masih kekal sama iaitu membantu tim KBP untuk berjalan bersama dengan barisan pemimpin gereja di paroki ini sebagai satu keluarga yang penuh dengan cintakasih Kristus di dalam pelayanan gereja.

Seramai 37 orang wakil menghadiri Dialog II tersebut. 16 orang daripadanya adalah pemimpin dari Majlis Pastoral Paroki (MPP), ministri dan kumpulan yang terdiri daripada Komiti Stasi Luar, Katekatikal, Ministri Kehidupan Keluarga Katolik (CFLM), Kerasulan Wanita Katolik (CWA), Legion of Mary (LOM), Komiti Pembaharuan Karismatik-Bahasa Melayu (CCR-BM), Komiti Liturgi, Tinimungan Umat KadazanDusun (TUKAD), Komunti Pastoral Indonesia (KPI), Komunti Pastoral Filipino (FPC), Komuniti Pastoral Cina (CPC), Komunikasi Sosial (SOCCOM) dan kehadiran Msgr. Nicholas Ong (Rektor Paroki), Fr. David A. Garaman (Pembantu Rektor), Sr. Rusiah FSIC, Sr. Liza FSIC, Seminarian Christopher Ireneus dan juga Sdra. Mario Domingo selaku Pengerusi Majlis Pastoral Paroki. Manakala yang selebihnya adalah tim KBP sebagai wakil pemimpin belia dari pelbagai kumpulan pelayanan.
Pertemuan Dialog II dimulakan dengan mengambil kehadiran seawal jam 7.30 malam. Kemudian disusuli dengan pewartaan Injil dan doa pembukaan oleh Msgr. Nicholas Ong. Sebelum forum dialog terbuka bermula, Sdri. Felsa May selaku Koordinator Tim KBP sempat menyampaikan kata-kata aluan kepada semua perwakilan yang hadir serta memberi penerangan ringkas perjalanan dialog dan objektif utama Pertemuan Dialog II ini diadakan. Objektifnya adalah untuk membentangkan Perancangan Pastoral tim KBP sepanjang tahun 2013. Selain itu, menyuarakan atau mengongsikan keperluan, cabaran, idea dan bimbingan dari para pemimpin dari pelbagai ministri dan kumpulan di gereja dalam program belia serta mengongsikan dan meluahkan perasaan belia secara peribadi dalam pelayanan bersama dalam sesuatu ministri atau kumpulan. 
Pembentangan perancangan pastoral tim KBP yang telah disampaikan oleh Sdri. Naomi Francis dengan penuh keyakinan adalah cukup jelas. Ini menunjukkan bahawa para pemimpin belia begitu serius dan menitikberatkan keperluan belia setempat dengan merancang program mengikut kesesuaian peredaran masa dan had umur belia tersebut. Apa yang penting adalah semuanya akan berpusat kepada Kristus iaitu lebih memfokuskan kepada Ekaristi dan Firman Allah yang diselaraskan dengan tema Tahun Iman. Segala penyusunan program yang dijalankan ini juga adalah berdasarkan bimbingan Fr. David Garaman, para sister dan melalui rekoleksi tim pada hujung tahun lepas.
Sesi dialog terbuka dijalankan sejurus selepas pembentangan perancangan pastoral KBP yang mengambil masa selama 1 jam 40 minit. Selesai sahaja dialog terbuka tersebut, maka Fr. David Garaman menjemput semua perwakilan untuk berdoa, Doa Kerasulan Belia Diosis Sandakan sebagai doa penutup dan diikuti sesi bergambar bersama.

1 comment:

  1. Congratulation to Holy Trinity, Tawau and St Dominic, Lahad Datu PYA (KBP) Team. Thank you for the effort to journey in service with the whole church. I hope such dialogue can also be practice in St MArtin, Telupid and St Mary, Sandakan. Good Job!

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent