Fr Jasery, Fr Paul Lo, Sr Rusiah fsic bersama dengan ahli KBP
Lahad Datu - Untuk pertama kalinya pada 25 Feb 2010 - 26 Feb 2010, Kerasulan Belia Paroki St Dominic (KBP) telah mengadakan rekoleksi belia di Gereja St Dominic Lahad Datu semenjak penubuhannya pada 3 Oktober 2009.
Rekoleksi ini disertai oleh 25 orang belia termasuklah Sr Rusiah Garuk fsic selaku Penasihat Kerohanian Kerasulan Belia. Rekoleksi ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenali dengan lebih rapat antara semua ahli tim seraca peribadi dan rohani agar dapat berjalan seiringan dalam pelayanan Kerasulan Belia di paroki St Dominic.
Turut hadir dalam rekoleksi ini adalah Kordinator Kerasulan Keuskupan Sandakan, Anna Teresa Peter Amandus dan Rv Fr Paul Lo.
Sesi renungan dan pewartaan Injil
Sebelum rekoleksi ini dimulakan, acara BBQ dijalankan dan semua belia berpeluang untuk mengenali dan mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Setelah itu, sesi renungan dan pembacaan Injil turut dilakukan oleh Sr Rusiah fsic sebagai persiapan untuk menjalankan rekoleksi tersebut.
Sesi pertama iaitu "Me & Me" dikendalikan oleh saudari Yusvina Lasmin bertujuan untuk mngenali diri belia sendiri dengan sedalam-dalamnya. Semua belia diminta untuk merenung ranting pokok yang kosong dan mengambarkan diri belia seperti ranting itu.
Fr Jasery menyampaikan sesinya
Sesi kedua diteruskan dengan tajuk "Our Identity" disampaikan oleh Rev Fr Jasery Gabuk. Di sini, belia diminta untuk memahami maksud "kerasulan" iaitu melakukan kehendak Tuhan dan mewartakan Injil Yesus Kristus.
"Belia adalah aset dalam memajukan Gereja dan belia haruslah ingat bahawa kejayaan dalam pelayanan bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran belia dalam pelayanan mereka" kata Fr Jasery.
Hasil kerja kumpulan
Sesi ketiga yang bertajuk "Me & God" dikendalikan oleh saudara Arturo Teneros Jr dimana para belia diminta untuk merenung dan dan menyampaikan perhubungan mereka dengan Tuhan dengan gambar yang telah mereka lukiskan. Tayangan slaid tentang cerita pembentukan sebuah cangkir yang indah turut ditayangkan dan tayangan ini memberi impak yang mendalam dalam penbentukan diri belia.
Sr Rusiah fsic
Sesi diteruskan dengan tajuk "Me & You" di mana belia difahamkan bahawa tim adalah sebuah keluarga dan mewujudkan perhubungan dan persefahaman diantara tim adalah amat penting.
Sebagai penutup rekoleksi ini, Sesi Reconciliation & Affirmation dijalankan dan dikendalikan oleh Sr Rusiah.
Satu perkongsian
"Semoga kerasulan belia paroki yang telah dibentuk ini dapat berjalan bersama, senada seiringan, seia sekata dalam melakukan misi dan visi Tuhan." ujar saudari Yusvina.
Shirley Yong SDC Lahad Datu
No comments:
Post a Comment