Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 29, 2010

TEMURAMAH EKSKLUSIF SEMPENA PELANCARAN LOGO RASMI DAN PENGUTUSAN TIM KBK SANDAKAN




Bapa Uskup Julius Dusin Gitom


1. Apakah realiti belia Keuskupan Sandakan? (situasi masa kini)

Pada masa ini kita berhadapan dengan era globalisasi – dunia tanpa sempadan – maka kita bercakap tentang perdagangan tanpa sempadan, budaya tanpa sempadan dan juga terbuka  kepada berbagai kemungkinan. Ini bererti, dalam hal budaya belia, kita tidak lagi bercakap tentang budaya lokal tetapi budaya universal: tidak kira sama ada kita berada di Sandakan atau di Kota Kinabalu, di Kuala Lumpur, di Manila, di Bangkok, di Seoul, di London, dii New York dan sebagainya, budaya belia mempunyai banyak persamaan. Ini disebabkan, antara lain, maklumat mengalir begitu mudah sekali melalui “e-communication”. Realiti ini tidak semestinya mempunyai kesan yang menjurus kepada perkara-perkara negatif. Sebaliknya, kita harus mengakui manfaat yang kita perolehi daripada alat komunikasi moden ini. Apa yang nyata di dalam dunia tanpa sempadan banyak unsur (elements) yang turut mempengaruhi pembentukan pemikiran dan peribadi belia. Oleh itu pembentukan peribadi seseorang – the traditional formation of our young people – tidak lagi terhad pada cara yang bersifat konvensional iaitu keluarga dan sekolah. 

2. Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan mereka?

Masyarakat masa kini lebih menekankan kejayaan: pertama, pendidikan berorientasikan kecemerlangan dalam peperiksaan dan ini pula dikaitkan dengan “masa depan yang lebih terjamin”; kedua, dalam pekerjaan, prestasi dan produktiviti yang diutamakan oleh majikan tanpa mengira keperluan manusiawi; ketiga, budaya konsumerisme yang menekankan bahawa material sebagai sumber kebahagiaan dan menjadi kebanggaan kerana ia melambangkan status seseorang dalam masyarakat.
Sebenarnya semua perkara yang disebut di atas dengan sendirinya tidaklah salah dan dianggap “amoral”. Walaubagaimanapun situasi sedemikian akan menimbulkan persaingan yang tidak sihat di antara sesama belia…mereka bersikap “self-centered” atau bersifat individualistik, materialistik, mementing diri sendiri dan perkara “kesederhanaan” bukan lagi menjadi amalan. Hal-hal agama dan kerohanian pula dianggap sebagai perkara kedua. Apa yang harus ditekan berhubung dengan belia ialah nilai-nilai kemanusiaan, hidup berkomuniti, dan nilai-nilai kerohanian juga penting dalam kehidupan manusia.


3. Apakah cabaran-cabaran yang terpaksa mereka tempuhi demi terus teguh dalam iman dan kepercayaan Kristian Katolik? (tidak menjauhi Gereja)

Masalah sebenar ialah terletak pada tindakan Gereja yang melihat keperluan supaya para belia “tidak menjauhi Gereja”, maka segala aktiviti dirancang agar belia tetap berada dalam Gereja. Kita sering melihat “program khusus untuk belia” seperti konsert rohani, drama rohani, tarian, outing, menyertai kumpulan koir dan seumpamanya, hanya semata-mata agar belia tetap berada dalam Gereja. Realiti di luar Gereja ialah lebih banyak lagi perkara-perkara yang  menarik minat belia dari apa yang disebut sebagai “program khusus untuk belia” di dalam Gereja. Ini bererti Gereja harus bersaing untuk menarik minat belia supaya tetap berada dalam Gereja. Oleh yang demikian, menurut pendapat saya, Gereja harus melakukan sesuatu yang menjurus pada pembentukan iman belia dan bukan hanya berusaha mengumpul belia dalam Gereja.

4. Apakah pelan tindakan Bapa Uskup untuk membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah tersebut? – Bagaimana berhadapan dengan masalah-masalah itu?

Globalisasi adalah realiti yang tidak mungkin berundur dan Gereja tidak melihat realiti ini sebagai masalah tetapi melihatnya sebagai suatu kesempatan yang terbuka untuk menabur benih nilai-nilai Injil. Dengan itu rencana keuskupan untuk belia ialah membantu mereka untuk memahami peranan mereka sebagai penyampai atau agen-agen cinta kasih, iman dan pengharapan pada sesama belia di dalam era globalisasi.


5. Apa yang Bapa Uskup ingin Gereja lakukan demi menangani masalah tersebut daripada terus berleluasa? Apa yang Bapa Uskup harap Gereja dapat bantu/sokong demi mencapai hasrat Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan agar para belia bebas dari permasalahan tersebut, kembali ke Gereja, tumbuh dalam iman seterusnya berbuah bagi orang lain.

Sememangnya Gereja tidak dapat menyelesaikan setiap masalah belia yang ada. Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan ditubuhkan bukan semata-mata untuk membebaskan belia daripada segala bentuk masalah yang mereka hadapi, tetapi supaya belia mempunyai ruang untuk melayani sesama. 

6. Dengan tertubuhnya Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan, apa yang Bapa Uskup benar-benar ingin lihat pada situasi belia dalam tempoh 5 tahun akan datang? 

Harapan saya ialah agar belia teguh dalam iman, komited dalam pelayanan dan mempunyai budaya KEKITAAN & mengamalkan konsep BERPARTISIPASI.





Anna Teresa Peter Amandus
Kordinator
Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan
1. Apakah realiti belia Keuskupan Sandakan? (situasi masa kini)
- banyak boleh dilihat tapi yang paling ketara belia kini sedang hanyut dengan buaian dunia tanpa sempadan (globalisasi).

- Belia (terutamanya remaja) masa kini tidak seperti remaja-remaja dahulu (tahun 1980an). Tidak tahu kenapa mereka semakin lama semakin menjadi pemalu. Ini disebabkan mereka tidak bergaul dengan kawan sebaya:

1. Takut dibuli
2. Tidak yakin pada diri sendiri
3. Selalu main permainan komputer di rumah; menyebabkan mereka tidak mahu lakukan aktiviti luar.

- Ingin menonjolkan diri tapi tersilap langkah sebab tiada bimbingan.

- Belia dewasa yang bekerja dan berkahwin sudah kurang aktif melayani. Sentiasa memberi alasan “beri peluang kepada yang muda”.

- Belia yang sentiasa memberi alasan dalam hidup mereka.

2. Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan mereka?

- terlalu terikut-ikut dengan perasaan keinginan manusia duniawi (lust, money, arak, berjudi, malas dan sebagainya.)

- konflik diri sendiri.

- sentiasa mahu hidup senang

3. Apakah cabaran-cabaran yang terpaksa mereka tempuhi demi terus teguh dalam iman dan kepercayaan Kristian Katolik? (tidak menjauhi Gereja)

- cabaran untuk terus setia kepada Tuhan Yesus dan ajaran agama.

- kemiskinan (alasan tiada duit untuk datang ke gereja),

- Kesibukan (kerja lebih masa di office)

- anak-anak remaja datang ke gereja tapi duduk di luar sama juga maksudnya jauh dari gereja. Cabaran komuniti untuk memberi didikan agama yang baik kepada anak-anak mereka.

- cabaran untuk terus berdoa, membaca dan mengaplikasikan ajaran Kristus.

- pengaruh kawan yang bukan seagama / bercinta dengan orang yang bukan seagama.

- Kebebasan tidak terbatas.

4. Apakah pelan tindakan anda (sebagai pemimpin kerasulan belia paroki/ahli) untuk membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah tersebut? – Bagaimana berhadapan dengan masalah-masalah itu?

- Bukan mudah untuk menyelesaikan masalah orang namun tekad dan keikhlasan untuk membantu itu yang penting. Show that we care and love dan mewujudkan rasa dihargai, disayangi dan diperlukan di kalangan mereka yang bermasalah. Pendekatan belia ke belia melalui persahabatan dan selain itu merancang program belia mengikuti kesesuaian mereka.

5. Apa yang anda ingin Gereja lakukan demi menangani masalah tersebut daripada terus berleluasa? Apa yang anda harap Gereja dapat bantu/sokong demi mencapai hasrat Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan agar para belia bebas dari permasalahan tersebut, kembali ke Gereja, tumbuh dalam iman seterusnya berbuah bagi orang lain.

- masalah ini akan tetap dan sentiasa wujud. Kita boleh membantu tapi terpulang kepada individu itu sendiri untuk membantu diri mereka. Oleh itu apa yang gereja boleh lakukan ialah agar terus memberikan motivasi dan inspirasi kepada belia-belia ini. Ini adalah kerana belia – belia tertarik dengan inspirasi yang mana boleh membentuk keperibadian mereka secara tidak langsung.


- Gereja boleh membantu dari segi sokongan berterusan terhadap program yang diadakan. Terutama sekali dari segi kewangan, tempat dan tunjuk ajar yang baik. Kalau boleh melibatkan diri dalam aktiviti belia. Gereja sudah sedia maklum belia ini kuat, bertenaga, berbakat dan penuh dengan idea-idea baru namun belia tidak boleh bertindak dengan sendirinya. Belia memerlukan gereja untuk terus teguh dalam pelayanan seperti menghantar belia untuk training, pembentukkan iman dan sebagainya. Ini adalah supaya mereka didedahkan dengan pengalaman spiritual dan kehidupan. Pengalaman ini akan mematangkan mereka dan akan dapat mewarnai pelayanan mereka dalam menjangkau belia – belia yang memerlukan.


- Gereja juga seharusnya selalu berkomunikasi untuk mendekatkan jarak perhubungan di antara mereka dan belia. Kita sering lihat, belia hanya akan berkumpul dengan belia, dan orang dewasa sentiasa berkumpul dalam linkungan mereka
.

6. Sebagai seorang belia yang terlibat secara aktif di Gereja apakah yang harus anda lakukan untuk memperbaiki situasi belia di Keuskupan Sandakan?

- mengadakan konsultasi. Mendengar dan mengumpul data dari belia-belia pelbagai peringkat umur, bangsa dan status. Dari data – data tersebut kita boleh rancang bersama program dan melaksanakan pendekatan yang sesuai buat mereka semua.


7. Dengan tertubuhnya Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan, apa yang anda benar-benar ingin lihat pada situasi belia dalam tempoh 5 tahun akan datang?

- masih ada belia yang komited, masih ada belia yang datang ke gereja, masih ada belia yang melayani dan masih ada belia yang masih berjuang untuk belia.

- “untuk mengandaikan apa akan berlaku pada masa akan datang, kita harus memulakannya sekarang”. Sudah pasti kita tidak boleh mencapai 100% kejayaan tapi apa yang penting ialah proses pembentukan berterusan itu. Ramai yang dipanggil but few are chosen. Dengan harapan yang few dipilih ini akan dapat meneruskan matlamat gereja, matlamat KBK itu sendiri iaitu menyebarkan kebenaran firman Allah dan membawa perdamaian.
 
 
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent