Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 16, 2010

Sambutan Hari Keluarga IJCG


Sandakan : “Bersatu Sebagai Keluarga di dalam Iman, Harapan Dan Cinta-kasih Berpusatkan Kristus” itulah tema bagi Sambutan Hari Keluarga anjuran Kumpulan Koir IJCG (Indah Jaya Choir Group) yang diadakan pada 6 Februari 2010 bertempat di Dewan Paroki St. Mary Sandakan bermula jam
7.30 malam.

Majlis yang penuh meriah itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi IJCG Sdri. Ester Ekok, seterusnya Doa Pembukaan disempurnakan oleh. Rev. Fr. Thomas Makajil, jemputan khas pada malam itu bersama dengan Bishop Julius Dusin Gitom dan dihadiri bersama umat-umat setempat. 

Dalam ucapannya, beliau sempat memohon kebenaran dan restu dari Bapa Uskup Julius dan Rev. Fr. Thomas untuk pertukaran nama IJCG ke St. Cecilia Choir Group (SCCG) sempena Penaung bagi seluruh kumpulan koir Gereja. Kumpulah koir (Indah Jaya Choir Group) ini telah ditubuhkan pada bulan Mac 2001 oleh umat-umat belia yang menetap di Taman Indah Jaya, Sandakan pada masa itu, walaupun sehingga kini ahli-ahlinya terdiri dari merata tempat di kawasan  perbandaran Sandakan.

 
Antara aturcara yang telah berlangsung di pengacarakan oleh Sdr. Leonie Degullacion pada malam itu ialah Kuiz Alkitab (tebuka untuk kanak-kanak) dikendalikan oleh Sdr. Paulus Salin, persembahan pelbagai tarian oleh ahli-ahli keluarga termasuk kanak-kanak, Persembahan Nyanyian Karaoke oleh beberapa para jemputan dan Pertandingan Karaoke (terbuka) yang juga merupakan acara kemuncak pada malam itu.
       
Sambutan Hari Keluarga ini bertujuan memupuk semangat cinta kasih kekeluargaan antara sesama umat dan mengeratkan serta mengukuhkan lagi hubungan pelayanan kumpulan ini dengan umat-umat di Paroki St. Mary selain pengumuman pertukaran nama baru yang diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan Koir, Ester. Kumpulan ini juga mengalu-alukan penyertaan daripada belia dan umat-umat setempat yang berminat untuk menganggotai kumpulan koir ini.

Franco Amigo Jr.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent