Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 19, 2010

KERJASAMA BELIA KENINGAU DAN SANDAKAN PASTIKAN MYOM 2010 LANCAR



Sandakan : Rabu, 17 Mac 2010, Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Keningau (KKBKK) telah membuat kunjungan ke Sandakan khasnya untuk mengadakan mesyuarat persediaan Malaysian Youth Offices Meeting (MYOM) 2010 bersama Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan (KBKS).

MYOM akan diadakan di Sandakan pada 18-22 Oktober tahun ini. Beberapa belia yang mewakili setiap keuskupan di seluruh Malaysia akan menghadiri mesyuarat tersebut bagi membincangkan pelbagai isu mengenai belia di Malaysia.


Ketibaan para belia dari Keningau telah disambut oleh beberapa belia dan ahli Kerasulan Wanita Katolik Sandakan. Dimulai dengan makan malam bersama yang turut dihadiri oleh Yang Mulia, Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan Rev Fr Thomas Makajil. Selepas itu kesemua hadirin berkumpul di bilik mesyuarat keuskupan untuk memulakan mesyuarat persediaan MYOM 2010.

Mesyuarat bermula sekitar 8.15 malam dengan dimulai doa pembukaan dan renungan oleh Rev Fr Rudolf Spiritual Director KKBKK.


Antara topik perbincangan ialah mengenalpasti skop tugasan antara KBKS dan juga KKBKK. Mesyuarat sebulat suara bahawa belia Keningau dipilih menjadi tuan rumah untuk MYOM ini dan dibantu oleh belia Sandakan disebabkan penubuhan KBKS ini masih lagi baru dan belum bersedia serta belum pernah menghadiri MYOM sebelum ini. Walaubagaimanapun, kerjasama yang penuh akan diberikan oleh para belia dari kedua belah pihak bagi menjayakan MYOM tersebut.


Wilfred James

Saudara Wilfred James, Pengerusi KKBK Keningau telah mempengerusikan mesyuarat. Beliau menyatakan kesyukurannya atas penjelasan dan cadangan daripada meja mesyuarat terutama sekali kepada Bapa Uskup Julius yang banyak memberikan idea dan cadangan kepada mesyuarat kali ini.


Mesyuarat berakhir pada pukul 9.45 malam dengan diakhiri doa penutup oleh Bapa Uskup Julius.

Perwakilan KKBKK mengambil kesempatan ini untuk menghadiri pentahbisan Sem. David Aloysius Garaman yang akan menjadi Diakon pada 19 Mac 2010 bertempat di Katedral St Mary, Sandakan.

SOCCOM Sandakan





No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent