Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Tuesday, March 2, 2010

NOVENA PENGUTUSAN DAN PELANCARAN LOGO BELIA SANDAKAN

Tim Kerasulan Belia Katedral St. Mary's Sandakan sedang membaca doa Novena

Belia Katolik di empat buah Paroki dalam Keuskupan Sandakan sedang mengadakan Novena serentak samada berkumpulan atau individu bermula pada 25 Feb hingga 6 Mac di antara jam 7.30pm hingga10.00pm. Permohonan Novena agar Roh Kudus membuka hati para belia agar sudi menerima pengutusan dan kelancaran acara pada hari tersebut.  Mereka memilih doa-doa St. Maria Goretti penaung bagi belia.












Novena adalah merupakan doa pribadi atau doa bersama selama sembilan hari berturut-turut. Novena berasal dari kata Latin “novem” yang ertinya “sembilan”. Tradisi Novena berasaskan pada peristiwa Kenaikan Tuhan Yesus, Tuhan memberikan Perutusan Agung kepada para rasul, dan kemudian menyuruh mereka untuk kembali ke Yerusalem dan menunggu datangnya Roh Kudus


Dalam Kitab Kisah Para Rasul dicatat, “Maka kembalilah rasul-rasul itu ke Yerusalem dari bukit yang disebut Bukit Zaitun, yang hanya seperjalanan Sabat jauhnya dari Yerusalem. Mereka semua bertekun dengan sehati dalam doa bersama-sama” (Kis 1:12, 14). Sembilan hari sesudahnya, Roh Kudus  turun atas para rasul pada hari Pentakosta.

Motif Novena adalah memohon kesucian dan kasih yang menghibur kepada Hati Kudus Yesus.  Kasih, kesetiaan dan ketaatan kepada Tuhan serta sanggup berkorban untuk mengatakan tidak kepada perbuatan dosa. Doa permohonan dalam Novena berbeza dari hari ke hari. Permohonan seterusnya ialah ingin menjadi model yang mengasihi kepada ibu bapa. Memohon bantuan Roh Kudus supaya  dapat mengatasi sifat yang mementingkan diri sendiri disamping dapat menghidupi suara kebenaran. Berdoa untuk penyangkalan diri agar jangan dilalaikan oleh penghiburan pancaindera yang berlebihan. Memohon kepada Roh Kudus supaya pribadi menjadi intim dengan Yesus.

Doa permohonan syukur atas segala rahmat Tuhan yang diterima dan mengkongsikan kegembiraan bersama. Belia juga berdoa agar sesama teman saling membantu dalam masa kesusahan dan kesedihan agar keyakinan kepada kasih Tuhan semakin kukuh.

Pada 6 Mac (Sabtu).  Para pemimpin belia dari Paroki Tawau, Lahad Datu dan Telupid dijangka tiba sebelum jam 5.00 petang. Sebelum 'Makan Malam'  pada jam 7.00 malam diadakan suai kenal. Kemudian sesi renungan "kenapa kita perlu diutus" yang akan disampaikan oleh Bro. David Garaman. Seterusnya mendalami maksud logo sebelum doa malam.
Dijangka 300 belia akan hadir untuk menyaksikan peristiwa ini. Belia diajak  merenung 'transition' yang akan disampaikan oleh Sr. Lilian U fsic. Pengutusan dan pelancaran logo belia akan disempurnakan oleh Bapa Uskup Julius Gitom.

2 comments:

  1. Oh ya, just correction....the patron saint for youth is Santa Maria Goretti, not Santo Maria Garrote...

    ReplyDelete
  2. Thank you dear Hailey for highlighting the spelling of the patron Saint. We have amended the said spelling. God bless

    ReplyDelete

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent