Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label NEWS UPDATE ~ LAHAD DATU. Show all posts
Showing posts with label NEWS UPDATE ~ LAHAD DATU. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Lawatan KBP St Dominic Lahad Datu ke Outstasi Sandau



Lahad Datu    -    Seramai 12 orang ahli Tim Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu telah mengadakan lawatan ke salah satu outstasi iaitu Chapel St Petrus, Ladang Sandau pada 16 Oktober 2011. Lawatan ini bertujuan untuk mengenali belia-belia dan tim belia bagi oustasi ini. Ladang Sandau terletak di jalan Sandakan-Lahad Datu dan  perjalanan mengambil masa hampir sejam.
Nyanyian Lagu Pujian
Perkumpulan
Lawatan ini dimulakan dengan Ibadat Sabda yang di pimpin oleh Sr Slyvia fsic, dan disusuli dengan jamuan makan, nyanyian lagu-lagu pujian dan sesi perkongsian. Semasa perkongsian, para belia di outstasi ini dapat berinteraksi dengan lebih intim dan aktiviti belia yang telah dijalankan juga dapat merapatkan hubungan belia setempat. Selain itu, mereka juga berpeluang membincangkan kaedah kerjasama antara KBP dan Tim Belia setempat demi kemajuan dan kebaikan bersama.

Sesi Perkongsian



Tim belia outstasi Sandau berharap agar pada masa akan datang, TKBP akan lebih kerap mengadakan lawatan ke chapel mereka sekaligus membantu dan membimbing mereka dalam penganjuran aktiviti belia bagi pertumbuhan iman dan kesatuan di kalangan belia outstasi ini.

SOCCOM
Lahad Datu

Wednesday, September 14, 2011

I am special



Lahad Datu - Sebagai kunjungan susulan dari lawatan pertamanya pada 24 Julai 2011, sekali lagi saudari Anna Teresa Peter Amandus, selaku Pengarah Pejabat Belia Diosis telah melawat Kerasulan Belia Paroki St Dominic pada 23 Ogos 2011 bertempat di dewan gereja dengan tema " I am Special"




Antara yang hadir ialah Sister Rusiah fsic, ahli-ahli tim KBP dan beberapa belia yang terpilih. Perjumpaan ini dimulakan dengan doa yang dipimpin oleh Sister Rusiah. Kemudian disusuli dengan beberapa permainan seperti belon keretapi dan "X" Games. Perjamuan ringan turut disediakan.
Para belia kemudiannya diberi sedikit taklimat mengenai "I am Special". Para belia dibawa merenung akan keistimewaan diri masing-masing dan menyedari bahawa hadiah terbesar yang Tuhan telah berikan adalah diri kita masing-masing. "Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri" Kej 1:27

Melalui saat kegelapan dan "Terowong Kehidupan" bukan lah satu perkara yang mudah namun bagi para belia, ianya berhubungkait dengan realiti kehidupan pada masa kini. Ramai belia yang tersentuh dalam sesi ini dan diantaranya diberi peluang untuk membuat perkongsian akan pengalaman mereka.
Lawatan ini diakhiri dengan lagu pujian, doa penutup dan sesi bergambar bersama-sama.
Soccom SDC Lahad Datu

Wednesday, September 7, 2011

Lawatan Sambil Belajar Memperkaya Ilmu Serta Mempereratkan Hubungan


Sebastian Francis (tengah) bersama para pembimbing PMG (BM) Lahad Datu
Pertemuan Minggu Gembira Bahasa Malaysia (PMG – BM) dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu telah mengadakan satu lawatan ke Gereja The Blessed Sacrament, Labuan pada 26hb – 28hb Ogos, yang di ketuai oleh Sdra. Sebastian Jude Francis selaku Pengerusi PMG-BM bersama dengan 12 orang pembimbing PMG Lahad Datu.
Bertolak dari Gereja St. Dominic pada 26hb Ogos jam 9.00mlm, rombongan selamat tiba di Labuan pada 27hb Ogos lebih kurang pukul 6.30 ptg di Pelabuhan Labuan dari Menumbuk. Penat lelah akibat perjalanan yang jauh hilang sebaik sahaja disambut meriah oleh Komiti Katekatikal Paroki Labuan yang telah menyediakan jamuan makan malam bersama.
Lawatan singkat ini dimulakan dengan sesi suai kenal antara kedua belah pihak dan seterusnya sesi perkongsian pengalaman dalam membimbing kanak-kanak di paroki masing-masing. Selain dari itu, saling bertukar-tukar pendapat antara sesama pembimbing yang telah berjalan dengan baik dan sedikit sebanyak dapat menambah ilmu di dada tentang pelayanan di paroki masing-masing.
Pada keesokan harinya iaitu 28hb Ogos,  rombongan  PMG-BM menghadiri Misa Kudus yang dirayakan oleh Rev. Fr. Fundes Motiung, di mana beliau mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Keuskupan Sandakan. Sebaik sahaja selesai Misa Kudus,  para pembimbing PMG – BM Lahad Datu telah dibawa melawat beberapa bilik darjah PMG. 
Sdra Damian Markus Pengerusi Katekatikal Gereja The Blessed Sacrament, Labuan
Jutaan terima kasih kepada rector paroki Labuan, Fr Fundes Motiung yang memberikan kebenaran untuk lawatan ini, dan tidak lupa juga kepada Timbalan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Labuan yang turut serta dan kepada Komiti Katekatikal Paroki Labuan, dan juga kepada Sdra. Damian Markus yang telah bersusah payah dalam membantu dalam lawatan ini.
Pada sesi malam beramah-mesra, Pengerusi PMG dari Paroki St. Dominic telah menyampaikan cenderakenangan dari PMG –BM Lahad Datu kepada Pengerusi PMG, Labuan.

Soccom SDC Lahad Datu

Saturday, September 3, 2011

Aktiviti Sempena Hari Paroki St Dominic Lahad Datu



Atas (Kiri) - Fr Simon Kontou (tengah) bersama Rikkie dan Vicky

Lahad Datu - Sempena sambutan Hari Santo Dominic 8hb Ogos, Kerasulan Belia Paroki St Dominic telah menganjurkan pertandingan Futsal pada 21 Ogos 2011 di Dynason Futsal Court yang terletak sejauh 5km dari Gereja. Sebanyak 16 kumpulan lelaki dan enam kumpulan wanita yang menyertai pertandingan ini.

Antara pemenang-pemenang bagi pertandingan ini adalah :-
Lelaki
Tempat pertama        = Pius FC
Kedua                      = Oppu Allat S8
Ketiga                      = KDFC


Perempuan
Tempat pertama       = Virus FC
Kedua                     = KDFC
Ketiga                     = Tite Hena
Selain dari pertandingan futsal, "3 on 3 Basketball" turut dipertandingkan pada 13 Aug 2011, 20 Aug 2011 dan 25 Aug 2011 di gelangang bola keranjang Gereja St Dominic. Sebanyak 12 kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan telah menyertai pertandingan ini.
Pemenang bagi pertandingan ini adalah :-
Lelaki
Tempat pertama        = De Max
Kedua                      = LD Heat
Ketiga                      = Lugai-Lugai


Perempuan
Tempat pertama       = Purple All Star
Kedua                     = City Ladies
Setiap pertandingan ini dimulakan dengan doa dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Rev Fr Simon Kontou dan Rev Fr Marcelinus Pongking serta beberapa ahli dari MPP. Kedua-dua pertandingan ni adalah sebagai lanjutan perayaan Hari Paroki St Dominic sepanjang bulan Ogos serta telah membina persahabatan di antara semua pemain yang menyertainya. Semoga semangat berpasukan yang dipupuk melalui permainan ini dapat dimanfaatkan bagi pelayanan di Gereja.

Soccom SDC Lahad Datu

Saturday, June 18, 2011

Salib Belia Menggegarkan Belia Lahad Datu

SALIB BELIA SAMPAI: Belia Katolik Tawau menyerahkan Salib Belia kepada Belia Lahad Datu di hadapan Gereja St. Dominic, Lahad Datu.
Lahad Datu : 12 Jun 2011.  Hari Minggu Pentakosta. Umat Katolik St. Dominic Lahad Datu telah mendapat rahmat kerana kehadiran Salib Belia beserta dengan ikon Bunda Maria. Sebelum ini pelancaran Sabah Youth Day kali ke 3 (SYD3) telah diadakan pada 15 Mei 2011 bertempat di Gereja St. Peter Claver, Ranau. Sabah oleh Yang Mulia Uskup Agung John Lee.


Perhentian Pertama Perjalanan Salib Belia di Seluruh Negeri Sabah adalah di Paroki Holy Trinity Tawau dan seterusnya Perhentian Kedua diadakan di Paroki St. Dominic Lahad Datu. 


Rombongan Belia Gereja Holy Trinity, Tawau telah sampai di Jalan Manik  (berdepan dengan S.K. St. Dominic) sekitar jam 8.30 pagi. Perarakan Salib Belia dengan ikon Bunda Maria diiringi dengan paluan gong dari Komiti Tukad, dan Tarian Hedung oleh para belia.
Upacara penyerahan Salib Belia telah dilakukan di hadapan St. Dominic Lahad Datu. Disambut oleh Belia Lahad Datu. Saudari Felsa May Bontilau bagi pihak belia Holy Trinity Tawau telah menyerahkan Salib dan Ikon tersebut kepada saudari Angelika Luna sebagai wakil penerima Belia St. Dominic Lahad Datu
Salib Belia dipersembahkan ke Altar. Salib mampu memberi beribu mesej kepada manusia melalui renungan.
Tarian Timur oleh para belia telah mengiringi perarakan Salib Belia ke pintu Gereja dan seterusnya Perayaan Misa Kudus dijalankan. Ramai belia telah hadir termasuklah para belia dari Katedral St.Mary Sandakan, outstasi Lahad Datu dan sekitarnya turut hadir dalam  Misa Kudus tersebut.
Gereja Lahad Datu adalah merupakan Perhentian Salib Belia Kedua selepas Tawau.  Kehadiran Salib Belia menyemerakkan lagi semangat tranformasi Belia Katolik disertai dengan penghayatan tema:
RENUNGAN SABDA TUHAN :  Yohanes 19:36 - 37 Sebab hal itu terjadi, supaya genaplah yang tertulis dalam Kitab Suci: "Tidak ada tulang-Nya yang akan dipatahkan."  dan "Mereka akan memandang kepada Dia yang telah mereka tikam." (Yesaya 53)


Pada penghujung misa, ucapan telah disampaikan oleh koordinator Tawau, koordinator Lahad Datu dan pembantu rektor Fr. Marcellinus Pongking.  Saudari Felsa berharap agar Salib Belia ini dapat memberi pengertian yang mendalam kepada para umat dan para belia khasnya dalam meneguhkan iman mereka. 
Fr. David Garaman selaku pembimbing Rohani Belia Keuskupan Sandakan adalah juga merupakan Ahli Komiti Utama Pelaksana Pesta Sabah Youth Day Kali Ke 3 yang akan di adakan di Holy Cross Toboh, Tambunan pada Ogos 2012.
Fr. Marcellinus Pongking
Saudari Angelika Luna menyatakan kegembiraan atas kehadiran Salib Belia dan Ikon Bunda Maria berada di paroki Lahad Datu selama 5 minggu. "Kiranya para belia dapat memahami mesej yang dibawa oleh Salib Belia". Katanya.  "Belia akan mengalami 'kebangkitan baru' bersama Yesus yang telah mati untuk dosa-dosa kita" tambahnya lagi. Selaku pemimpin belia di tempat itu beliau berkata: "Saya juga merasa bangga kerana sambutan belia terhadap Salib Belia dan ikon Bunda Maria di luar jangkaan." 


Seterusnya Fr. Marcel dalam ucapannya berharap agar tema yang telah dipilih Paus Benedict XVI SYD-3 itu dapat dikatekisis dengan baik dan dihayati oleh para belia.
 
AKTIVITI BELIA DI DEWAN PAROKI ST. DOMINIC LAHAD DATU
Belia berkumpul di dewan St. Dominic Lahad datu

Salah satu kumpulan belia sedang mempersembahkan bakat mereka
Belia Katolik sedang menyanyikan lagu aksi pujian kepada Tuhan
Selepas sahaja makan tengahari yang telah disediakan oleh Kerasulan Wanita Katolik Lahad Datu. Acara pentas telah dimulakan dengan lagu-lagu rohani. Katekisis singkat telah disampaikan oleh saudari Angelika Luna.  Saudara Teodulfo Rosalia mempersembahkan slide show mengenai World Youth Day.  Sketsa turut dilakonkan oleh belia dari Gereja St. Dominic. Akhir sekali adalah penyampaian cenderakenangan yang disampaikan oleh Ko-ordinator Lahad Datu kepada Ko-ordinator Tawau. 
Angelika Luna sedang menyampaikan cenderakenangan kepada Felsa
Sejarah Belia di Gereja St. Dominic dari SYD1 hingga treler SYD3 juga ditayangkan oleh saudari Shirley Yong dalam bentuk slide show
Lagu tema Syd-3 dinyanyikan dan doa penutup oleh Paderi, Fr. David A. Garaman.
 
SOCCOM Lahad Datu

Thursday, June 16, 2011

Membantu Kanak-Kanak Tumbuh Dalam Iman - Tanggungjawab Kita Bersama

Para pembimbing bersama kanak-kanak PMG di Gereja St Peter, Kunak
Lahad Datu: Lawatan ke stasi St. Angeline Madai dan St. Peter, Kunak pada Ahad 29hb Mei 2011 merupakan salah satu program tahunan dalam diari Pertemuan Minggu Gembira Bahasa Malaysia Gereja St. Dominic bagi tahun 2011 ini.
Pertemuan di St Angeline,Madai
Perjalanan menggunakan kenderaan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari pekan Lahad Datu ke Madai dan seterusnya dari Madai ke St. Peter, Kunak mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Berganding tangan dalam lagu beraksi 'Kita adalah Satu'
Lawatan yang diadakan selama setengah hari tersebut bertujuan meninjau kaedah dan pendekatan bimbingan yang diaplikasikan para pembimbing outstasi membimbing kanak-kanak Pertemuan Minggu Gembira selain dari  berkenalan dengan lebih mesra di antara satu sama lain.
Para Guru Pembimbing mengajak peserta kanak-kanak bernyanyi mengikuti aksi
Lawatan ini yang dihadiri oleh majoriti pembimbing PMG Lahad Datu disambut dengan baik oleh setiap outstasi yang dilawati. Aktiviti ini memberi ruang bagi setiap pembimbing bertukar-tukar pendapat di samping meningkatkan lagi keberkesanan cara penyampaian demi faedah kanak-kanak PMG.

SOCCOM Lahad Datu

Monday, January 10, 2011

MAJLIS KESYUKURAN NATAL OLEH PELAYAN KOIR LAHAD DATU

Seminarian Martin Steven mengucapkan doa syukur
26 Dec 2010 - Natal hari ke2, pelayan Koir paroki St Dominic, Lahad Datu mengadakan Jamuan Makan Malam Kesyukuran bertempat di dewan gereja.


Walaupun Majlis ini dihadiri oleh 12 orang sahaja, namun kemeriahan Natal tetap dirasai dan disambut sederhana dengan kegembiraan serta bermakna. Turut hadir bersama Rektor paroki Rev Fr Simon Kontou dan Seminarian Martin Steven bakal memasuki tahun ke dua Teologi di kolej Santo Petrus Kuching tahun ini.


Majlis ini adalah merupakan aktiviti tahunan bagi pelayan koir St Dominic sempena Natal disamping terus mengeratkan perhubungan di antara ahli pelayan koir.  Makan malam ini dilakukan secara potluck. Antara aktiviti ialah pertukaran hadiah dan sesi bergambar.

Saudari Maria Gorrety Peter Amit selaku koir master turut mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan masa dan suara dalam menjayakan koir bagi Malam Natal dan Hari Natal serta sepanjang tahun kepada pelayan koir yang terlibat.

Harapan beliau agar pelayanan sedemikian rupa diteruskan demi memuliakan dan meninggikan nama Yesus dalam nyanyian dan terus berkembang dalam pelayanan koir di paroki ini.

Juliana Hedrikus

Thursday, June 17, 2010

Satu lagi perspektif tentang projek 'mudballs' di Lahad Datu

Mudballs Eco Environment Event : merupakan satu aktiviti amal dan sukarela untuk menyokong sahutan NGO (Green Surf), iaitu satu pertubuhan bukan kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin dalam pemulihan alam sekitar di Sabah.

Tuesday, June 8, 2010

KHEMAH SUARA DUNIA BELIA LAHAD DATU


Paroki St. Dominic Lahad Datu. 4-6 Jun 2010. Lebih 300 belia telah menyertai Khemah Suara Dunia Belia. Program ini mengajak para belia mengenali dunia belia dan cabarannya masa kini. 

Saturday, April 17, 2010

Perayaan Liturgi Minggu Suci di Gereja St Dominic, Lahad Datu


Lahad Datu - Khamis Putih adalah hari Khamis dalam Minggu Suci, atau hari pertama dalam Triduum Paska (Holy Triduum). Pada hari ini, kita diajak untuk memperingati dan merayakan malam terakhir yang diadakan oleh Yesus bersama para rasul.

Seramai 12 orang umat terpilih untuk pembasuhan kaki yang dilakukan oleh Rev Fr Simon Kontou. Dalam homilinya,  Fr Simon mengalakkan umat untuk melakukan pembasuhan kaki di kalangan ahli keluarga masing-masing.agar kta sama seperti Dia, dapat mengasihi dan melayani antara satu dengan yang lain.





2hb April 2010 adalah hari Jumaat Agung di mana kita mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan Yesus Kristus dalam penebusan umat manusia. Perjalanan Jalan Salip pada Jumaat Agung dijalankan di tempat kediaman saudara Edwin Kouju di KM Jalan Sandakan-Lahad Datu pada pukul 7 pagi. Manakala misa sembayang Jumaat Agung dimulakan pada pukul 2 petang dan 5 petang.




Malam Paskah disebut 'Sabtu Suci' atau “Vigili Paskah”. Vigili Paskah bererti berjaga bersama Yesus Kristus yang  beralih dari kematian menuju kebangkitan. Perayaan Malam Suci Paska dirayakan bersama Rev Fr Jasery Gabuk yang bermula dari gelanggang bola keranjang gereja dengan nyalaan api Lilin Paska. Tahun ini, lebih 100 katekumen IKD dan IKK dibaptiskan di Gereja St Dominic.

Oleh Shirley Yong

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent