Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 7, 2011

Lawatan Sambil Belajar Memperkaya Ilmu Serta Mempereratkan Hubungan


Sebastian Francis (tengah) bersama para pembimbing PMG (BM) Lahad Datu
Pertemuan Minggu Gembira Bahasa Malaysia (PMG – BM) dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu telah mengadakan satu lawatan ke Gereja The Blessed Sacrament, Labuan pada 26hb – 28hb Ogos, yang di ketuai oleh Sdra. Sebastian Jude Francis selaku Pengerusi PMG-BM bersama dengan 12 orang pembimbing PMG Lahad Datu.
Bertolak dari Gereja St. Dominic pada 26hb Ogos jam 9.00mlm, rombongan selamat tiba di Labuan pada 27hb Ogos lebih kurang pukul 6.30 ptg di Pelabuhan Labuan dari Menumbuk. Penat lelah akibat perjalanan yang jauh hilang sebaik sahaja disambut meriah oleh Komiti Katekatikal Paroki Labuan yang telah menyediakan jamuan makan malam bersama.
Lawatan singkat ini dimulakan dengan sesi suai kenal antara kedua belah pihak dan seterusnya sesi perkongsian pengalaman dalam membimbing kanak-kanak di paroki masing-masing. Selain dari itu, saling bertukar-tukar pendapat antara sesama pembimbing yang telah berjalan dengan baik dan sedikit sebanyak dapat menambah ilmu di dada tentang pelayanan di paroki masing-masing.
Pada keesokan harinya iaitu 28hb Ogos,  rombongan  PMG-BM menghadiri Misa Kudus yang dirayakan oleh Rev. Fr. Fundes Motiung, di mana beliau mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Keuskupan Sandakan. Sebaik sahaja selesai Misa Kudus,  para pembimbing PMG – BM Lahad Datu telah dibawa melawat beberapa bilik darjah PMG. 
Sdra Damian Markus Pengerusi Katekatikal Gereja The Blessed Sacrament, Labuan
Jutaan terima kasih kepada rector paroki Labuan, Fr Fundes Motiung yang memberikan kebenaran untuk lawatan ini, dan tidak lupa juga kepada Timbalan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Labuan yang turut serta dan kepada Komiti Katekatikal Paroki Labuan, dan juga kepada Sdra. Damian Markus yang telah bersusah payah dalam membantu dalam lawatan ini.
Pada sesi malam beramah-mesra, Pengerusi PMG dari Paroki St. Dominic telah menyampaikan cenderakenangan dari PMG –BM Lahad Datu kepada Pengerusi PMG, Labuan.

Soccom SDC Lahad Datu

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent