TAWAU: Pada 26hb – 28hb Ogos 2011 Komisi Katekatikal Keuskupan Sandakan telah menganjurkan satu retret untuk para katekis dari empat parokinya.
Retret yang julung kalinya diadakan itu mengambil tempat di Shan-Shui Golf Resort, Tawau. Seramai 149 wakil hadir iaitu 44 dari Paroki Katedral St. Mary, Sandakan, 38 dari Paroki Holy Trinity, Tawau, 33 dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu dan 34 dari Paroki St. Martin, Telupid. Fasilitator adalah Rev. Fr. Boniface Kimsin dari Holy Cross, Toboh, Tambunan. Manakala, Komiti Utama Penganjur adalah terdiri daripada Paroki Tawau yang diketuai oleh saudara Danny Carreon.
Sewaktu Misa Kudus Pembukaan. Fr David Garaman (Hijau). |
Sr Veronica Kandaung, fsic selaku Pengarah Pejabat Katekatikal dan Pengerusi Komisi Kateketikal Keuskupan Sandakan dalam ucapan alu-aluannya, berterima kasih buat semua yang hadir pada hari tersebut, kepada Bapa Uskup Julius Dusin Gitom kerana telah memberi izin dan sokongannya agar retret tersebut dapat dianjurkan dan juga buat Rev. Fr. Boniface kerana sudi menerima jemputan sebagai fasilitator bagi retret ini. Beliau turut bersyukur kerana Rev. Fr. David ada bersama bagi menyempurnakan Misa Kudus Pembukaan. Sr Veronica memberitahu bahawa retret tersebut telah dirancang sejak tahun lalu lagi. Kemudian, beliau memperkenalkan para hadirin serba sedikit mengenai latar belakang Fr Boniface iaitu:-
1. Asal : Kuala Penyu
2. Pelayanan : - Pernah bertugas di beberapa paroki di seluruh Sabah.
- Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pastoral.
- Kini merupakan Rektor di Paroki Holy Cross, Toboh, Tambunan.
- Dua kali berturut-turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Katekatikal Malaysia (4 tahun).
- Pernah menjawat sebagai Pengarah Pusat Pastoral Keningau (PPK).
- Mempunyai pengalaman dalam Asian Integral Pastoral Approach (AsIPA), BEC/KKD.
- Pernah melanjutkan pelajaran di Roma dalam bidang Teologi.
Sr. Veronica berharap agar dengan pengenalan ringkas tersebut dapat membuat para peserta berasa tidak asing bagi Fr. Boniface dan dapat menerima dengan sebaik-baiknya segala apa yang Fr. sampaikan sepanjang sesi retret ini.
Danny Carreon memberi taklimat mengenai keselamatan dan kemudahan yang disediakan oleh Komiti Penganjur. |
Msgr. Nicholas Ong memberi kata-kata aluan kepada para hadirin. |
Sewaktu Sesi Pertama Fr Boniface Kimsin (Gambar di tengah dan kanan bawah). |
Fr. Boniface memulakan sesi untuk hari pertama retret dengan topik berikut:
Jumaat, 26hb Ogos 2011 Sesi 1: MISIOLOGI DAN PENGINJILAN
• Penginjilan adalah aktiviti yang menghidupkan dan merealisasikan misi.
• Fokusnya adalah pewartaan khabar baik yang diperkenalkan oleh Tuhan Yesus melalui ajaran dan hidupnya.
• Gereja wujud kerana Penginjilan yang diusahakan oleh para murid Yesus dan Gereja hanya dapat berkembang melalui misi Penginjilan.
• Menginjil bererti menyahut panggilan sebagai utusan Tuhan dan bekerjasama dengan Roh Kudus untuk menyebarkan khabar sukacita keselamatan yang digenapi oleh kematian dan kebangkitan Kristus.
• Misi dan penginjilan itu merupakan suatu proses yang berterusan sampai Tuhan datang kembali pada akhir zaman nanti.
• Dalam proses yang berterusan ini cara dan teknik dalam melaksanakan misi dan Penginjilan akan sentiasa berkembang dan berubah menurut kesesuaian situasi dan zaman.
• Namun demikian tujuan dan objektif utama misi dan penginjilan tidak akan berubah untuk selama-lamanya walaupun ada beberapa ahli teologi moden yang mempunyai pandangan progresif mulai mengetepikan tujuan dan objektif utama misi.
Selepas selesai sesi oleh Fr Boniface, retret hari pertama ditutup dengan doa malam yang dipimpin oleh Sr. Tauria Taurin, fsic dari Paroki Holy Trinity, Tawau.
DSsj
No comments:
Post a Comment