Kami istimewa...... |
TELUPID- “ Yesss, sekali lagi..!!!” begitulah antara kata-kata daripada belia-belia St.Martin semasa aktiviti dijalankan pada 30 Ogos yang lalu. Terpancar senyuman ceria di setiap wajah menandakan mereka sangat mengalu-alukan kedatangan Koordinator Belia Keuskupan Sandakan iaitu Anna Teresa Peter Amandus yang tetap setia mengunjungi dan mengadakan aktiviti seumpama ini. Pada malam sebelum aktiviti dijalankan pada hari esoknya, terlebih dahulu Anna telah berjumpa dengan Tim Kerasulan Belia Paroki untuk berbincang secara santai tentang keadaan dan situasi ruang pelayanan khasnya belia di Paroki St.Martin.
“I Am Special” merupakan tema aktiviti kali ini. Aktiviti dimulakan dengan nyanyian, doa dan pembacaan firman yang dipetik dari Lukas 4:31-37. Selepas itu salah seorang daripada Tim KBP iaitu Bertram Lansing telah membawa para belia untuk mengimbas kembali aktiviti yang lalu dalam sesi ‘Recap’.
Seperti biasa ‘games’ diadakan bagi memeriahkan lagi suasana pertemuan yang bersahaja ini. Antara ‘games’ yang dijalankan ialah ”X”. Walaupun ‘games’ yang dijalankan adalah berbeza-beza pada setiap kali pertemuan namun fokusnya tetap menekankan kepada pemumukan semangat kesatuan, kepimpinan, peka terhadap keadaan sekeliling dan bagaimana untuk saling berinteraksi antara satu dengan yang lain.
Selesai ‘games’ dijalankan, Anna mengongsi kepada para belia bahawa setiap peribadi kita adalah istimewa dan berharga di mata Tuhan. Kemudian belia disajikan dengan video klip singkat mengenai kehidupan seorang lelaki kurang upaya tanpa tangan dan kaki namun tetap bersyukur dan gembira dengan kehidupan yang dilaluinya. Selepas itu belia diajak untuk lebih serius kerana saat inilah mereka dituntut agar benar-benar merenung serta mendalami akan peribadi masing-masing. Sementara belia mengambil posisi yang selesa untuk membuat renungan, satu persatu belia dipimpin jalan menuju ke satu tempat lagi dengan mata tertutup sambil mengimbas kembali pengalaman-pengalaman hidup yang lampau hingga masa kini dan menghargai diri mereka kerana setiap peribadi mereka adalah istimewa. Selepas melalui satu terowong dan belia diminta untuk membuka salah satu kotak dan melihat ‘Gift’ yang telah disediakan untuk mereka. ‘Gift’ tersebut adalah diri mereka sendiri melalui refleksi wajah dari cermin yang disimpan didalam kotak itu. Belia kemudiannya diajak untuk melukis diri mereka sebagai gambaran betapa istimewanya diri mereka.
Dipimpin, merenung kehidupan dan melalui 'Terowong Kehidupan' |
Yesaya 43:4 "Oleh kerana engkau berharga di mata-ku..." |
I Am Special because ... |
3s "Success, Shortcoming and Suggestions" |
Aktiviti diakhiri dengan lagu dan doa. Pastinya melalui aktiviti santai seumpama ini akan lebih membuka ruang kepada belia untuk mendalami dan menghargai kehidupan mereka kerana setiap peribadi mereka adalah karya terbesar yang diterima dari cintaksih Allah. “Come And See” merupakan tema aktiviti akan datang.
Disediakan Oleh: Angeline Said
KBP St.Martin Telupid
Disediakan Oleh: Angeline Said
KBP St.Martin Telupid
No comments:
Post a Comment