Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 16, 2011

Membantu Kanak-Kanak Tumbuh Dalam Iman - Tanggungjawab Kita Bersama

Para pembimbing bersama kanak-kanak PMG di Gereja St Peter, Kunak
Lahad Datu: Lawatan ke stasi St. Angeline Madai dan St. Peter, Kunak pada Ahad 29hb Mei 2011 merupakan salah satu program tahunan dalam diari Pertemuan Minggu Gembira Bahasa Malaysia Gereja St. Dominic bagi tahun 2011 ini.
Pertemuan di St Angeline,Madai
Perjalanan menggunakan kenderaan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari pekan Lahad Datu ke Madai dan seterusnya dari Madai ke St. Peter, Kunak mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Berganding tangan dalam lagu beraksi 'Kita adalah Satu'
Lawatan yang diadakan selama setengah hari tersebut bertujuan meninjau kaedah dan pendekatan bimbingan yang diaplikasikan para pembimbing outstasi membimbing kanak-kanak Pertemuan Minggu Gembira selain dari  berkenalan dengan lebih mesra di antara satu sama lain.
Para Guru Pembimbing mengajak peserta kanak-kanak bernyanyi mengikuti aksi
Lawatan ini yang dihadiri oleh majoriti pembimbing PMG Lahad Datu disambut dengan baik oleh setiap outstasi yang dilawati. Aktiviti ini memberi ruang bagi setiap pembimbing bertukar-tukar pendapat di samping meningkatkan lagi keberkesanan cara penyampaian demi faedah kanak-kanak PMG.

SOCCOM Lahad Datu

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent