Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 15, 2011

'Kerana itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku'

Sandakan – Singkatan I.K.D. bermaksud 'Inisiasi Kristian Dewasa,' satu pendekatan evangelisasi cara Katolik khusus bagi mereka yang ingin tahu tentang iman Katolik. 

Proses I.K.D. telah diperkenalkan oleh mendiang Fr Tobias Chi di Gereja St Mary pada ketika itu pada tahun 1985. Kumpulan baptisan baru tahun ini merupakan kumpulan yang ke-25 dan menurut rekod rasmi, hampir 2,000 umat telah dibaptis melalui proses tersebut.


Ahad, 12hb Jun 2011 merupakan hari bersejarah bagi Paroki Katedral St. Mary Sandakan dengan perayaan Jubili Perak I.K.D. di dewan Paroki. 

Perayaan bertemakan ‘Berjalan Bersama Dalam Iman’ telah dihadiri oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Fr. Thomas Makajil selaku Paderi Paroki, para religius dan hampir 500 umat awam.
Sambutan meriah penuh makna buat umat baru
Pengacara serasi iaitu Anna Teresa dan Steven Yong dalam memulakan acara menjemput para ‘Neophytes’ berarak masuk ke dalam dewan diiringi oleh ahli-ahli Kerasulan Belia Paroki sambil memegang lilin sebagai simbol cahaya Kristus menjadi penerang hidup manusia serta bersama para hadirin menyanyikan lagu 'Walk in the light.'
Rev. Fr. Thomas Makajil - Rektor Paroki Katedral St. Mary Sandakan
Dalam ucapan pembukaan, Paderi Paroki iaitu Fr. Thomas Makajil merasa bersyukur di atas Perayaan Jubili Perak I.K.D. dan menyeru para hadirin agar berdoa lebih ramai umat melibatkan diri dalam proses I.K.D. samada sebagai pembimbing atau menjadi penanggung.

Fr Thomas juga memberitahu para hadirin bahawa Gereja memerlukan penyertaan aktif umat awam, bakat serta karunia yang mereka miliki bagi membantu dalam Misi Penginjilan Gereja.
Bapa Uskup Julius
Seterusnya Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dalam ucapan beliau, proses I.K.D.  merupakan salah satu cara penginjilan yang berkesan yang diadakan oleh Gereja.

Proses Inisiasi Kristian Dewasa merupakan program yang ditubuhkan oleh Gereja Universal bagi individu yang ingin menjadi seorang Katolik dan menerima Sakramen Pembaptisan, Penguatan dan Ekaristi.
 
Proses inisiasi ini melibatkan komuniti paroki dalam mengalami pembaharuan iman kerana ia melibatkan persiapan yang rapi, seterusnya mengalu-alukan kedatangan umat baru dalam Gereja.
 
Upacara-upacara I.K.D. merupakan proses perkembangan rohani yang memusatkan hubungan rapat bersama Yesus dan Gereja yang dimulakanNya.
 
Beliau juga mengingatkan agar para pembimbing I.K.D. membuat evaluasi sejauh mana keberkesanan proses I.K.D.
Acara pemotongan kek  oleh Uskup Julius , Fr Thomas , Raymond Wong dan para religius


Perkongsian dan persembahan
Perayaan ini diserikan dengan beberapa acara seperti perkongsian daripada mereka yang telah dibaptis, persembahan nyanyian daripada kumpulan pembimbing dan anak-anak kecil dari Pertemuan Minggu Gembira serta Cabutan Tiket Meja Bertuah.

Sejak pertama I.K.D. ditubuhkan di Paroki St Mary Sandakan, mereka yang terlibat sebagai pembimbing lebih dari sepuluh tahun turut menerima cenderahati penghargaan, tanda terima kasih di atas sumbangan mereka terhadap perkembangan I.K.D.
 
Pengerusi Penganjur, Raymond Wong menyampaikan ucapan terima kasih beliau kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan perayaan pada kali ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
 
Acara diakhiri dengan menyanyikan beberapa lagu seperti ‘Community Song’ dan ‘Give Thanks’ disusuli dengan doa penutup dan berkat oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom.
Penyampaian hadiah cabutan meja bertuah dan aksi persembahan belia St Mary

AG/SOCCOM St. Mary's Sandakan

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent