SALIB BELIA SAMPAI: Belia Katolik Tawau menyerahkan Salib Belia kepada Belia Lahad Datu di hadapan Gereja St. Dominic, Lahad Datu. |
Lahad Datu : 12 Jun 2011. Hari Minggu Pentakosta. Umat Katolik St. Dominic Lahad Datu telah mendapat rahmat kerana kehadiran Salib Belia beserta dengan ikon Bunda Maria. Sebelum ini pelancaran Sabah Youth Day kali ke 3 (SYD3) telah diadakan pada 15 Mei 2011 bertempat di Gereja St. Peter Claver, Ranau. Sabah oleh Yang Mulia Uskup Agung John Lee.
Perhentian Pertama Perjalanan Salib Belia di Seluruh Negeri Sabah adalah di Paroki Holy Trinity Tawau dan seterusnya Perhentian Kedua diadakan di Paroki St. Dominic Lahad Datu.
Rombongan Belia Gereja Holy Trinity, Tawau telah sampai di Jalan Manik (berdepan dengan S.K. St. Dominic) sekitar jam 8.30 pagi. Perarakan Salib Belia dengan ikon Bunda Maria diiringi dengan paluan gong dari Komiti Tukad, dan Tarian Hedung oleh para belia.
Perhentian Pertama Perjalanan Salib Belia di Seluruh Negeri Sabah adalah di Paroki Holy Trinity Tawau dan seterusnya Perhentian Kedua diadakan di Paroki St. Dominic Lahad Datu.
Rombongan Belia Gereja Holy Trinity, Tawau telah sampai di Jalan Manik (berdepan dengan S.K. St. Dominic) sekitar jam 8.30 pagi. Perarakan Salib Belia dengan ikon Bunda Maria diiringi dengan paluan gong dari Komiti Tukad, dan Tarian Hedung oleh para belia.
Upacara penyerahan Salib Belia telah dilakukan di hadapan St. Dominic Lahad Datu. Disambut oleh Belia Lahad Datu. Saudari Felsa May Bontilau bagi pihak belia Holy Trinity Tawau telah menyerahkan Salib dan Ikon tersebut kepada saudari Angelika Luna sebagai wakil penerima Belia St. Dominic Lahad Datu.
Salib Belia dipersembahkan ke Altar. Salib mampu memberi beribu mesej kepada manusia melalui renungan. |
Tarian Timur oleh para belia telah mengiringi perarakan Salib Belia ke pintu Gereja dan seterusnya Perayaan Misa Kudus dijalankan. Ramai belia telah hadir termasuklah para belia dari Katedral St.Mary Sandakan, outstasi Lahad Datu dan sekitarnya turut hadir dalam Misa Kudus tersebut.
Gereja Lahad Datu adalah merupakan Perhentian Salib Belia Kedua selepas Tawau. Kehadiran Salib Belia menyemerakkan lagi semangat tranformasi Belia Katolik disertai dengan penghayatan tema: |
Pada penghujung misa, ucapan telah disampaikan oleh koordinator Tawau, koordinator Lahad Datu dan pembantu rektor Fr. Marcellinus Pongking. Saudari Felsa berharap agar Salib Belia ini dapat memberi pengertian yang mendalam kepada para umat dan para belia khasnya dalam meneguhkan iman mereka.
Fr. Marcellinus Pongking |
Seterusnya Fr. Marcel dalam ucapannya berharap agar tema yang telah dipilih Paus Benedict XVI SYD-3 itu dapat dikatekisis dengan baik dan dihayati oleh para belia.
AKTIVITI BELIA DI DEWAN PAROKI ST. DOMINIC LAHAD DATU
Belia berkumpul di dewan St. Dominic Lahad datu |
Selepas sahaja makan tengahari yang telah disediakan oleh Kerasulan Wanita Katolik Lahad Datu. Acara pentas telah dimulakan dengan lagu-lagu rohani. Katekisis singkat telah disampaikan oleh saudari Angelika Luna. Saudara Teodulfo Rosalia mempersembahkan slide show mengenai World Youth Day. Sketsa turut dilakonkan oleh belia dari Gereja St. Dominic. Akhir sekali adalah penyampaian cenderakenangan yang disampaikan oleh Ko-ordinator Lahad Datu kepada Ko-ordinator Tawau.
Sejarah Belia di Gereja St. Dominic dari SYD1 hingga treler SYD3 juga ditayangkan oleh saudari Shirley Yong dalam bentuk slide show.
Lagu tema Syd-3 dinyanyikan dan doa penutup oleh Paderi, Fr. David A. Garaman.
SOCCOM Lahad Datu
No comments:
Post a Comment