Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 2, 2011

Lawatan CCR (BM) Sandakan Dua Kali Sebulan Ke Sukang, Paitan

Paitan: 5-6 Mac 2011 seramai 33 ahli Tim CCR (Kelompok Doa Bahasa Malaysia) telah melakukan lawatan ke Chapel ini sebagai satu aktiviti KDBM disamping sebagai persiapan penganjuran Seminar Hidup Baru Dalam Roh di Chapel ini pada Jun 2011.
Lawatan ini didahului dengan Misa Kudus yang disempurnakan oleh Rev. Fr. Thomas Makajil di Kapel St. Mary. Dalam homilinya beliau menekankan tentang tanggungjawab setiap umat beriman yang telah dibaptis dalam menyampaikan khabar baik kepada setiap orang.


Beliau membawa umat mengingat kembali kepada janji baptisan yang manganjurkan umat untuk menjadi Nabi,Raja dan Imam seterusnya merenunginya secara mendalam.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti dan Takwim KDBM sepanjang Tahun ini. Ketika ditemui , Sdr. Adaris Moses Sintan selaku pengerusi Kelompok Doa Bahasa Malaysia merangkap Timbalan Pengerusi Pembaharuan Krismatik Katolik (CCR) Katedral St. Mary Sandakan mengatakan bahawa Tim KDBM akan mengadakan lawatan ke St.Francis Of Asisi Sukang, Paitan sebanyak dua kali sebulan yang tertakluk kepada keadaan dan kesesuaian masa.
Menurut beliau perkara ini diadakan sebagai menyokong usaha Gereja dalam menjalankan Misi Paitan selain memberi pendedahan kepada para ahli dalam pelayanan termasuk persediaan bagi mengadakan Seminar Hidup Baru Dalam Roh di Kapel ini pada bulan Jun.
Beliau turut melahirkan kesyukuran kerana lawatan ini mendapat sokongan penuh daripada Paderi Paroki Rev. Fr. Thomas Makajil yang turut memberi kepercayaan kepada Tim ini membuat ibadat sabda yang dilengkapi dengan upacara komuni yang dibawa khas daripada Katedral St.Mary Sandakan yang mana dipimpin sendiri oleh beliau bersama Tim.
Dalam setiap lawatan, berbagai aktiviti yang dijalankan selain daripada berdoa di hadapan Tabernakel dan berjaga-jaga, aktiviti memasak, menyulam Rosari bersama kaum Ibu Sukang, LSKK untuk kanak-kanak, Tayangan Video yang berkaitan dengan kerohanian, menanam sayur, berdoa rosari dan makan bersama. Aktiviti menyanyikan lagu-lagu pujian dan perkongsian Alkitab juga turut diadakan selain suai kenal diantara belia Sukang dan St. Mary.
Menurut Katekis bertugas di Kapel ini iaitu Katekis Peter Saimin Owil, beliau sangat bersyukur dan bergembira kerana selain lawatan Paderi ada komiti dari Pusat Paroki yang sanggup melawat di Kapel ini yang mana turut membawa komuni suci untuk umat dan menurut beliau terdapat perubahan kehadiran ke Kapel pada setiap Perayaan Ibadat Sabda dimana semakin ramai umat yang menghadirinya.

Ini terbukti apabila ada dikalangan umat yang berkerja dengan Syarikat Perladangan berdekatan tidak mengambil kerja lebih masa pada Hari Minggu untuk menghadiri Ibadat Sabda. Beliau berharap perkara ini berterusan dengan semakin ramai komiti yang turut mengambil langkah yang sama seperti yang dilakukan oleh CCR (KDBM).
Beliau turut menambah bahawa jika dahulu belia Sukang agak pemalu dan terlalu rendah diri tetapi sejak beberapa lawatan KDBM mereka sudah mula mendapat keyakinan dengan melibatkan diri dalam pelayanan ibadat dan dengan menjadi komentator atau lektor.
Sejak awal bulan Mac, Tim KDBM telah melakukan lawatan sebanyak tiga kali ke Kapel ini dan ianya akan berterusan dari masa ke semasa. Tim ini turut mengalu-alukan penyertaan daripada mana-mana individu atau komiti Katedral St. Mary Sandakan untuk bersama-sama melakukan lawatan.

Pengerusi KDBM Sdr. Adaris Moses Sintan memberitahu bahawa aktiviti ini juga merupakan pembuka jalan kepada lain-lain outstasi yang mungkin akan dilawati di kawasan Paitan setelah pihak Gereja mendapat maklum dan bersetuju.

Soccom SMCat (Severinus)

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent