Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 22, 2011

Belia Remaja Belajar Mengenal Karya Tuhan Melalui Rekoleksi

Album kenangan peserta TRBR di Gereja St. Joseph Sandakan.
LAHAD DATU. 3-5 Jun 2011. Tim Rakan Belia Remaja (TRBR) Katedral St.Mary Sandakan melakukan lawatan kerohanian sambil menghadiri rekoleksi bersama dengan belia Lahad Datu. Sebelum bertolak, mereka berkumpul di Gereja St. Joseph Sandakan untuk mengadakan doa dipimpin oleh Kak. Anna Teresa Peter Amandus disusuli dengan sesi gambar beramai-ramai.  Tema lawatan kali ini adalah “The Endless Journey of Lights”.
Sebaik saja sampai di Gereja St. Dominic Lahad Datu Sabah.
Rombongan TRBR bertolak pada jam 1 petang 3hb Jun. Sepanjang perjalanan diisi dengan doa Rosari yang dipimpin oleh Varrelene Julian dan nyanyian rohani. Tiba di Gereja St. Dominic pada Jam 4.30 petang, disambut mesra oleh Michael Kobu bagi pihak belia St. Dominic Lahad Datu. Beliau seterusnya memperkenalkan rombongan TRBR ini kepada para belia, tempat-tempat sekitar Gereja dan menunjukkan tempat penginapan.

Pada petangnya, para belia berhimpun di Chapel untuk melakukan doa yang dipimpin oleh Sr.Lilian Unsuh fsic.
Pada malamnya adalah acara makan bersama,  suai kenal, permainan 'ice breaking'  dan permainan 'ping pong' yang dikendalikan oleh Rikkie Teneros, belia dari Lahad Datu. Michelle Cornelius, Pengerusi TRBR Sandakan mempersembahan 'slide show'  tentang sejarah serta aktiviti TRBR sepanjang tahun dan diakhiri dengan doa malam oleh Sr.Lilian Unsuh fsic.  

Keesokan harinya 4hb Jun, sebelum ke meja sarapan, para belia telah mengikuti Misa Kudus pagi.
Tim Rakan Belia Remaja bersarapan di kantin St. Dominic Lahad Datu
Sr. Lilian Unsuh fsic selaku pembimbing rohani memulakan Rekoleksi dengan tayangan 'slide show' berkaitan dengan persahabatan (Friendship). Sesi seterusnya adalah mengenali 'alam ciptaan Tuhan.' yang diadakan di tebing sebatang sungai di kawasan Lembah Danum, kawasan hutan simpan. Di sini peserta boleh menghirup udara bersih dan segar.

Program rekoleksi mendedahkan  para belia remaja tentang empat asas pengenalan iaitu: 
  • mengenal diri sendiri (siapa saya?)
  • mengenal dan hubungan dengan sesama manusia.  
  • mengenal dan hubungan dengan alam semula jadi, dan 
  • mengenal dan hubungan dengan Tuhan Allah Pencipta. 
Pengertian sesi ini amat luas dan saling berkaitan di antara satu dengan yang lain. Modul ini membantu para belia remaja mengenal Tuhan Pencipta dan mengasihi Tuhan serta mengasihi sesama. Hukum terutama yang di sabdakan oleh Tuhan Yesus Kristus di Injil Matius 22: 37 - 39 Jawab Yesus kepadanya: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. Itulah hukum yang terutama dan yang pertama. Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri."
Outing ke sungai yang indah di Lembah Danum untuk bermandi-manda.  Sesi ini amat relevan dengan alam ciptaan Tuhan.
Pada malam berikutnya adalah Malam “Let Your Light Shine”. Belia TRBR mempersembahkan tarian dengan iringan lagu Here I am to Worship’ , 'sharing' tentang pengalaman, persabahatan dan alam ciptaan Tuhan serta sebuah renungan dan perkongsian yang telah disampaikan oleh Nathaniel dan Timothy. 

Acara diakhiri dengan program mengejut “Keep Eyes on Your Friends!”  yang di kendalikan oleh Miriam Lee, pemerhati bagi Kerasulan Belia Paroki St.Mary. Ianya disusuli dengan penyampaian anugerah tingkah laku belia cemerlang bagi pemenang dari Sandakan dan Lahad Datu.
 
Acara berakhir pada jam 10.00 malam dengan doa, dipimpin oleh Sr.Lilian Unsoh fsic.



ML. Social Communication (SOCCOM) TRBR
St. Mary's Cathedral Sandakan

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent