|
Chapel St. Fidelis Kg. Kiabau, Paroki St. Martin Telupid. Sabah |
|
Perarakan masuk |
TELUPID – “Fokus hari ini bukan sekadar pada segi fizikal bangunan yang dihias indah tetapi adalah lebih kepada pembangunan komuniti tempatan. Gereja akan makmur sekiranya umat hidup dalam kesaksian menyebar ‘Berita Gembira’ kepada yang lain”, demikian pesanan Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dalam perutusan sempena Ulang Tahun Ke-50 Kapela Santo Fidelis, Kiabau.
|
Chapel St. Fidelis Kiabau |
|
Jemaah Katolik Kg. Kiabau |
Terletak 43 kilometer dari Pekan Telupid, dengan hanya 13 km jalan berturap dan selebihnya masih menggunakan jalan batu kelikir menjadi titik sejarah apabila umat di sini merayakan 50 tahun penyebaran agama Katolik di terima hampir keseluruhan penduduk Kampung Kiabau.
|
Pelayanan musik tradisi dan koir |
|
Pelayanan pewartaan Sabda Tuhan dan rakaman video |
Mengimbas kembali Jubli Emas (1961–2011) yang dirayakan ini, Bapa Uskup turut bersyukur kepada orang yang bertanggungjawab dalam membina iman penduduk tempatan di sini iaitu Encik Fidelis Inson, ayah kepada Rev. Fr. Aloysius Fidelis, rektor Gereja St Joseph Papar.
|
Katekis Fidelis Inson dari Tuaran |
|
Bangunan lama Chapel St. Fidelis Kiabau |
|
Kedudukan Chapel lama dan baru |
“Walaupun dengan hanya menggunakan Sungai Labuk sebagai jalan perhubungan ketika itu, namun usaha untuk melihat lebih ramai mengenali ‘rencana penyelamatan Tuhan’ telah menjadi kenyataan”, jelas Bapa Uskup.
|
Bapa Uskup + Rt. Rev. Bishop Julius D. Gitom |
Bapa Uskup turut menekankan betapa pentingnya Komuniti Kristian Dasar (KKD) itu terus dipraktik melalui konsep yang betul dan berharap KKD akan menjadi simbol kepada kehidupan menggereja setiap komuniti.
Uskup menambah, Perayaan ini juga merupakan satu acara bersejarah dan membuka ruang kepada umat setempat berkumpul demi mengeratkan perhubungan sesama dan yang penting ialah mengukuhkan perhubungan dengan Tuhan.
|
Membawa persembahan dari umat Katolik |
|
Sdr. Dedacius Ireneus selaku pengerusi penganjur telah menyampaikan cenderakenangan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dari umat Katolik Kg. Kiabau kepada para paderi yang telah datang melayani di tempat ini. |
Perayaan Liturgi yang diselebrankan oleh Bapa Uskup turut dibantu oleh Fr. Thomas Makajil,rektor Katedral St Mary Sandakan, Fr. Jasery G. Emmanuel, rektor Gereja St Martin Telupid, dan Fr. Marcellinus Pongking, pembantu rektor Gereja St Dominic Lahad Datu. Turut sama ialah Fr. Bruno Yasun, rektor Gereja St. Peter Claver, Ranau.
Seminarian Christopher Irenius dan Warren Peter yang berasal dari St. Fidelis juga turut bersama merayakan sambutan ini.
|
Rev. Fr. Jasery Gabuk Rektor Paroki St. Martin Telupid |
Fr. Jasery turut bangga dengan usaha serta kerjasama yang ditunjukkan oleh umat di St. Fidelis yang dikuatkan dengan semangat pelayanan, sesuai dengan motto diosis ‘Melayani Sesama Dengan Kasih Allah’.
|
Dedacius Ireneus selaku Pengerusi Penganjur Perayaan |
Pengerusi Penganjur, Didacius Ireneus merakamkan terima kasih terutama Bapa Uskup yang sudi bersama dengan umat di St. Fidelis lebih-lebih lagi dalam sejarah perayaan Jubli Emas. Juga kepada Paderi yang turut sama yang akan memberi semangat baru kepada umat di sini untuk terus teguh dalam iman.
|
Walter Fidelis Inson sedang menerima Cenderakenangan, pemberian daripada Komuniti Umat Katolik St. Fidelis Kiabau sempena Jubli Emas. Walter hadir bagi pihak ayahnya Fidelis Inson yang tidak dapat datang. Penghargaan dan terima kasih ini telah disampaikan oleh Dedacius Ireneus selaku pengerusi penganjur perayaan Jubli emas. |
Selesai perayaan liturgi, acara diteruskan di dewan orang ramai untuk makan bersama dan persembahan pentas.
|
Bapa Uskup menyempurnakan upacara perasmian perayaan dengan paluan gong sebanyak 3 kali. |
|
Album kenangan Bapa Uskup bersama Paderi, Seminarian dan Komiti Umat Katolik St. Fidelis Kiabau. |
MAJLIS PERAYAAN JUBLI EMAS DI DEWAN KG. KIABAU
|
Bapa Uskup memotong kek perayaan sempena ulangtahun ke-50 St. Fidelis Kiabau. Umat Katolik menjamu selera sementara persembahan koir dari ibu-ibu Katolik Kiabau. |
|
Beberapa acara persembahan pentas dan penyampaian hadiah-hadiah |
SOCCOM St Martin, Telupid.
No comments:
Post a Comment