Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Tuesday, June 8, 2010

KHEMAH SUARA DUNIA BELIA LAHAD DATU


Paroki St. Dominic Lahad Datu. 4-6 Jun 2010. Lebih 300 belia telah menyertai Khemah Suara Dunia Belia. Program ini mengajak para belia mengenali dunia belia dan cabarannya masa kini. 


Para belia daripada Komuniti Kristian Dasar (KKD) mewakili  berbagai bangsa dan usia.  Program dialog ini dianjurkan oleh Tim Kerasulan Belia Paroki St. Dominic. Matlamat dialog ini adalah mengujudkan sebuah buku versi belia bagi perhatian para agen pastoral. 
Banyak isu-isu yang di bincangkan melalui bengkel. Terutama sekali menyentuh tentang hubungan dengan Tuhan, Gereja, keluarga,  sesama belia lelaki dan perempuan. 
Dalam program ini belia dapat menyuarakan pendapat mereka melalui topik yang disediakan. Program ini berjalan selama tiga hari. Beberapa topik menarik yang lain seperti 'apakah ciri-ciri belia?' ' di manakah belia berada?' dan 'apakah cabaran-cabaran belia masa kini?' Program ini juga menyediakan soaljawab.
Melalui program ini agen pastoral akan mengenali kehausan belia dari segi kerohanian yang 'letih lesu dan berbeban berat'.  Iklan-iklan duniawi tidak akan dapat menghibur jiwa belia. Mereka akan mengalami kebosanan kerana jiwa yang kosong. Belia terus mencari sesuatu tentang kebenaran dan keselamatan jiwa .
Fasilitator akan mengumpulkan semua realiti belia dan di adili kepada kategori:

  • Sumber material dan keadaan belia
  • Perhubungan belia dalam Paroki
  • Pelayanan dan kerasulan
  • kehidupan iman dan kerohanian
  • Struktur pelayanan
Buat masa ini tim fasilitator belum merumuskan hala tuju belia, namun bayangan itu sudah ada di dalam Doa Rasmi Belia Keuskupan. Seterusnya perbincangan beberapa cara jalan penyelesaian akan dibuat melalui perlaksanaan nanti.






Selepas Lahad Datu beberapa paroki di Keuskupan Sandakan akan menyusul untuk mengadakan Konsultasi belia dalam tempoh Jun hingga September. 

SOCCOM

2 comments:

  1. pembetulan....bukan lebih dari 300 org, tp dalam 300 orang....

    ReplyDelete
  2. Hai Cik Yam, Terima kasih atas pembetulan.

    ReplyDelete

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent