Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 16, 2010

BEBOLA TANAH KURANGKAN KESAN PENCEMARAN

Lahad Datu, 13hb Jun 2010 – Dalam usaha bersama Sabah Environmental Protection Association (SEPA) dan badan-badan Non Governmental Organisation (NGO) dengan bantuan serta sokongan pihak-pihak agensi kerajaan di Lahad Datu, pihak Gereja Katolik St. Dominic tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian dalam satu aktiviti amal dan sukarela dalam usaha untuk membersihkan beberapa  kawasan yang telah dikenalpasti di Lahad Datu dengan membuat “MUD BALLS” (Bebola Tanah).
Mud Balls (Bebola Tanah) adalah hasil campuran tanah bersama sejenis cecair micro-organisma yang diberi nama Effective micro-organism one (EM1) dan Bio Organik dan setelah dicampur dengan bahan-bahan tersebut mengikut sukatan yang telah ditetapkan, tanah tersebut akan dibulatkan sebesar saiz bola tenis. Bebola tanah yang telah siap dan dikeringkan dikatakan dapat mengurangkan bau busuk dan juga membersihkan kawasan air yang tercemar.
Aktiviti membuat bebola tanah ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari para umat sekalian yang telah berkumpul seawal jam 10.30 pagi dengan perasaan yang bersemangat untuk membuat bebola tanah ini, bukan sahaja umat dewasa malahan kanak-kanak juga turut serta.
Selain daripada umat St. Dominic, terdapat juga para sukarelawan yang datang dari Kunak, dan Buddhist Association, Lahad Datu untuk bersama-sama berganding tenaga membuat bebola tanah.
Bebola tanah yang telah siap dibulatkan akan dikeringkan dalam masa lebih kurang tiga hari. Dan seterusnya bebola tanah tersebut akan dibuang ke kawasan laut di pasar ikan dan pasar malam pada Sabtu, 19hb Jun, jam 7.30 pagi.
Aktiviti sukarela ini siap lebih kurang pukul 2.30 petang dengan menghasilkan beratus-ratus biji bebola tanah.

Penglibatan umat Katolik setempat dalam projek ini adalah amat tepat sebagai sahutan kepada mesej Sri Paus Benedict ke-16 sempena World Day of Peace yang jatuh pada 1hb Januari 2010. Di antaranya ialah seruan Sri Paus yang berbunyi, "Jika kita mahu keamanan, haruslah menjaga alam sekitar."

Menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama!


~ SOCCOM, SDC

1 comment:

  1. Tahniah kepada umat Katolik yang terlibat bersama dengan warga Lahad Datu dlm projek amal ini. Penglibatan anak-anak kecil sungguh bererti kerana katekesis tentang penjagaan bersama segala ciptaan tuhan tertanam awal-awal lagi.

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent